Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sauh] | ساءوه

Definisi : alat yg berkait dan berat, yg dilabuhkan ke dlm air supaya perahu (kapal dll) tidak hanyut, jangkar; membongkar ~ mengangkat sauh (kerana hendak belayar); membuang (melabuhkan) ~ mencampakkan sauh (supaya perahu tidak hanyut); ~ buji sauh kecil yg ada empat pengaitnya; ~ cemat = ~ kecil sauh kecil yg dilemparkan ke perahu dll utk menariknya; ~ terbang sauh yg dilemparkan (ke darat, ke tebing, dll); bersauh 1. memakai (menggunakan) sauh; 2. berlabuh (kapal, perahu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sauh] | ساءوه

Definisi : ; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), a) cana, Parinarium griffthianum; b) merbatu layang, Parinarium corymbosum; ~ menila sj tum-buhan (pokok), ciku, Achras zapota. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sauh] | ساءوه

Definisi : besi berat berkait yg dilabuhkan ke dlm air supaya kapal tidak hanyut; membongkar ~ mengangkat sauh ke atas kapal; membuang (melabuhkan) ~ menurunkan sauh ke air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sauh (kata nama)
Bersinonim dengan jangkar, anjar.,

Puisi
 

Datuk Kelana pergi menangguk,
     Tersangkut tangguk di sauh kapal;
Saya umpama orang mengantuk,
     Apatah lagi disorong bantal.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Saya ada masalah dengan penjodoh bilangan sauh. Sebuah sauh Sebentuk sauh Sebangkar sauh Atau ada jawapan lain yg tepat. Sekian, terima kasihTidak semua benda menerima penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah sebuah. Penggunaan perkataan sauh tanpa penjodoh bilangan adalah betul.  Tatabahasa19.04.2015
Tuan, Ayat: Apabila hendak belayar,anak kapal itu membongkar sauh selepas diarahkan oleh nakhoda kapal. Pilih perkataan berlawan bagi membongkar. Yang mana jawapannya : melabuh atau menurunJawapan yang tepat ialah melabuhkan.Tatabahasa16.02.2012
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Baju lama dan baju baharu itu telah (asing). (b) Masa depannya (kecil) kerana gagal dalam peperiksaan. (c) Kejadian itu sangat (balik). (d) Rumah itu (hangat) kerana baru dibaiki oleh mereka. (e) (Hangat) sungguh sauh kapal layar itu. (f) Lorong (lalu) itu gelap dan sunyi pada waktu malam. (g) Paras air yang tidak (tepat) menyebabkan banjir.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015

Kembali ke atas