Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sas.te.ra.wan] | سستراون

Definisi : 1. orang yg menghasilkan karya sastera (spt prosa dan puisi), ahli sastera, pengarang, pujangga: Asas 50 merupakan sebuah gerakan ~ yg progresif; 2. orang yg cerdik pandai, cendekiawan: memanggil segala ahli nujum dan ~; kesasterawanan hal (sifat dsb) yg berkaitan dgn sasterawan: pengarang harus memiliki keterampilan ~ yg menguasai teknik penulisan dan peka terhadap hal-hal kemanusiaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sas.te.ra.wan] | سستراون

Definisi : 1 orang yg meng­hasilkan karya sastera; pengarang; pu­jangga; ahli sastera. 2 orang yg ahli ttg sastera. 3 orang yg cerdik pandai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sasterawan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD SASTERAWAN NEGARA DAN CIRI-CIRI SEORANG SASTERAWAN NEGARASasterawan Negara ialah sasterawan yang telah menerima Anugerah Sastera Negara daripada Kerajaan Malaysia. Anugerah ini merupakan penghormatan tertinggi kerajaan terhadap sasterawan yang telah menberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan. Sehingga kini seramai sembilan orang sasterawan yang telah menerima anugerah tersebut, iaitu Keris Mas, Shahnon Ahmad, Usman Awang, A. Samad Said, Arena Wati, Muhammad Haji Salleh, Noordin Hassan, Abdullah Hussain dan S. Othman Kelantan.Lain-lain26.11.2007
Tuan/Puan, Memohon pengesahan bagi pemakaian nama dan gelaran untuk sasterawan negara bagi sesuatu program. YBrs. Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh Sasterawan Negara ke-6 atau Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh Terima KasihSalam sejahtera,

Penggunaan gelaran yang betul ialah

Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh

Sekian, terima kasih.
Lain-lain25.09.2017
pendapat sasterawan negara seperti a.samad said,usman awang,shahnon ahmad tentang sastera atau makna atau pendapat mereka tentang sasteraPendapat sasterawan negara (seperti nama-nama yang dinyatakan) tentang sastera boleh dirujuk pada buku terbitan DBP berjudul Ucapan Penerima Anugerah Sasterawan Negara - SASTERA DAN KEMANUSIAAN. Buku tersebut boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, Kuala Lumpur, Pejabat-pejabat DBP Wilayah (Timur - di Kota Bharu, Kelantan atau Utara - di Bukit Mertajam, Pulau Pinang atau Selatan - Larkin Perdana, Johor Bahru) atau boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Lain-lain09.02.2008
Tuan apakah cara mendapat perkataan yang baharu seperti cara yang digunakan oleh para sasterawan untuk menemukan perkataan baharu..saya dah lihat beberapa karya sasterawan semuanya ada kosa kata serta diksi yang tepat.adakah mereka merujuk kamus? Soalan yang kedua..... saya mahu bertanya kosa kata ilmu yang tidak terdapat di mana-mana karya sasterawan. Soalan yang ketiga Adakah penggunaan ayat ini gramatis. 1.Golongan belia pada abad ke-21 ini,patut seimbang bukan sahaja dalam pendidikan malah dalam semua kegiatan yang menjadikan mereka berharga.Rancangan ini pasti dilakukan oleh mereka sebelum mereka melepaskan usia muda. 2.Amalan membaca membawa seribu satu kepentingan.Antaranya,mencanai pelajar berupaya menulis esei yang gramatis.Melalui amalan ini,mereka mendapat pendapat yang logik,tepat dan sesuai.Agar mereka kurang membuat kesalahan bahasa dari segi tatabahasa,ayat,imbuhan,peribahasa,ejaan dan istilah.Contohnya,buku-buku yang berbentuk fiksyen,novel dan contoh karya satirawan dapat membantu menambah kosa kata.Hasilnya.pelajar dapat memperkaya bahasa.Pada masa yang sama,pelajar yang kaya dengan kosa kata mengaplikasikan kosa kata tersebut pada permulaan ayatnya jikalau pemeriksa kertas dapat menyemai perasaan ghairah dan juga pelajar tersebut menghasilkan 'first impression'pada muka pemeriksa tentu mereka memperoleh markah yang terbaik.Tuan/puan dinasihati membuat penyelidikan tentang perkara melalui pembacaan atau rujukan dalam makalah yang diterbitkan dalam akhbar atau majalah tempatan, atau kertas-kertas kerja atau penulisan ilmiah di perpustakaan ipta/s atau Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, DBP.   

Penggunaan ayat yang gramatis.

1. Gaya hidup golongan belia pada abad ke-21 ini haruslah seimbang,  bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah dalam semua bidang yang menjadikan mereka lebih bernilai. Perkara ini harus dilakukan sebelum melangkau usia muda.

2. Amalan membaca membawa banyak kelebihan. Antaranya termasuklah pelajar berupaya menulis esei dengan gramatis. Melalui amalan ini, mereka akan mempunyai idea yang logik, tepat dan sesuai dan dapat mengurangkan kesalahan bahasa dari segi tatabahasa, ayat, imbuhan, peribahasa, ejaan dan istilah. Contohnya, buku-buku yang berbentuk fiksyen, novel dan contoh karya sasterawan dapat membantu menambah kosa kata. Hasilnya, pelajar dapat memperkaya kosa kata dan meningkatkan penggunaan bahasa yang betul. Pada masa yang sama, pelajar yang kaya dengan kosa kata dapat mengaplikasikan kosa kata tersebut dalam penulisan yang akan memberi kesan kepada pemeriksa kertas dan pelajar tersebut memperoleh markah yang baik.
Lain-lain21.06.2018
Sasterawan Negara dalam bahasa InggerisSasterawan NegaraEjaan30.05.2011
senarai nama sasterawan negara keseluruhanSenarai nama Sasterawan Negara ialah: 1. 1981 - Keris Mas (Kamaludin Muhamad) 2. 1982 - Dato' Shahnon Ahmad 3. 1983 - Dato' (Dr.) Usman Awang 4. 1985 - Datuk (Dr.) A. Samad Said 5. 1987 - Arena Wati (Muhamad Abdul Biang) 6. 1991 - Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh 7. 1993 - Dato' Noordin Hassan 8. 1996 - Dato' Abdullah Hussain 9. 2003 - S. Othman Kelantan (Syed Othman Syed Omar)Lain-lain11.11.2007
Saya membeli buku “Mutiara Kata Sasterawan Negara” (2005) terbitan DBP. Seorang guru Bahasa Melayu berkata, tajuk itu silap. Yang betul ialah “Kata-kata Mutiara Sasterawan Negara”. Mohon hujah untuk mempertahankan ungkapan “mutiara kata” dalam tajuk itu.Ungkapan Mutiara Kata merupakan kata majmuk yang berbentuk kiasan atau simpulan kata.  Tatabahasa23.02.2009
Apakah syarahan Agung Sasterawan Negara,anjuran KALAM,JKKN dan DBP di Dewan Bahasa dan Pustaka,15 Disember 2009,SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh?Saya ingin menjadikan sesetengah syarahannya untuk digunakan dalam kerja kursus saya.Untuk makluman Syarahan Agung Sasterawan Negara tersebut dianjurkan oleh KALAM dengan kerjasama DBP.  Yang ada maklumat tentang program ini ialah KALAM.  Saudara boleh menghubungi KALAM atau setiausahanya En. Taib Nordin di DBP Sarawak 082-227030.Sastera13.08.2014
Apakah pandangan DBP tentang penggunaan perkataan cikgi untuk guru wanita dan saterawati untuk sasterawan wanita?Sehingga kini istilah cikgu digunakan untuk guru lelaki dan wanita begitu juga dengan istilah sasterawan. Belum ada perbezaan kedua-dua istilah tersebut untuk merujuk kepada perbezaan jantina.Makna19.09.2009
Fatin Nabihah 9 February at 17:02 Assalamualaikum. Tumpang tanya admin, di mana boleh dapatkan borang pencalonan tokoh Sasterawan Negara? Harap dapat membantu. Terima kasih.Waalaimkumussalam... Borang pencalonan tokoh Sasterawan Negara masih belum dibuka lagi. Sebarang hebahan tentang maklumat ini akan disiarkan dalam laman web DBP kelak. Sekian terima kasihLain-lain09.02.2017
12345

Kembali ke atas