Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn tempurung (yg dikerat dua): air yg jernih, ~ yg landai prb hukuman yg adil; berandam se~ air, berpaut sejengkal tali prb peri penghidupan yg amat susah; biasa di ~ dibawa ke dulang, biasa di awak ke orang prb orang yg suka mencela orang lain yg melakukan sesuatu yg tidak baik, tetapi diri sendiri pun gemar melakukannya; dijual ~ dibeli tempurung prb sama sahaja halnya (yg hilang sama dgn penggantinya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayak.

Peribahasa

Biasa di sayak dibawa ke dulang,
     biasa kepada awak dibawa kepada orang.

Bermaksud :

Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Ukur baju di badan sendiri).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dijual sayak, dibeli tempurung.Yang baru tidak berbeza daripada yang lama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang.Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Ukur baju di badan sendiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air yang jernih, sayak yang landai.Segala sesuatu berlaku dengan adil dan benar. sayak = tempurung kelapa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ukur baju di badan sendiri.Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas