Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata satong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
satongsatongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter. Badannya diperbuat daripada buluh, sementara empat utas talinya dipotong daripada permukaan buluh itu sendiri. Tali yang dipotong daripada alat muzik itu sendiri dikenali sebagai idiokordik. Satong dipegang dengan kedua-dua belah tapak tangan dan tali dipetik dengan jari. Alat muzik ini menghasilkan melodi dan rentak tertentu. Alat muzik yang terdapat di Sarawak ini dimainkan dalam kalangan Orang Ulu sebagai hiburan. Satong mempunyai hubung kait dengan alat ziter berbentuk tiub yang terdapat di Asia Tenggara.

kremkremMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter yang berbentuk tiub. Alat muzik ini diperbuat daripada buluh. Dua utas tali nilon atau akar dipasang pada badan krem. Krem dipegang secara mendatar dengan sebelah tapak tangan pemain, dan tali dipetik dengan jari atau digesek dengan penggesek yang diperbuat daripada rotan, tali akar atau tali nilon. Krem dimainkan oleh orang asli di Semenanjung Malaysia secara solo sebagai hiburan. Lihat juga satong, tongkungon.


Kembali ke atas