Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.rung] | ساروڠ

Definisi : 1. salut (tempat menyimpan keris, pedang, dll) yg dibuat drpd kayu dll: pedang yg sudah terhunus drpd ~nya; 2. sampul (bantal, surat, dll), bungkus; 3. = kain ~ kain yg hujung pangkalnya dijahit bersambung; ~ akar tisu yg menyalut hujung akar (supaya tidak rosak, patah, dll); ~ bantal kain pembungkus bantal (supaya bantal tidak kotor dll); ~ bidal = ~ jari sarung jari yg diperbuat drpd logam (utk orang menjahit), jidal, didal; ~ kepompong lapisan yg menyaluti telur (kepompong) serangga; ~ keris sarung tempat menyimpan keris; ~ surat sampul surat; ~ tangan kaus tangan; seberapa panjang ~, begitulah panjang matanya prb perangai (perkataan) yg baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang; bersarung memakai sarung: dia bertopeng dan ~ tangan; bersarungkan menggunakan sesuatu sbg sarung: ia mengambil goloknya yg berhulu-kan buluh dan ~ upih itu; menyarung 1. memberi bersarung: ~ keris; 2. memakai atau mengenakan (pakaian dll): dia terus ~ pakaian; menyarungkan 1. memasukkan ke dlm sarung: kemudian Panglima Hitam pun ~ kerisnya kembali; 2. mengenakan atau me-masukkan (pakaian, cincin, dll): dia terpaksa menahan nafas ketika ~ baju sutera halus tanpa tangan itu; ~ baju di badan maka sesuai prb mengukur perbuatan orang dgn keadaan diri sendiri; tersarung 1. terletak dlm sarung (keris, pedang, dll), dlm keadaan bersarung; 2. terlekat atau terpakai (pakaian dll): cincin pertunangan ~ di jarinya; penyarung sl orang yg membuat sarung: maka oleh segala perawangan itu di­bawa-nya keris itu kpd segala ~ disuruh sarungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rung] | ساروڠ

Definisi : Mn; menyarung mencelah (per-kataan orang), menyampuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rung] | ساروڠ

Definisi : 1 = kain ~ kain panjang yg hujung dan pangkalnya dijahit ber­sambung (dipakai utk menutup ba­hagian badan dr pinggang hingga ke kaki). 2 salut yg dibuat drpd kulit (kayu dll) tempat menyimpan keris dll: ~ keris; ~ pedang. 3 sesuatu yg digunakan utk menyalut atau utk menyampul sesuatu yg lain: ~ bantal; ~ surat. bersarung 1 ada sarungnya; memakai sarung: Kerisnya tidak ~. ~ tangan. 2 memakai kain sarung. menyarungkan 1 memasukkan se­suatu ke dlm sarung: ~ pedang. 2 mengenakan atau memasuk­kan pa­kaian dsb ke badan: ~ cincin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain sarung bunga belais,
     Dikandung-kandung cuci di kaki;
Tunduk terkidum menyapa ikhlas,
     Barulah sedap rasa di hati.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Berapa panjang sarung begitulah kerisnya.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sarungsarungKerisTiadaSalutan yang diperbuat daripada kayu, logam, dan sebagainya yang berfungsi sebagai tempat menyimpan keris.
sarungsarungKerisTiadaSalutan yang diperbuat daripada kayu, logam, dan sebagainya yang berfungsi sebagai tempat menyimpan keris.
glove lengthsukuran sarung tanganKesenianSeni Reka FesyenIstilah untuk ukuran panjang sarung tangan yang berdasarkan jumlah butang. Satu butang bermakna sarung tangan paras pergelangan tangan. Enam butang bermakna sarung tangan paras separuh hasta. Enam belas butang bermaksud sarung tangan paras siku.
sensor glovesarung tangan pengesanTeknologi MaklumatTiadaSarung tangan khas yang dipakai oleh pengguna untuk mengawal pergerakan objek pada skrin. Sarung tangan ini mempunyai deria yang dapat mengesan pergerakan jari atau tangan penggunanya bagi membolehkan imej atau objek digerakkan atau dimanipulasi. Sarung tangan ini lazimya digunakan dengan aplikasi realiti maya.
sensor glovesarung tangan pengesanTeknologi MaklumatTiadaSarung tangan khas yang dipakai oleh pengguna untuk mengawal pergerakan objek pada skrin. Sarung tangan ini mempunyai deria yang dapat mengesan pergerakan jari atau tangan penggunanya bagi membolehkan imej atau objek digerakkan atau dimanipulasi. Sarung tangan ini lazimya digunakan dengan aplikasi realiti maya.
sliding sleeve positioning-foolperkakas penempatan sarung gelangsarKejuruteraanPetroleumPerkakas yang digunakan untuk membuka dan menutup injap sarung gelangsar, di dalam telaga. Ia diturunkan dengan menggunakan talian kabel. Dengan menggunakan perkakas ini, sarung dalam dari peranti injap sarung gelangsar dapat diturunkan atau dinaikkan. Perkakas ini akan terlepas dengan sendirinya sebaik sahaja injap telah terbuka atau tertutup sepenuhnya, dan dapat ditarik semula ke atas dengan talian kabel.
mousquetaire glovesarung tangan mousquetaireKesenianTiada1. Sarung tangan panjang dan longgar, dipakai dengan melorotkan lengannya ke pergelangan tangan.,2. Sarung tangan panjang dan longgar yang berbelah dan berbutang di pergelangan tangan, dipakai dengan cara memasukkan tangan dan disingsing ke siku, dipakai bersama-sama pakaian malam formal.
guide sleevesarung panduKejuruteraan AutomotifEnjinSarung berbentuk tiub yang terletak pada bolt rod penyambung untuk mengelakkan jurnal aci engkol dicalarkan oleh bebenang bolt tersebut semasa rod penyambung dikeluarkan. Hos getah yang pendek biasanya boleh digunakan sebagai sarung pandu.
spaghettispagetiTeknikElektrikSarung penebat kabel atau dawai berbentuk tiub, seperti bentuk spageti, dan mudah lentur. Sarung penebat ini mungkin dibuat daripada sutera, silikon atau getah butil. Sarung ini menjadi pelindung tambahan kepada pengalir di hujung kabel daripada kesan haba di sekelilingnya.
cable sheathsarung kabelTeknikElektrikBahagian kabel yang dibuat daripada penebat atau logam. Penebat yang biasa digunakan sama seperti penebat kabel, tetapi logam yang digunakan ialah aluminium, kuprum atau plumbum. Sarung kabel digunakan utamanya untuk memberi perlindungan mekanik, lembapan atau bahan kimia kepada kabel. Sarung kabel jenis logam kadangkala digunakan juga sebagai pengalir bumi, dan ada juga sarung kabel yang dibuat daripada jaringan dawai yang digunakan untuk voltan amat rendah, seperti kabel pada sistem siaran radio.
12345678910...

Kembali ke atas