Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SARUNG TANGAN BESI

Sarung tangan besi ialah sarung tangan kulit

yang disaluti plat keluli, dan dipakai oleh sateria

Zaman Pertengahan sebagai sebahagian daripada

baju besi mereka. Sarung tangan besi yang awal

diperbuat daripada baju rantai (cincin logam yang

bersambung antara satu dengan yang lain).

Kemudian, sarung tangan besi mempunyai engsel

untuk memudahkan pergerakan. Sarung tangan

besi digunakan sehingga tahun 1600-an.

UMUM 
SARUNG TANGAN

Sarung tangan ialah penutup perlindungan

atau penutup berhias untuk tangan. Sarung tangan

mempunyai sarung yang berasingan untuk setiap

jari. Perkataan glove berasal daripada perkataan

Anglo-Saxon, ‘glof’ yang bermaksud tapak tangan.

UMUM 
SUEDE

Suede, sejenis kulit lembut yang mempunyai nap

pada satu bahagian. Suede dibuat dengan

memegang bahagian belulang haiwan yang

berdaging dan yang telah disamak pada roda

penggilap. Permukaan roda yang kasar itu menaikkan

nap tersebut. Barang-barang yang diperbuat

daripada suede termasuk kasut, sarung tangan, topi,

dan kot.

UMUM 
NUTRIA

Nutria, juga dikenali sebagai coypu , ialah

rodensia besar yang tinggal dalam air segar atau

berhampiran dengannya. Nutria berasal dari

selatan Amerika Selatan, tetapi telah

diperkenalkan ke negara-negara lain untuk

diternak bagi bulunya. Bulunya dikenali sebagai

“nutria”, iaitu perkataan Sepanyol bagi memerang.

Bulu nutria digunakan untuk membuat kot dan

sarung tangan, manakala dagingnya digunakan

untuk membuat makanan haiwan kesayangan.

UMUM 
TINJU

Tinju ialah sukan apabila dua petinju bertarung

antara satu sama lain dengan menggunakan

penumbuk mereka. Petinju memakai sarung

tangan berpad tebal dan bertarung di kawasan

segi empat sama, berpagar tali yang dinamakan

gelanggang. Perlawanan tinju yang baik antara

dua petinju yang setanding memperlihatkan

kekuatan dan kemahiran yang pantas, ganas.

UMUM 
KAIN KAMPUH

KAIN KAMPUH, kain sarung panjang yang diperbuat daripada dua keping kain tenunan berlerang kecil dan dicantum jahit bagi menjadikannya sehelai kain sarung. Ada kalanya, bagi mendapatkan kain sarung hingga ke paras dada, kain itu dikampuh tiga.

BUDAYAKraf Tangan
MENGAIT

Mengait ialah satu kaedah membuat kain

dengan menggelungkan benang di sekeliling

jarum mengait dengan yang lain menggunakan

satu atau lebih jarum mengait. Kebanyakan

daripada pakaian yang dipakai, dibuat dengan

mengait, termasuklah baju panas, sarung kaki, skaf,

dan topi. Pakaian berkait disukai kerana pakaian

tersebut dapat meregang dan kembali semula

kepada bentuknya yang asal. Kain berkait dapat

dibentuk untuk mencipta barangan seperti hiasan

dinding. Mengait juga dapat menghiasi bentuk

serat lain yang dibuat melalui kaitan, makram, dan

tenunan. Mengait boleh dilakukan dengan tangan

atau mesin. Rencana ini menghuraikan tentang

kaitan tangan. Lihat juga Mesin mengait; Tekstil

(Kain yang dikait).

UMUM 
KAIN SELERANG

KAIN SELERANG, kain sarung yang dihasilkan tanpa berkampuh. Kain ini ditenun menggunakan kek Melayu kecuali kain corak Pahang yang menggunakan kek siam. Kek siam digunakan kerana lebih cepat dan boleh menghasilkan dua hingga tiga helai sarung dalam sehari. Kain sarungnya juga lebih lebar dan panjang daripada kek Melayu.

BUDAYAKraf Tangan
KAIN BATIK KEDAH

KAIN BATIK KEDAH, kain sarung batik cap. Pada awalnya kain ini dihasilkan oleh pembatik di negeri Kelantan dan Terengganu, tetapi kini ia terdapat di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Kain sarung ini digunakan oleh wanita Kedah sebagai pakaian harian. Di tempat-tempat lain, kain batik dipakai sewaktu bersembahyang.

BUDAYAKraf Tangan
KAIN DAGANG LUAR

KAIN DAGANG LUAR, kain sarung yang dipakai di luar baju atau diselempangkan di atas bahu. Di Johor, kain dagang luar dikatakan dipengaruhi oleh orang Bugis yang berdagang menggunakan perahu dari satu tempat ke tempat lain. Kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar ini dijadikan bekas mengisi barang-barang keperluan seperti pakaian, sayuran, buah-buahan dan lain-lain.

BUDAYAKraf Tangan
12

Kembali ke atas