Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.tan] | سنتن

Definisi : air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur); ~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna di-sayangi, sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan; meramas ~ di kuku prb me-minta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.tan] | سنتن

Definisi : air dr kelapa parut yg diramas (berwarna putih spt susu): kepala ~ santan yg agak kental. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata santan

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Santan dibalas dengan tuba.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
eron[E.ҍn]kata kerjamenggaul santan dengan pulut yang dikukus ketika masih panas.Mak dok eron pulut kunin.[mA do E.ҍn pu.lut ku.nin]Mak sedang menggaul santan pada pulut kuning.
beka[bE.kA]kata namakuih daripada tepung beras dan santan, manakala intinya daripada adunan tepung beras dan gula. Adunan ini dibungkus dengan daun pisang seperti lepat dan dibakar.   
pesamah[p«.sA.mAh]kata namamasakan daripada daging, campuran rempah ratus, santan dan kerisik   
pulut dakap[pu.lut dA.kAp] sejenis kuih daripada pulut yang dimasak dengan santan, berinti pisang, dibungkus dengan daun pisang, diikat dan direbus   
pulot panggang[pu.lut pAN.gAN] sejenis. makanan daripada pulut yang dimasak dengan santan, dibungkus dengan daun pisang   
kue bakaq[kue bA.kA)Ö] sejenis kuih kering daripada tepung ubi, tepung gandum, santan, telur, dan gula dan dibakar, kuih bangkit.   
tepung torak[t«.poN to.ÒA] sejenis kuih yang dibungkus dengan daun pisang dan diikat kedua hujung, dibuat daripada tepung beras, santan dan gula dan dikukus   

Kembali ke atas