Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.wah] | ساوه

Definisi : tanah yg bencah (digenangi air) tempat menanam padi, bendang; turun ~ (mulai) mengerjakan sawah; ~ air sawah yg berair kerana hujan; ~ bencah sawah yg mendapat airnya dr tali air; ~ rawang sawah di tanah yg berpaya-paya; ~ tadahan Jw sawah yg hanya mendapat air drpd air hujan; ~ berpermatang, ladang berbintalak prb sesuatu perkara itu ada batasnya (hadnya); ~ luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak prb jika ada orang yg meminjam wang, wajib ada orang yg menjaminnya; ke ~ tidak ber-luluk, ke ladang tidak berarang prb mem-peroleh keuntungan (dll) tidak dgn bersusah payah; bersawah 1. mempunyai sawah: orang-orang kita yg tidak ~ biasanya membeli beras dr kedai; 2. = menyawah bekerja menanam padi di sawah, mengerjakan sawah: kerja Tuk Mat sehari-hari ialah menoreh getah dan ~; ~ seperempat piring, ke sawah sama dgn orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya-kaya; ~ sepiring tidak akan tempat se-pasin bertanya prb peri kemiskinan yg amat sangat; persawahan 1. perihal bersawah (meng­usahakan sawah): dlm sejarah ~ di negeri ini, menanam padi dua kali setahun sudah lama dilakukan; 2. kawasan yg dijadikan sawah; pesawah orang yg kerjanya bersawah, petani: menantunya bukan seorang ~ lagi, melain-kan sudah bakal jadi saudagar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wah] | ساوه

Definisi : tanah yg diusahakan dan diberi berair utk tempat menanam padi; ben­dang; paya. bersawah 1 ada sawahnya: Di kampung ini, hampir semua orang ~. 2 bekerja tanam-menanam di sawah; mengusahakan sawah: Selain menoreh getah, mereka ~ juga. pesawah orang yg mengusahakan sawah; penanam padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sawah (kata nama)
Bersinonim dengan bendang, baruh, paya, ladang;,
Kata Terbitan : bersawah, pesawah,

Puisi
 

Anak lipan sawah padi,
     Cari makan tepi pantai;
Senjata simpan dalam peti,
    senjata/musuh Jumpa musuh baru pakai.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Sawah berpermatang (= berpiring),
     ladang berbintalak.

Bermaksud :

Segala apa pun harus ada batasnya. bintalak = batas sebuah ladang dengan ladang yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMANGAT PADI

SEMANGAT PADI, kuasa ghaib yang dimiliki oleh padi dan dipercayai dapat menyuburkan padi, menjaga ladang, sawah padi dan dapat meningkatkan penghasilan.  Masyarakat Melayu pada asalnya ialah masyarakat pertanian.  Mereka bergantung pada sawah padi untuk keperluan makanan asasi iaitu nasi. Demi menjaga sawah padi supaya sentiasa mengeluarkan hasil padi untuk makanan serta kesejahteraan, orang Melayu mengadakan ritual.

BUDAYAKepercayaan
ANUR

Alat pengangkut untuk mengangkut barang yang ditarik oleh lembu atau kerbau.  Anur dikenal juga sebagai andur.  Selalunya petani menggunakan alat ini untuk mengangkut padi atau berbagai-bagai jenis hasil tanaman dari sawah atau kebun ke rumahnya.

BUDAYAAlat/Alatan
RANAU

RANAU, daerah di Residensi Pantai Barat Sabah. Ranau dalam bahasa Dusun bererti tanah sawah yang sentiasa basah. Keluasan Ranau ialah 2 977 km persegi. Pekan Ranau terletak di pinggir sebuah sungai dan tanah pamah yang luas, setinggi 914.4 m dari paras laut. Sesetengah orang percaya bahawa di Ranau terdapat sebuah gunung berapi. Ini terbukti dengan adanya mata air panas di Poring, lebih kurang 24 km dari Ranau.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KERIKERI, alat pertanian tradisi untuk membersihkan rumput­ rampai dan tumbuhan melata di sawah padi. Rupa keri seperti cangkul tetapi lebih kecil. Mata keri diperbuat daripada besi waja. Bentuknya bengkok. Bahagian belakangnya tumpul manakala bahagian hadapannya tajam., Panjang hulu keri lebih kurang 0.92 cm, diperbuat dari­pada kayu keras dan tahan tetapi ringan seperti kayu halban.BUDAYAAlat/Alatan
TERUSAN WAN MAT SAMANat Saman ialah sebuah

terusan di Kedah yang berfungsi mengalirkan air

dari terusan itu ke kawasan penanaman padi.

Panjang Terusan Wan Mat Saman dianggarkan

36 kilometer, iaitu bermula dari Alor Setar hingga

ke Gunung Jerai. Lebarnya pula ialah 7 meter dan

dalamnya ialah 1.5 meter. Dengan adanya Terusan

Wan Mat Saman, sawah yang sebelum ini

bergantung kepada air hujan, mendapat bekalan

air dari Gunung Jerai dan Sungai Kedah. Apabila

berlaku musim hujan dan air berlebihan, dengan

mudah air dari terusan ini dapat dialirkan ke laut.

UMUM 
SUNGAI IRRAWADDY

Sungai Irrawaddy yang juga dieja Irawadi ialah

sungai utama di Myanmar. Sungai ini mengalir kira-kira

2000 kilometer ke arah selatan melalui

beberapa pemandangan yang amat menarik di

negara tersebut. Sungai Irrawaddy berpunca dari

kawasan tinggi dan berbatu-batan di bahagian utara

Myanmar. Ia mengalir melalui kawasan yang

berpenduduk padat sehingga ke kawasan sawah

padi yang luas. Di sana, Sungai Irrawaddy memasuki

Teluk Benggala melalui banyak muara yang

membentuk suatu delta tanah ladang yang subur.

UMUM 
SISIR

SISIR, sejenis alat pertanian untuk meratakan tanah sawah selepas ditajak atau ditenggala.  Sisir juga digunakan untuk mengaut sampah.  Sisir terbahagi kepada dua bahagian iaitu tapak dan jejari.  Tapak sisir diperbuat daripada kayu, manakala jejarinya pula diperbuat daripada buluh, nibung, kayu ataupun besi.  Tapaknya (palang atas) berukuran antara 1 m hingga 1.2 m panjangnya, manakala panjang jejarinya pula lebih kurang 0.5 m.

BUDAYAArtifak/Mentifak
TAJAK

TAJAK, alat pertanian untuk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah.  Alat ini terdiri daripada mata tajak yang diperbuat daripada besi yang berbentuk tirus, tajam di bahagian hadapannya; dan pemegang atau hulunya yang diperbuat daripada kayu bulat.  Biasanya hulu diperbuat daripada kayu yang keras dan boleh tahan lama, misalnya kayu cingam, halban dan kopi.  Panjangnya lebih kurang 10 cm hingga 15 cm.  Kayu yang dipilih tidak terlalu lurus, tetapi melengkung sedikit untuk membolehkan tajak digunakan dengan mudah.

BUDAYAAlat/Alatan
MUHAMMAD YAMIN

MUHAMMAD YAMIN (1903-1962), penulis dan ahli politik Indonesia. Dia lahir pada 23 Ogos 1903 di Sawah Lunto, Indonesia. Muhammad Yamin saudara seayah dengan Adinegoro, tokoh wartawan Indonesia, dan dia juga ialah bapa saudara Dr. M. Amir, seorang tokoh budaya sebelum perang. Muhammad Yamin lulusan Sarjana Undang-undang dari Perguruan Tinggi Hukum (selepas Perang Dunia Pertama menjadi sebahagian daripada Universitas Indonesia).

SASTERATokoh
ALAT PERIKANAN DARAT

ALAT PERIKANAN DARAT, alat-alat yang digunakan untuk mengakap ikan di sungai, kolam, tasik, sawah, parit dan paya.

BUDAYAKonsep
12

Kembali ke atas