Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.wah] | ساوه

Definisi : tanah yg bencah (digenangi air) tempat menanam padi, bendang; turun ~ (mulai) mengerjakan sawah; ~ air sawah yg berair kerana hujan; ~ bencah sawah yg mendapat airnya dr tali air; ~ rawang sawah di tanah yg berpaya-paya; ~ tadahan Jw sawah yg hanya mendapat air drpd air hujan; ~ berpermatang, ladang berbintalak prb sesuatu perkara itu ada batasnya (hadnya); ~ luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak prb jika ada orang yg meminjam wang, wajib ada orang yg menjaminnya; ke ~ tidak ber-luluk, ke ladang tidak berarang prb mem-peroleh keuntungan (dll) tidak dgn bersusah payah; bersawah 1. mempunyai sawah: orang-orang kita yg tidak ~ biasanya membeli beras dr kedai; 2. = menyawah bekerja menanam padi di sawah, mengerjakan sawah: kerja Tuk Mat sehari-hari ialah menoreh getah dan ~; ~ seperempat piring, ke sawah sama dgn orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya-kaya; ~ sepiring tidak akan tempat se-pasin bertanya prb peri kemiskinan yg amat sangat; persawahan 1. perihal bersawah (meng­usahakan sawah): dlm sejarah ~ di negeri ini, menanam padi dua kali setahun sudah lama dilakukan; 2. kawasan yg dijadikan sawah; pesawah orang yg kerjanya bersawah, petani: menantunya bukan seorang ~ lagi, melain-kan sudah bakal jadi saudagar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.wah] | ساوه

Definisi : tanah yg diusahakan dan diberi berair utk tempat menanam padi; ben­dang; paya. bersawah 1 ada sawahnya: Di kampung ini, hampir semua orang ~. 2 bekerja tanam-menanam di sawah; mengusahakan sawah: Selain menoreh getah, mereka ~ juga. pesawah orang yg mengusahakan sawah; penanam padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sawah (kata nama)
Bersinonim dengan bendang, baruh, paya, ladang;,
Kata Terbitan : bersawah, pesawah,

Puisi
 

Anak lipan sawah padi,
     Cari makan tepi pantai;
Senjata simpan dalam peti,
    senjata/musuh Jumpa musuh baru pakai.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Sawah berpermatang (= berpiring),
     ladang berbintalak.

Bermaksud :

Segala apa pun harus ada batasnya. bintalak = batas sebuah ladang dengan ladang yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sawah itchgatal sawahVeterinarTiadaTiada
field channelsaluran sawahKejuruteraanTiadaSaluran untuk mengairi sawah.
rainfed rice fieldsawah tadah hujanPertanianAgronomi

Sawah yang tidak menerima bekalan air daripada sistem pengairan dan hanya bergantung pada air hujan. Lihat juga petak tadah hujan.

conventional plantingtanam konvensionalPertanianAgronomi

 Kaedah penanaman yang biasa diamalkan. Contohnya, bagi tanaman padi, benih ditanam di dalam semaian kemudian diubah ke sawah secara manual. Kaedah baru yang diamalkan pula ialah dengan menabur terus benih padi ke sawah, menggunakan mesin penabur. Bagi tanaman getah pula, tanam konvensional melibatkan jarak tanaman 9 meter x 12 meter, tanpa tanaman lain manakala kaedah tanaman baru yang diperkenalkan dan dinamakan pepagar dua baris mempunyai jarak 22 meter antara pepagar. Antara barisan pagar ini boleh ditanam dengan tanaman lain atau diamalkan penternakan.

rice fieldsawahPertanianTiadaTiada
paddy fieldsawahPentadbiran PerniagaanTiadaTanah yang bencah atau digenangi air tempat menanam padi.
wet rice fieldsawahGeografiTiadaTiada
wet padipadi sawahGeografiTiadaTiada
hawk eaglehelang sawahPertanianTiadaTiada
wet padipadi sawahPertanianTiadaTiada
12345

Kembali ke atas