Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sar.kas] | سرکس

Definisi : 1. sekumpulan penghibur yg terdiri drpd akrobat, badut, dsb serta binatang terlatih, yg menjelajah dr satu tempat ke satu tempat utk membuat pertunjukan; 2. persembahan hiburan oleh kumpulan ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sar.kas] | سرکس

Definisi : 1 pertunjukan kepandaian bina­tang-binatang bermain (orang melaku­kan sesuatu yg menakjubkan dll). 2 kumpulan orang dan binatang yg melakukan pertunjukan sarkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sarkas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jesterbadutKesusasteraanTiadaWatak pelawak dalam sesuatu persembahan seperti drama, sarkas, wayang, teater dan lain-lain. Dalam drama Melayu tradisional, watak pelawak ditampilkan dengan sifat yang hodoh dan berperanan sebagai penghibur, penasihat, dan pelayan raja. Contohnya, watak Semar dalam Wayang Kulit Jawa, dan watak Wak Dogol dan Wak Long dalam Wayang Kulit Melayu. Dalam tradisi Barat, watak pelawak dikenali sebagai court jester, contohnya dalam drama Shakespeare.
clownbadutKesenianDrama dan TeaterWatak pelawak dalam sesuatu persembahan seperti drama, sarkas, wayang, teater dan lain-lain. Dalam drama Melayu tradisional, watak pelawak ditampilkan dengan sifat yang hodoh dan berperanan sebagai penghibur, penasihat dan pelayan raja. Contohnya, watak Semar dalam Wayang Kulit Jawa, dan watak Wak Dogol dan Wak Long dalam Wayang Kulit Melayu. Dalam tradisi Barat, watak pelawak dikenali sebagai Court Jester, contohnya dalam drama Shakespeare.
operant conditioningpelaziman operanPsikologiPsikologi UmumPelaziman yang bergantung pada akibat daripada suatu respons. Sesuatu respons atau tindakan biasanya akan diikuti dengan pengukuhan atau dendaan. Pengukuhan biasanya akan meningkatkan kemungkinan berlakunya pengulangan sesuatu respons. Dendaan pula akan mengurangkan kebarangkalian respons atau tingkah laku itu diulangi. Contohnya, isteri yang dipuji oleh suami kerana memasak lauk yang sedap akan merangsangnya untuk selalu memasak lauk yang sedap untuk suaminya. Demikian juga haiwan sarkas yang dilatih untuk menunjukkan tingkah laku yang bukan tingkah laku asalnya, contohnya beruang akan boleh berbasikal setelah dilatih dengan menggunakan pelaziman operan.
shapingpembentukanPsikologiPsikologi UmumProses atau prosedur untuk membina tingkah laku yang bukan daripada repertoir organisma yang terlibat. Proses ini dilakukan dengan bantuan kaedah pemberian ganjaran yang bersifat penghampiran kepada tingkah laku yang disasarkan. Pada asasnya, sebarang tingkah laku haiwan yang menghampiri ciri-ciri tingkah laku seperti yang dikehendaki itu akan diberi ganjaran sehingga tingkah laku tersebut tercapai. Contohnya, tikus yang dilatih menekan tuas bagi mendapatkan makanan akan diberikan ganjaran sekiranya haiwan tersebut bergerak menuju tuas atau menekan tuas tersebut. Tikus tersebut akan terus diberi ganjaran sehinggalah haiwan tersebut boleh menekan sendiri tuas berkenaan bagi mendapatkan makanan. Kebanyakan tingkah laku haiwan sarkas dilatih dengan cara ini.

Kembali ke atas