Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.wah] | ساوه

Definisi : tanah yg bencah (digenangi air) tempat menanam padi, bendang; turun ~ (mulai) mengerjakan sawah; ~ air sawah yg berair kerana hujan; ~ bencah sawah yg mendapat airnya dr tali air; ~ rawang sawah di tanah yg berpaya-paya; ~ tadahan Jw sawah yg hanya mendapat air drpd air hujan; ~ berpermatang, ladang berbintalak prb sesuatu perkara itu ada batasnya (hadnya); ~ luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak prb jika ada orang yg meminjam wang, wajib ada orang yg menjaminnya; ke ~ tidak ber-luluk, ke ladang tidak berarang prb mem-peroleh keuntungan (dll) tidak dgn bersusah payah; bersawah 1. mempunyai sawah: orang-orang kita yg tidak ~ biasanya membeli beras dr kedai; 2. = menyawah bekerja menanam padi di sawah, mengerjakan sawah: kerja Tuk Mat sehari-hari ialah menoreh getah dan ~; ~ seperempat piring, ke sawah sama dgn orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya-kaya; ~ sepiring tidak akan tempat se-pasin bertanya prb peri kemiskinan yg amat sangat; persawahan 1. perihal bersawah (meng­usahakan sawah): dlm sejarah ~ di negeri ini, menanam padi dua kali setahun sudah lama dilakukan; 2. kawasan yg dijadikan sawah; pesawah orang yg kerjanya bersawah, petani: menantunya bukan seorang ~ lagi, melain-kan sudah bakal jadi saudagar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wah] | ساوه

Definisi : tanah yg diusahakan dan diberi berair utk tempat menanam padi; ben­dang; paya. bersawah 1 ada sawahnya: Di kampung ini, hampir semua orang ~. 2 bekerja tanam-menanam di sawah; mengusahakan sawah: Selain menoreh getah, mereka ~ juga. pesawah orang yg mengusahakan sawah; penanam padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sawah (kata nama)
Bersinonim dengan bendang, baruh, paya, ladang;,
Kata Terbitan : bersawah, pesawah,

Puisi
 

Anak lipan sawah padi,
     Cari makan tepi pantai;
Senjata simpan dalam peti,
    senjata/musuh Jumpa musuh baru pakai.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Sawah berpermatang (= berpiring),
     ladang berbintalak.

Bermaksud :

Segala apa pun harus ada batasnya. bintalak = batas sebuah ladang dengan ladang yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
meantdia terpaksa memecahkan kunci itu dgn menggunakan batang besi; the paddy fields are drained by ~ of channels, sawah-sawah padi disalir melalui saluran; /not by any, by no/ ~, sebenarnya... bukan: he is by no ~ a good leader, dia sebenKamus Inggeris-Melayu Dewan
subsoil n tanah /sawah, dalam/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rice fieldn sawah, bendang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spread 5. stretch over large area, terbentang: paddy fields ~ before us, sawah padi terbentang di hadapan kami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
propagatevi membiak: rats usually ~ and flourish in paddy fields, tikus selalunya membiak dan hidup subur dlm sawah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
paddy 1 n 1. also paddy field field where rice is grown , sawah padi, bendang; 2. rice that is still growing or in the husk , padi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stare ~ out, merenung jauh: she stood on the verandah and ~d out over the paddy-fields, dia berdiri di beranda dan merenung jauh ke arah sawah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cultivaten vt 1. prepare land for crop, till, mengerjakan, mengusahakan: he cultivated the rice fields across the river, dia mengerjakan sawah padi di seberang sungai; 2. plant, raise, menanam: a plant ~d for its aromatic seeds, pokok yg ditanam utk mendapatkan bijinya yg wangi; 3. break up (ground) with hoe, cultivator, menggemburkan; 4. develop, improve by education, training or study, memupuk; (mind) membina; (accent) memperoleh: good habits that can be ~d, tabiat baik yg dapat dipupuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stretch ~ away, a. (area of land, wood, etc) extend to great distance, terbentang: the ripe paddy fields ~ed away like a vast golden sea, sawah padi yg menguning terbentang luas spt laut keemas-emasan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slackenb. become less active, berkurang, mengendur: after working a full day in the paddy-field, we began to ~, selepas bekerja sehari suntuk di sawah, tenaga kami mula berkurang; she never ~ed in her efforts to improve the conditions in the factory, usahanya utk memperbaik keadaan di kilang itu tdk pernah berkurang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas