Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.rang] | سارڠ

Definisi : 1. tempat diam burung dll (tempat berteduh, bertelur, memelihara anak, dll): ~ tempua; ~ lebah; ~ tikus; 2. ki tempat per-sembunyian (lanun, perompak, samseng, dll): di sini juga banyak ~ pengganas; ~ buaya a) tempat kediaman (banyak) buaya; b) blok kayu atau tembaga utk mengecap kain batik; ~ gagak tempat melihat (pd tiang seri kapal layar); ~ nanah tempat nanah dlm bisul; ~ pipit a) sarang burung pipit; b) lesung pipit; umpama orang memelihara dirinya dlm ~ lebah prb mempertahankan diri di tengah-tengah musuh; bersarang 1. membuat sarang (burung, serangga, binatang kecil, dll), mempunyai sarang: burung tiung ~ di hujung terap; 2. bertempat utk bersembunyi (perompak, penyamun, dll): perompak-perompak itu ~ di dlm sebuah gua; 3. ki mengambil tempat di, menetap di: penyakit malaria sudah ~ dlm tubuhnya; dia tidak berani membiarkan perasaan yg buruk-buruk itu ~ dlm kepalanya; 4. ki duduk dgn senang di: ia ~ dgn leganya di atas sebuah kerusi; 5. kena (pukulan dll), masuk (tikaman, peluru, dll), tembus, lut: kerisnya ~ dlm dada musuh yg menyerangnya; 6. Id masuk gol (dlm permainan bola sepak); 7. = bersarang-sarang berlubang-lubang, banyak lubangnya: saya tengok ~ tengkoraknya bekas peluru; betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak ~ prb anak bujang yg bebas berjalan ke mana-mana; bersarang-sarang 1. banyak sarangnya; 2. berlubang-lubang (ditembusi peluru dll), ber-kerawang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rang] | سارڠ

Definisi : ; akar ~ punai sj tumbuhan (akar memanjat), akar kacang-kacang, Di­chapetalum deflexifolium; rumput ~ buaya sj tumbuhan (rumpai), a) Ischaemum timo­rense; b) Ichnanthus vicinus; sakat ~ langsuir sj tumbuhan (pakis), Cyclophorus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rang] | سارڠ

Definisi : 1 sesuatu yg dibuat atau yg dipilih utk tempat berteduh, meme­lihara anak dsb (bkn burung dll): ~ tempua; ~ lebah. 2 tempat pen­jahat (penyamun dll) bersembunyi. bersarang 1 membuat sarang: Burung murai ~ dlm lubang. 2 bersembunyi: Penyamun-penyamun itu dipercayai ~ di dlm sebuah gua. bersarang-sarang 1 banyak sarangnya. 2 ki penuh ber­lubang kerana ditembusi peluru dll; berkerawang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sarang (kata nama)
1. Bersinonim dengan sangkar: sangkak, kurungan, kandang, reban, pasung, kerangkengan, celung, sangluang, seron, tarang, petarangan, terak, sendong,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tempat persembunyian, markas, kubang,

Kata Terbitan : bersarang, bersarang-sarang,

Puisi
 

Telur angsa sarang setalam,
     Cendana sarang tempurung;
Embun menitik serata alam,
     Nyawa melarat seperti burung.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Rumah tinggal sarang hantu,
     orang bujang sarang fitnah.

Bermaksud :

Orang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan yang tepat untuk sarang lebah atau tebuan?Penjodoh bilangan yang sesuai untuk sarang lebah atau tebuan ialah "sebuah".Lain-lain06.05.2014
Salam. Adakah sarang buaya juga dikenali sebagai "jerumun"? Apakah makna sebenar jerumun?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jerumun bermaksud 1. pondok tempat ber­teduh (yang terdapat di bendang dan lain-lain), dangau 2. rumpunan semak (belukar) 3. sejenis tumbuhan, derumun. Oleh itu, tidak terdapat dalam pangkalan data DBP yang menyatakan bahawa jerumun ialah sarang buaya.Makna17.01.2014
Perkataan Jawi untuk KEDAI MENJUAL SARANG BURUNG Terima Kasih

Pihak tuan boleh memilih seperti yang berikut: 

1.          KEDAI SARANG BURUNG

   بورڠ سارڠ  کداي  

                             
Atau


     2.         PENJUAL SARANG BURUNG

بورڠ سارڠ  ڤنجوال

Ejaan13.07.2019
Why does the spider not get stuck in its own web? Mengapakah labah-labah tidak terperangkap di dalam sarang sendiri? adakah terjemahan ayat tersebut adalah betul?Terjemahan yang betul bagi ayat yang diberikan ialah:

Mengapakah labah-labah tidak terperangkap pada sarang sendiri?
Makna16.07.2018
Selamat pagi, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya mengenai maksud perkataan sesawang. Harap pihak DBP boleh menjawab pertanyaan saya. Terima kasih.Menurut data kami maksud sawang ialah i. kotoran seperti sarang labah-labah yang terdapat di langit-langit (alang dan lain-lain) rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)  ii. sarang labah-labah, kotoran yang terdapat pada langit-langit (alang, penjuru, dan lain-lain) rumah: istana besar sudah penuh ~ dan balairung seri sudah berlapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sesawang pula merujuk kepada sesuatu seperti sawang.Makna21.08.2020
Salam. Kalau ayat, kemudian ia menambah sarang itu. Di manakah subjek n predikatnya?Ayat ini tidak lengkap, keseluruhan frasa ialah predikat.Tatabahasa15.06.2015
Kalau tuan selasih dani, Burung bayan buat sarang; Kalaulah tuan kasihkan kami, Rebutlah saya di tangan orang. Apa maksud *dani dalam pantun dari Kurik Kundi Merah Saga?

Pantun yang terdapat dalam buku Kurik Kundi Merah Saga merupakan kumpulan pantun lisan Melayu. Melalui semakan termasuk carian di Internet, kami tidak menemui maklumat berkenaan perkataan dani. Perkataan tersebut hanya ditemukan dalam buku itu sahaja. Berkemungkinan perkataan selasih dani merupakan perkataan bagi bahasa percakapan atau bahasa lisan yang dituturkan dalam komuniti setempat, yang merujuk kepada nama panggilan bagi pokok selasih atau variasi pokok selasih.

Makna17.08.2021
ASSALAMUALAIKUM..TUAN/PUAN, MOHON BANTUAN SEMAKAN PENGGUNAAN BAHASA BAGI LAMPIRAN INI IAITU MISI DAN VISI BAGI PERTUBUHAN PERKILANGAN PEMPROSESAN SARANG BURUNG WALIT MALAYSIA. TERIMA KASIH.Pihak kami telah menjawab dalam khidmat pengesahan bahasa pada 30 Jun 2016. Sekian. Harap maklum.Lain-lain29.06.2016
Saya masih keliru: 1. Ejaan bagi pokok "Jelutong", "Chengal" dan "Nyatoh" bolehkah diubah kepada "Jelutung", "Cengal" dan "Nyatuh"? 2. Adakah nama-nama pokok seperti tongkat ali, kacip fatimah, jelutung, cengal, meranti sarang punai, meranti tembaga dll. ditulis dengan huruf besar (huruf pertama) jika ia berada di dalam teks? Adakah nama-nama pokok ini dianggap nama khas? Contoh ayat: Pak Ali sedang mengusahakan ladang pokok tongkat ali untuk dikomersialkan.

1. JELUTUNG -  tumbuhan (pokok), Dyera costulata; ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), Ervatamia corymbosa; ~ laut sj tumbuhan (pokok), Euphorbia atoto; rotan ~ sj rotan, rotan segera (kerai, gelang, kemunting), Daemonorhops geniculatus. CENGAL- ~ batu = ~ emas = ~ sabut = ~ siput sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras dan elok utk dibuat rumah dll), Balanocarpus heimii; ~ kampung = ~ pasir sj tumbuhan (pokok besar), Hopea odorata. NYATUH - sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), tabah putih, Palaquium obovatum; 2. = ~ beringin = ~ sondai sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), Payena Lavilandii.

2. Nama-nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali di awal ayat kerana nama-nama pokok tersebut merupakan kata nama am.

Tatabahasa16.04.2008
Apakah terjemahan sesuai bagi "warren" untuk konteks ini? Warren: an enclosed piece of land set aside for breeding game (hunted animals).Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah warren ialah sarang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah26.10.2023
12

Kembali ke atas