Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sau.da.ra] | ساودارا

Definisi : 1. orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg sama), abang (kakak) atau adik: ia berazam utk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya; 2. orang yg ada hubungan kekeluargaan, sanak: dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; 3. orang yg sama darjat (sekutu, segolongan, dll): ~ sekampung; 4. kawan, sahabat, teman: ~ sepermainan; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yg digunakan ter-utamanya pd lelaki: ~, boleh saya tumpang bertanya? 6. tembuni, uri (yg keluar meng-iringi bayi yg lahir); 7. ki sesuatu yg hampir sama (keadaan, sifat, dll): menipu itu ~ mencuri; ~ angkat orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang atau yg diakui sbg saudara sendiri; ~ anjing saudara seibu tetapi berlainan bapa; ~ baru (panggilan yg ditujukan kpd) orang yg baru memeluk agama Islam; ~ bau bacang (embacang) saudara yg telah jauh pertaliannya; ~ belahan saudara yg sama nenek moyangnya; ~ daging semua kaum keluarga jauh dan dekat; ~ dekat = ~ rapat saudara yg masih dekat; ~ dua pupu saudara yg datuk atau neneknya adik-beradik; ~ jauh = ~ renggang saudara yg telah jauh; ~ kandung (sekandung) saudara sendiri, saudara seibu sebapa; ~ kembar adik-beradik yg dilahirkan sbg anak kembar; ~-mara semua kaum keluarga (jauh dan dekat); ~ pungut saudara angkat; ~ pupu saudara yg masih dekat; ~ sejalan sejadi saudara yg sama ibu bapanya, saudara kandung; ~ seperjuangan teman yg sama-sama berjuang (berusaha, berjerih payah) utk sesuatu; ~ sepupu saudara yg datuk atau neneknya sama; ~ susu = ~ susuan = ~ setetek saudara yg bukan saudara sendiri tetapi menyusu pd perempuan yg sama; ~ tiri a) anak ibu atau bapa tiri; b) Id saudara drpd bapa (ibu) yg sama tetapi ibu (bapa) yg berlainan; bersaudara 1. mempunyai saudara: aku tidak ~ dan tidak berkeluarga; 2. adik-beradik: maka datang pula raja beruk empat ~; 3. ki mempunyai sifat (keadaan dll) yg hampir serupa: bakteria ialah sejenis tumbuhan yg ~ rapat dgn kulat; badan ~, emas takkan ~, kasih saudara sama ada prb bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan tetapi dgn mudah juga dapat diceraikan kerana orang lebih mengutamakan harta benda; saudara-bersaudara sl sesama saudara, adik-beradik: apa kerja kita berkelahi ~? bersaudarakan mempunyai (seseorang) sbg saudara: dia lebih rela ~ orang miskin drpd saudara-saudaranya yg hidup mewah dan angkuh itu; mempersaudarakan menjadikan (spt) ber-saudara: anakanda ini ayahanda persaudara-kan dgn anak ayahanda sekalian ini; persaudaraan perihal bersaudara, perhu-bungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sau.da.ra] | ساودارا

Definisi : 1 orang yg sama ibu bapanya (atau ibu atau bapanya saja yg sama); adik-beradik: ~ku sembilan orang. 2 orang yg ada pertalian darah; keluar­ga: Dia ~ sepupu saya. 3 orang yg se­golongan (spt sedarjat, sekampung, seagama); teman; sahabat: Apa khabar ~-~ kita di kampung? ~ anjing saudara (adik-beradik) seibu tetapi berlainan bapa. ~ kandung adik-beradik seibu sebapa. ~-mara (daging) semua kaum keluarga yg jauh dan yg dekat. ~ seperjuangan teman yg sama-sama berjuang atau berusaha utk sesuatu tujuan. ~ susu orang yg bukan sau­dara kandung tetapi menyusu pd pe­rempuan yg sama. ~ tiri anak kpd ibu tiri atau kpd bapa tiri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu. bersaudara 1 ada sau­daranya (adik-beradiknya, kaum keluarganya): Aku tidak ~ lagi. 2 adik-beradik: anak raja empat ~. 3 berhubungan sbg saudara: Semua orang Islam ~. persaudaraan perhubungan kerana bersaudara; per­hubungan sbg saudara; perhubungan yg rapat sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudara

Puisi
 

Dapat seekor ikan tenggalan,
     Lalu ditaruh di atas peti;
Saudara-mara dapat berkenalan,
     Bertambah mesra kasih di hati.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Jikalau tiada rial di pinggang,
     saudara yang rapat menjadi renggang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam bentuk ayat adakah penggunaan "saudara-saudari sekalian" dan " di kalangan saudara- saudari" betul, ataupun "saudara saudari sekalian" dan "dikalangan saudara saudari" ?Frasa yang betul ialah dalam kalangan saudara saudari..., saudara saudari sekalian...Tatabahasa22.01.2013
Saudara, Sekiranya saudara ingin menyemak ejaan atau ingin mencari sesuatu perkataan (kamus, istilah, ensiklopedia, bahasa suku kaum peribumi Sabah dan Sarawak, arkib soalan dan lain-lain), klik Carian Kata dalam menu di sebelah kiri. Selamat mencuba. Salam hormat, SULAIMAN KAIAT Ketua Bahagian Sistem Maklumat Dewan Bahasa dan Pustaka sulaiman@dbp.gov.myUntuk permohonan iklan sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain10.07.2017
Saudara telah membelah kayu itu. Ayat pasif yang manakah betul dan gramtis? (a) Kayu itu telah dibelah oleh saudara. (b) Kayu itu telah saudara belah. [Adakah perkataan-perkataan seperti "saudara","saudari","tuan","puan","encik","cik" merujuk kepada kata ganti nama diri kedua?]Ayat yang betul dan gramatis:

Kayu itu telah saudara belah

Untuk makluman, encik, puan, cik, tuan, saudara dan saudari ialah panggilan kepada seseorang berdasarkan jantina, status dan situasi majlis. Manakala kata ganti nama diri kedua pula ialah engkau, anda kamu.
Tatabahasa07.11.2015
tuan, yang manakah ejaan yang betul? sanak saudara atau sanak-saudaraEjaan yang betul ialah sanak saudara.Ejaan16.07.2012
Assalamualaikum saya ada dua soalan. 1. Dalam penggunaan saudara/saudari dalam ayat sebelum nama. Yang betul saudara Ali bin Abu atau Saudara Ali bin Abu (memandangkan saudara merupakan panggilan seperti Sang/Si). 2. Jika kita nyatakan jawatan secara umum dalam ayat tanpa merujuk kepada sesiapa penamanya. Contoh: Ucapan pengerusi majlis/Ucapan presiden atau Ucapan Pengerusi Majlis/Ucapan Presiden Terima kasih.

 

1. Perkataan “saudara” dalam ayat ditulis dengan huruf kecil contohnya, Majlis mempersilakan saudara Ali bin Abu untuk memimpin bacaan doa.

2. Prasa yang betul ialah Ucapan pengerusi majlis / Ucapan presiden ditulis dengan huruf kecil.

 

Ejaan21.01.2020
Salam Sejahtera. Bolehkah kata panggilan harmat dalam surat rasmi menggunakan perkataan "saudara" ? Antara saudara dengan tuan, mana yang lebih sesuai?Penggunaan sapaan yang betul ialah "tuan".Tatabahasa26.05.2014
Ruangan manakah yang saya boleh salurkan bakat saya mencipta sajak atau pantun dalam web ini?Saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.

Saudara juga boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.
Tatabahasa09.05.2013
saya nama Yamilah Usma balejar bahasa melayu dasar inginkan bartanya tentang tata bahasa apakah makna saudaraSaudara membawa maksud: 1. orang yang sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yang sama), abang (kakak) atau adik; 2. orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak; 3. orang yang sama darjat (sekutu, segolongan, dll); 4. kawan, sahabat, teman; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yang digunakan ter-utamanya pada lelaki.Makna28.10.2015
Saya nama Waesalmee WaeAlee belajar bahasa melayu dasar saya ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna saudaraSaudara membawa maksud: 1. orang yang sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yang sama), abang (kakak) atau adik; 2. orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak; 3. orang yang sama darjat (sekutu, segolongan, dll); 4. kawan, sahabat, teman; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yang digunakan ter-utamanya pada lelaki.Makna28.10.2015
saya nama Nur-inee Chemuda belajar bahasa nelayu dasar inginkan bertanya tentang tata bahasa apakah makna saudaraSaudara membawa maksud: 1. orang yang sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yang sama), abang (kakak) atau adik; 2. orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak; 3. orang yang sama darjat (sekutu, segolongan, dll); 4. kawan, sahabat, teman; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yang digunakan ter-utamanya pada lelaki.Makna28.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas