Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.wah] | ساوه

Definisi : tanah yg bencah (digenangi air) tempat menanam padi, bendang; turun ~ (mulai) mengerjakan sawah; ~ air sawah yg berair kerana hujan; ~ bencah sawah yg mendapat airnya dr tali air; ~ rawang sawah di tanah yg berpaya-paya; ~ tadahan Jw sawah yg hanya mendapat air drpd air hujan; ~ berpermatang, ladang berbintalak prb sesuatu perkara itu ada batasnya (hadnya); ~ luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak prb jika ada orang yg meminjam wang, wajib ada orang yg menjaminnya; ke ~ tidak ber-luluk, ke ladang tidak berarang prb mem-peroleh keuntungan (dll) tidak dgn bersusah payah; bersawah 1. mempunyai sawah: orang-orang kita yg tidak ~ biasanya membeli beras dr kedai; 2. = menyawah bekerja menanam padi di sawah, mengerjakan sawah: kerja Tuk Mat sehari-hari ialah menoreh getah dan ~; ~ seperempat piring, ke sawah sama dgn orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya-kaya; ~ sepiring tidak akan tempat se-pasin bertanya prb peri kemiskinan yg amat sangat; persawahan 1. perihal bersawah (meng­usahakan sawah): dlm sejarah ~ di negeri ini, menanam padi dua kali setahun sudah lama dilakukan; 2. kawasan yg dijadikan sawah; pesawah orang yg kerjanya bersawah, petani: menantunya bukan seorang ~ lagi, melain-kan sudah bakal jadi saudagar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wah] | ساوه

Definisi : tanah yg diusahakan dan diberi berair utk tempat menanam padi; ben­dang; paya. bersawah 1 ada sawahnya: Di kampung ini, hampir semua orang ~. 2 bekerja tanam-menanam di sawah; mengusahakan sawah: Selain menoreh getah, mereka ~ juga. pesawah orang yg mengusahakan sawah; penanam padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sawah (kata nama)
Bersinonim dengan bendang, baruh, paya, ladang;,
Kata Terbitan : bersawah, pesawah,

Puisi
 

Anak lipan sawah padi,
     Cari makan tepi pantai;
Senjata simpan dalam peti,
    senjata/musuh Jumpa musuh baru pakai.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Sawah berpermatang (= berpiring),
     ladang berbintalak.

Bermaksud :

Segala apa pun harus ada batasnya. bintalak = batas sebuah ladang dengan ladang yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   3. berkenaan dengan air di sawah sekadar buku lali.Masa ayaq cap-cap ni orang serak beneh padi .[mA.sA A.jA)Ö tSAp.tSAp ni .ÒAN sE.ÒA/ b«.nEh pA.di]Semasa air setakat buku lali orang serak benih padi.
bubu tuaq[bu.bu tu.wA)Ö] Bubu daripada buluh, berbentuk bulat dan panjang serta mempunyai dua injap. Bubu ini digunakan di sawah atau parit.Kami pakai bubu tuaq bila tangkap ikan kat bendang.[kA.mi pA.kAi bu.bu tu.wA)Ö bi.lA tAN.kAp i.kAn kAt b«n.dAN]Kami menggunakan bubu tuaq apabila menangkap ikan di sawah.
wak-wak[wA/.wA/]kata namasejenis burung yang terdapat di sawah atau paya   
telaga bendang[t«.lA.gA b«n.dAN] sejenis telaga yang dibina di sawah untuk menarik ikan berkumpulLa ni jarang orang peduli telaga bendang pasai ikan tak berapa ada.[lA ni dZA.ÒAN .ÒAN p«.du.li t«.lA.gA b«n.dAN pA.sAj i.kAn tA/ b«.ÒA.pA A.dA]Sekarang jarang orang peduli telaga bendang sebab ikan tidak berapa banyak.
raket[ÒA.ket]kata namaalat daripada pelepah rumbia untuk mengangkut ikatan semaian dari tapak semaian ke petak sawah. Ikatan anak semian akan diletakkan di atas pelepah dan ditarik.La ni tak pakai raket lagi pasai orang tanam padi pakai serak.[lA ni tA/ pA.kAj ÒA.ket lA.gi pA.sAj .ÒAN tA.nAm pA.di pA.kAj sE.ÒA/]Sekarang tidak guna raket kerana orang menanam padi secara menabur.
panggu[pAN.gu]kata namabahagian atau empunyaTanah tang ujong bendang tu panggu aku.[tA.nAh tAN u.dZoN b«n.dAN tu pAN.gu A.ku]Tanah di hujung sawah itu bahagian saya.
yong[joN]kata kerjamembawa dan mengawal sekumpulan manusia atau haiwan (contohnya itik)Pagi-pagi dia yong itik pi bendang.[pA.gi.pA.gi di.jA joN i.tE/ pi b«n.dAN]Pagi-pagi dia membawa itik ke sawah.
   2. hitam merujuk kepada warna kulitBaru dua minggu turon ke bendang, kulet pon mola merelit.[bA.Òu du.wA miN.gu tu.Òon k« b«n.dAN ku.let pon m.lA m«.Ò«.lit]Baru dua minggu turun ke sawah, kulit pun mula hitam.

Kembali ke atas