Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.wah] | ساوه

Definisi : tanah yg bencah (digenangi air) tempat menanam padi, bendang; turun ~ (mulai) mengerjakan sawah; ~ air sawah yg berair kerana hujan; ~ bencah sawah yg mendapat airnya dr tali air; ~ rawang sawah di tanah yg berpaya-paya; ~ tadahan Jw sawah yg hanya mendapat air drpd air hujan; ~ berpermatang, ladang berbintalak prb sesuatu perkara itu ada batasnya (hadnya); ~ luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak prb jika ada orang yg meminjam wang, wajib ada orang yg menjaminnya; ke ~ tidak ber-luluk, ke ladang tidak berarang prb mem-peroleh keuntungan (dll) tidak dgn bersusah payah; bersawah 1. mempunyai sawah: orang-orang kita yg tidak ~ biasanya membeli beras dr kedai; 2. = menyawah bekerja menanam padi di sawah, mengerjakan sawah: kerja Tuk Mat sehari-hari ialah menoreh getah dan ~; ~ seperempat piring, ke sawah sama dgn orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya-kaya; ~ sepiring tidak akan tempat se-pasin bertanya prb peri kemiskinan yg amat sangat; persawahan 1. perihal bersawah (meng­usahakan sawah): dlm sejarah ~ di negeri ini, menanam padi dua kali setahun sudah lama dilakukan; 2. kawasan yg dijadikan sawah; pesawah orang yg kerjanya bersawah, petani: menantunya bukan seorang ~ lagi, melain-kan sudah bakal jadi saudagar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wah] | ساوه

Definisi : tanah yg diusahakan dan diberi berair utk tempat menanam padi; ben­dang; paya. bersawah 1 ada sawahnya: Di kampung ini, hampir semua orang ~. 2 bekerja tanam-menanam di sawah; mengusahakan sawah: Selain menoreh getah, mereka ~ juga. pesawah orang yg mengusahakan sawah; penanam padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sawah (kata nama)
Bersinonim dengan bendang, baruh, paya, ladang;,
Kata Terbitan : bersawah, pesawah,

Puisi
 

Anak lipan sawah padi,
     Cari makan tepi pantai;
Senjata simpan dalam peti,
    senjata/musuh Jumpa musuh baru pakai.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Sawah berpermatang (= berpiring),
     ladang berbintalak.

Bermaksud :

Segala apa pun harus ada batasnya. bintalak = batas sebuah ladang dengan ladang yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
guguk[gu.gu/]kata namaanak bukit.Kok nak leba sawah, guguk tongah sawah tu elok dirato an.[kk nA/ lE.bA sA.wAh gu.gu/ t.NAh sA.wAh tu E.l/ di.ÄA.t.An]Kalau hendak lebar sawah, anak bukit di tengah sawah itu elok diratakan.
lulok[lu.l/]kata kerjamemijak rumput-rumput sawah yang telah dicangkul ke dalam lumpur bagi persiapan mengubah atau menanam benih padi.Sawah dah kono lulok, bilo lai nak ngubah.[sA.wAh dAh k.n lu.lo/ bi.l lAi: nA Nu.bAh]Sawah sudah lulok, bila lagi hendak mengubah?
malek[mA.lE/]kata kerjamenyangkul kali kedua, membenamkan lunggukan rumput yang dicangkul dalam pusingan pertama ke dalam lumpur sawah.Kau buek sawah dah malek ko Mak Jah?[kAw bu.wE/ sA.wAh dAh mA.lE/ k mA/ dZAh]Kau buat sawah sudah malek ke Mak Jah?
monggarah[mN.gA.ÄAh]kata kerjamenakutkan, menghalau.Omak monggarah burong kek sawah.[.mA/ mN.gA.ÄAh bu.čN kE/ sA.wAh]Emak menghalau burung di sawah.
molopai[m.l.pAj]kata kerjameratakan dengan tapak kaki.Kek sawah tu lulok dah siap, molopai yo bolum.[kE/ sA.wAh tu lu.l/ dAh si.jAp m.l.pAj j b.lum]Di sawah itu lulok sudah siap, meratakan saja yang belum.
pomatung[p.mA.tuN]kata namasaluran air dari pembuluh, pembentung.Pomatang sawah yang mudah loroi tu kono pasang pomatung.[p.mA.tAN sA.wAh jAN mu.dAh l.či tu k.n pA.sAN p.mA.tuN]Permatang sawah yang mudah runtuh itu, kena pasang pembentung.
dilunggah[di.luN.gAh]kata kerjadiratakan.Buket di tongah sawah tu, abih dilunggah dek budoza.[bu.ket di t.NAh sA.wAh tu A.bih di.luN.gAh dE/ bu.d.zA]Bukit di tengah sawah itu habis diratakan oleh buldoza.
lunyah I[lu.øAh]kata kerjakerjakan, memijak-mijak.Den ko sawah tadi, siap solopak den lunyah hinggo jadi luluk.[dEn k sA.wAh tA.di si.jAp s.l.pA/ dEn lu.øAh hiN.gA dZA.di lu.lu/]Saya ke sawah tadi siap sepetak saya kerjakan hingga menjadi lumpur.
kata nama[t.mu.wA]kata namasungai.Bilo ujan lobek, sawah topi tomua copek apuih.[bi.l u.dZAn l.bE/ sA.wAh t.pi t.mu.wA tS.pE/ A.puih]Apabila hujan lebat, air sungai di tepi sawah cepat melempahi tebing.
sungku sangkak[suN.ku s­­AN.kA/] 1. lari, jatuh dan bangun semula.Ali sungka sangkak dikoja dek kobau tongah sawah.[A.li suN.kA sAN.kA/ di.k.dZA dE/ k.bAw t.NAh sA.wAh]Ali lari, jatuh dan bangun semula dikejar kerbau di tengah sawah.
12

Kembali ke atas