Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sau.da.ra] | ساودارا

Definisi : 1. orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg sama), abang (kakak) atau adik: ia berazam utk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya; 2. orang yg ada hubungan kekeluargaan, sanak: dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; 3. orang yg sama darjat (sekutu, segolongan, dll): ~ sekampung; 4. kawan, sahabat, teman: ~ sepermainan; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yg digunakan ter-utamanya pd lelaki: ~, boleh saya tumpang bertanya? 6. tembuni, uri (yg keluar meng-iringi bayi yg lahir); 7. ki sesuatu yg hampir sama (keadaan, sifat, dll): menipu itu ~ mencuri; ~ angkat orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang atau yg diakui sbg saudara sendiri; ~ anjing saudara seibu tetapi berlainan bapa; ~ baru (panggilan yg ditujukan kpd) orang yg baru memeluk agama Islam; ~ bau bacang (embacang) saudara yg telah jauh pertaliannya; ~ belahan saudara yg sama nenek moyangnya; ~ daging semua kaum keluarga jauh dan dekat; ~ dekat = ~ rapat saudara yg masih dekat; ~ dua pupu saudara yg datuk atau neneknya adik-beradik; ~ jauh = ~ renggang saudara yg telah jauh; ~ kandung (sekandung) saudara sendiri, saudara seibu sebapa; ~ kembar adik-beradik yg dilahirkan sbg anak kembar; ~-mara semua kaum keluarga (jauh dan dekat); ~ pungut saudara angkat; ~ pupu saudara yg masih dekat; ~ sejalan sejadi saudara yg sama ibu bapanya, saudara kandung; ~ seperjuangan teman yg sama-sama berjuang (berusaha, berjerih payah) utk sesuatu; ~ sepupu saudara yg datuk atau neneknya sama; ~ susu = ~ susuan = ~ setetek saudara yg bukan saudara sendiri tetapi menyusu pd perempuan yg sama; ~ tiri a) anak ibu atau bapa tiri; b) Id saudara drpd bapa (ibu) yg sama tetapi ibu (bapa) yg berlainan; bersaudara 1. mempunyai saudara: aku tidak ~ dan tidak berkeluarga; 2. adik-beradik: maka datang pula raja beruk empat ~; 3. ki mempunyai sifat (keadaan dll) yg hampir serupa: bakteria ialah sejenis tumbuhan yg ~ rapat dgn kulat; badan ~, emas takkan ~, kasih saudara sama ada prb bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan tetapi dgn mudah juga dapat diceraikan kerana orang lebih mengutamakan harta benda; saudara-bersaudara sl sesama saudara, adik-beradik: apa kerja kita berkelahi ~? bersaudarakan mempunyai (seseorang) sbg saudara: dia lebih rela ~ orang miskin drpd saudara-saudaranya yg hidup mewah dan angkuh itu; mempersaudarakan menjadikan (spt) ber-saudara: anakanda ini ayahanda persaudara-kan dgn anak ayahanda sekalian ini; persaudaraan perihal bersaudara, perhu-bungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sau.da.ra] | ساودارا

Definisi : 1 orang yg sama ibu bapanya (atau ibu atau bapanya saja yg sama); adik-beradik: ~ku sembilan orang. 2 orang yg ada pertalian darah; keluar­ga: Dia ~ sepupu saya. 3 orang yg se­golongan (spt sedarjat, sekampung, seagama); teman; sahabat: Apa khabar ~-~ kita di kampung? ~ anjing saudara (adik-beradik) seibu tetapi berlainan bapa. ~ kandung adik-beradik seibu sebapa. ~-mara (daging) semua kaum keluarga yg jauh dan yg dekat. ~ seperjuangan teman yg sama-sama berjuang atau berusaha utk sesuatu tujuan. ~ susu orang yg bukan sau­dara kandung tetapi menyusu pd pe­rempuan yg sama. ~ tiri anak kpd ibu tiri atau kpd bapa tiri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu. bersaudara 1 ada sau­daranya (adik-beradiknya, kaum keluarganya): Aku tidak ~ lagi. 2 adik-beradik: anak raja empat ~. 3 berhubungan sbg saudara: Semua orang Islam ~. persaudaraan perhubungan kerana bersaudara; per­hubungan sbg saudara; perhubungan yg rapat sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudara

Puisi
 

Dapat seekor ikan tenggalan,
     Lalu ditaruh di atas peti;
Saudara-mara dapat berkenalan,
     Bertambah mesra kasih di hati.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Jikalau tiada rial di pinggang,
     saudara yang rapat menjadi renggang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
kindredn 1. see KINSHIP; 2. o’s relations, sanak saudara, saudara mara, (kaum) kerabat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
on25. (colloq), (to say that so. is paying for st) akan membayar: the drinks are ~ me, saya akan membayar minuman saudara-saudara; 26. compared with, berbanding dgn: tonight’s performance is an improvement ~ last night’s, persembahan malam ini lebih baik berbanding dgn persembahan malam semalam; sales are up ~ last month’s figures, jualan meningkat berbanding dgn jualan bulan lalu; 27. (indic imposition) terhadap, atas: a ten per cent tax ~ imported cameras, cukai sebanyak sepuluh peratus atas kamera yg diimport; to charge interest ~ the loan, mengenakan faedah atas pinjaman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kinsfolkn kaum kerabat, (kaum) keluarga, saudara mara, sanak saudara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kinn 1. family, keluarga: to come of good ~, dr keluarga yg baik; 2. relations, kaum kerabat, (kaum) keluarga, saudara (-mara), sanak saudara; near of ~, saudara /rapat, dekat/; next of ~, waris yg terdKamus Inggeris-Melayu Dewan
strangely I can’t recall your name though your face is ~ familiar, saya tdk ingat akan nama saudara tetapi muka saudara saya rasa-rasa kenal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
friend4. supporter (of cause, fight, party, etc) penyokong: he’s no ~ of our movement, dia bukan penyokong gerakan kita; 5. st helpful, teman: diamonds are a girl’s best ~, berlian ialah teman wanita yg paling rapat; 6. person who is not an enemy, kawan: “who goes there? F~ or foe?”, “siapa tu? Kawan atau lawan?”; 7. a. term used when addressing a group of people, saudara sekalian, saudara-saudara; (colloq) kawan-kawan, teman-teman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cousinn also first cousin, sepupu, saudara (se)pupu; first ~ once removed, a. o’s cousin’s child, anak saudara sepupu; b. o’s parent’s cousin, /bapa, mak/ saudara sepupu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hoarsenessn /kegarauan, keparauan/ (suara); (due to illness, shouting, etc), /keserakan, keparauan/ (suara): the ~ will disappear if you stop smoking, keserakan suara saudara akan hilang jika saudara berhenti merokok.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cousinlyadj spt saudara: ~ affections, kasih sayang spt saudara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brotherlyadj sbg (seorang) saudara: ~ love, kasih sbg seorang saudara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas