Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kaus tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kaus I1. sl kasut, sepatu: ini surat dr bawah ~ Raja Langit datang kpd Raja Melaka; 2. = ~ kaki stoking; ~ tangan sarung tangan; 3. kain tipis (yg jarang-jarang tenunannya); baju ~ baju drpd kain yg jarang-jarang tenunannya; ~ lampu sj kain kasa yg dipasang di atas nyala lampu gasolin; ~ pendek baju kaus yg pendek lengannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaus tangansarung tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
sarung tangankaus tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
bersarung1 ada sarungnya; memakai sarung: Kerisnya tidak ~. ~ tangan. 2 memakai kain sarung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sarung1 ada sarungnya; memakai sarung: Kerisnya tidak ~. ~ tangan.Kamus Pelajar
sarung I1. salut (tempat menyimpan keris, pedang, dll) yg dibuat drpd kayu dll: pedang yg sudah terhunus drpd ~nya; 2. sampul (bantal, surat, dll), bungkus; 3. = kain ~ kain yg hujung pangkalnya dijahit bersambung; ~ akar tisu yg menyalut hujung akar (supaya tidak rosak, patah, dll); ~ bantal kain pembungkus bantal (supaya bantal tidak kotor dll); ~ bidal = ~ jari sarung jari yg diperbuat drpd logam (utk orang menjahit), jidal, didal; ~ kepompong lapisan yg menyaluti telur (kepompong) serangga; ~ keris sarung tempat menyimpan keris; ~ surat sampul surat; ~ tangan kaus tangan; seberapa panjang ~, begitulah panjang matanya prb perangai (perkataan) yg baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang; bersarung memakai sarung: dia bertopeng dan ~ tangan; bersarungkan menggunakan sesuatu sbg sarung: ia mengambil goloknya yg berhulu-kan buluh dan ~ upih itu; menyarung 1. memberi bersarung: ~ keris; 2. memakai atau mengenakan (pakaian dll): dia terus ~ pakaian; menyarungkan 1. memasukkan ke dlm sarung: kemudian Panglima Hitam pun ~ kerisnya kembali; 2. mengenakan atau me-masukkan (pakaian, cincin, dll): dia terpaksa menahan nafas ketika ~ baju sutera halus tanpa tangan itu; ~ baju di badan maka sesuai prb mengukur perbuatan orang dgn keadaan diri sendiri; tersarung 1. terletak dlm sarung (keris, pedang, dll), dlm keadaan bersarung; 2. terlekat atau terpakai (pakaian dll): cincin pertunangan ~ di jarinya; penyarung sl orang yg membuat sarung: maka oleh segala perawangan itu di­bawa-nya keris itu kpd segala ~ disuruh sarungkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengendongmembawa barang dgn dibungkus dlm kain sarung (sapu tangan dll): buah-buah itu dipungutnya dan dikendongnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kendong(kéndong); mengendong membawa barang dgn dibungkus dlm kain sarung (sapu tangan dll): buah-buah itu dipungutnya dan dikendongnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sarung1 = kain ~ kain panjang yg hujung dan pangkalnya dijahit ber­sambung (dipakai utk menutup ba­hagian badan dr pinggang hingga ke kaki). 2 salut yg dibuat drpd kulit (kayu dll) tempat menyimpan keris dll: ~ keris; ~ pedang. 3 sesuatu yg digunakan utk menyalut atau utk menyampul sesuatu yg lain: ~ bantal; ~ surat. bersarung 1 ada sarungnya; memakai sarung: Kerisnya tidak ~. ~ tangan. 2 memakai kain sarung. menyarungkan 1 memasukkan se­suatu ke dlm sarung: ~ pedang. 2 mengenakan atau memasuk­kan pa­kaian dsb ke badan: ~ cincin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersarungmemakai sarung: dia bertopeng dan ~ tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas