Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.rung] | ساروڠ

Definisi : 1. salut (tempat menyimpan keris, pedang, dll) yg dibuat drpd kayu dll: pedang yg sudah terhunus drpd ~nya; 2. sampul (bantal, surat, dll), bungkus; 3. = kain ~ kain yg hujung pangkalnya dijahit bersambung; ~ akar tisu yg menyalut hujung akar (supaya tidak rosak, patah, dll); ~ bantal kain pembungkus bantal (supaya bantal tidak kotor dll); ~ bidal = ~ jari sarung jari yg diperbuat drpd logam (utk orang menjahit), jidal, didal; ~ kepompong lapisan yg menyaluti telur (kepompong) serangga; ~ keris sarung tempat menyimpan keris; ~ surat sampul surat; ~ tangan kaus tangan; seberapa panjang ~, begitulah panjang matanya prb perangai (perkataan) yg baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang; bersarung memakai sarung: dia bertopeng dan ~ tangan; bersarungkan menggunakan sesuatu sbg sarung: ia mengambil goloknya yg berhulu-kan buluh dan ~ upih itu; menyarung 1. memberi bersarung: ~ keris; 2. memakai atau mengenakan (pakaian dll): dia terus ~ pakaian; menyarungkan 1. memasukkan ke dlm sarung: kemudian Panglima Hitam pun ~ kerisnya kembali; 2. mengenakan atau me-masukkan (pakaian, cincin, dll): dia terpaksa menahan nafas ketika ~ baju sutera halus tanpa tangan itu; ~ baju di badan maka sesuai prb mengukur perbuatan orang dgn keadaan diri sendiri; tersarung 1. terletak dlm sarung (keris, pedang, dll), dlm keadaan bersarung; 2. terlekat atau terpakai (pakaian dll): cincin pertunangan ~ di jarinya; penyarung sl orang yg membuat sarung: maka oleh segala perawangan itu di­bawa-nya keris itu kpd segala ~ disuruh sarungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rung] | ساروڠ

Definisi : Mn; menyarung mencelah (per-kataan orang), menyampuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rung] | ساروڠ

Definisi : 1 = kain ~ kain panjang yg hujung dan pangkalnya dijahit ber­sambung (dipakai utk menutup ba­hagian badan dr pinggang hingga ke kaki). 2 salut yg dibuat drpd kulit (kayu dll) tempat menyimpan keris dll: ~ keris; ~ pedang. 3 sesuatu yg digunakan utk menyalut atau utk menyampul sesuatu yg lain: ~ bantal; ~ surat. bersarung 1 ada sarungnya; memakai sarung: Kerisnya tidak ~. ~ tangan. 2 memakai kain sarung. menyarungkan 1 memasukkan se­suatu ke dlm sarung: ~ pedang. 2 mengenakan atau memasuk­kan pa­kaian dsb ke badan: ~ cincin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain sarung bunga belais,
     Dikandung-kandung cuci di kaki;
Tunduk terkidum menyapa ikhlas,
     Barulah sedap rasa di hati.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Berapa panjang sarung begitulah kerisnya.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SARUNG TANGAN BESI

Sarung tangan besi ialah sarung tangan kulit

yang disaluti plat keluli, dan dipakai oleh sateria

Zaman Pertengahan sebagai sebahagian daripada

baju besi mereka. Sarung tangan besi yang awal

diperbuat daripada baju rantai (cincin logam yang

bersambung antara satu dengan yang lain).

Kemudian, sarung tangan besi mempunyai engsel

untuk memudahkan pergerakan. Sarung tangan

besi digunakan sehingga tahun 1600-an.

UMUM 
SARUNG TANGAN

Sarung tangan ialah penutup perlindungan

atau penutup berhias untuk tangan. Sarung tangan

mempunyai sarung yang berasingan untuk setiap

jari. Perkataan glove berasal daripada perkataan

Anglo-Saxon, ‘glof’ yang bermaksud tapak tangan.

UMUM 
SARUNG

SARUNG, sehelai kain tenunan yang panjangnya lebih kurang 2 m dan dicantumkan kedua-dua penghujungnya menjadi sarung bulatan.  Panjang kain sarung tidak ada batasan tetapi lazimnya menutupi bahagian perut  atau pinggang hingga ke paras buku lali.  Pemakaian kain sarung sering dikaitkan dengan penduduk Asia Tenggara seperti Malaysia, Kepulauan Indonesia (Sumatera dan Jawa), Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Burma, Filipina dan Brunei.

BUDAYAKonsep
STOKING

Stoking ialah sarung kaki yang disarungkan

muat-muat pada sebahagian atau seluruh kaki.

Tight atau pantihose ialah stoking yang menutupi

seluruh kaki hingga ke pinggang. Kita memakai

stoking terutamanya untuk keselesaan, rasa panas,

hiasan, dan untuk melindungi kasut daripada peluh

dan bau kaki.

UMUM 
KAIN METAI

Kain metai ialah sejenis kain yang tidak mudah

koyak yang digunakan terutamanya sebagai sarung

tilam dan bantal.

UMUM 
TINJU

Tinju ialah sukan apabila dua petinju bertarung

antara satu sama lain dengan menggunakan

penumbuk mereka. Petinju memakai sarung

tangan berpad tebal dan bertarung di kawasan

segi empat sama, berpagar tali yang dinamakan

gelanggang. Perlawanan tinju yang baik antara

dua petinju yang setanding memperlihatkan

kekuatan dan kemahiran yang pantas, ganas.

UMUM 
KAIN KAMPUH

KAIN KAMPUH, kain sarung panjang yang diperbuat daripada dua keping kain tenunan berlerang kecil dan dicantum jahit bagi menjadikannya sehelai kain sarung. Ada kalanya, bagi mendapatkan kain sarung hingga ke paras dada, kain itu dikampuh tiga.

BUDAYAKraf Tangan
SERPIH

Serpih ialah pemecahan sebarang benda kepada

kepingan yang lebih kecil. Bom atau bahan api

serpih telah digunakan bagi menentang kumpulan

askar, trak, dan kapal terbang di pangkalan.

Senjata ini mempunyai sarung yang berat yang

apabila meletup, terpecah kepada ribuan

serpihan kecil (kepingan).

UMUM 
KHEMAH

Khemah ialah tempat perlindungan mudah

alih yang digunakan oleh pekhemah-pekhemah

untuk berlindung daripada cuaca dan serangga.

Kebanyakan khemah terdiri daripada sebuah

rangka yang diperbuat daripada kayu, kaca

gentian, atau logam dengan sarung dan lantainya

daripada nilon, kanvas dan kain kapas.

Khemah dibuat dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Ia mungkin sebuah khemah model kecil untuk

seorang pekhemah hinggalah kepada sebuah kabin

yang besar yang boleh memuatkan enam orang

dewasa.

UMUM 
MENGAIT

Mengait ialah satu kaedah membuat kain

dengan menggelungkan benang di sekeliling

jarum mengait dengan yang lain menggunakan

satu atau lebih jarum mengait. Kebanyakan

daripada pakaian yang dipakai, dibuat dengan

mengait, termasuklah baju panas, sarung kaki, skaf,

dan topi. Pakaian berkait disukai kerana pakaian

tersebut dapat meregang dan kembali semula

kepada bentuknya yang asal. Kain berkait dapat

dibentuk untuk mencipta barangan seperti hiasan

dinding. Mengait juga dapat menghiasi bentuk

serat lain yang dibuat melalui kaitan, makram, dan

tenunan. Mengait boleh dilakukan dengan tangan

atau mesin. Rencana ini menghuraikan tentang

kaitan tangan. Lihat juga Mesin mengait; Tekstil

(Kain yang dikait).

UMUM 
123

Kembali ke atas