Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yang] | سايڠ

Definisi : 1. mengasihi, mencintai: ~ benar Zalina kpd suaminya; ibu mana yg tidak ~ kpd anaknya; 2. kasihan, berasa belas (akan): orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan utk kami; 3. kasih, cinta: dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati; kasih ~ a) kasih, cinta; b) belas kasihan; 4. bp kekasih, jantung hati: kenapa ~ bercakap begitu? 5. terasa kesal (rugi dll): ~nya Si Tuah tiada; ~, dia tidak datang; ~ akan = sayangkan suka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayang-kan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggal-kan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain; bersayangan, bersayang-sayangan ber­kasih-kasihan, saling mencurahkan kasih sayang: benci-membenci antara satu dgn lain itu akhirnya akan ~ juga; menyayangi 1. berasa sayang akan, mengasihi, mencintai: isteri yg tua engkau kasihi tetapi yg muda engkau sayangi; dia sungguh-sungguh ~ kedua-dua anaknya; 2. berasa gemar akan, suka akan: sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yg sangat disayanginya; 3. berasa kesal, menyesali; menyayangkan 1. sayang (kasih, cinta) akan: semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan; 2. menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dll): sangat disayangkan kejadian itu berlaku; tersayang 1. terasa amat sayang sekali, (yg) amat disayangi; 2. terasa menyesal akan (sesuatu hal); tersayang-sayang terasa kesal (rugi): raja itu pun menggosok-gosok tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang yg diharapnya; kesayangan 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); penyayangan perbuatan menyayangi: dr situ dibawa kpd ~ rumah, kampung negeri, dan negara; penyayang orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan: dia induk semang kami yg pengasih lagi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yang] | سايڠ

Definisi : 1 menaruh rasa kasih atau rasa cinta: ~ benar dia kpd suaminya. 2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati. 3 menaruh perasaan belas atau kasihan; berasa kesal: ~ aku melihat pengemis tua itu. ~ sekali jika kamu tidak melanjutkan pelajaranmu. 4 panggilan utk orang yg dikasihi; buah hati: ~, mari ayah dukung. bersayang-sayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan. menyayangi 1 berasa sayang akan; mengasihi; men­cintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? kesayangan 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. penyayang (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.yang] | سايڠ

Definisi : beberapa buah takal yg digunakan utk mengangkat benda-benda berat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sayang
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik, mahsyuk, berahi, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berahi

2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan kekasih
( jantung hati, buah hati, )
(kata nama:)

5. Dalam konteks rugi
bersinonim dengan kesal, hampa, kecewa, terkilan,
(adjektif:)

Kata Terbitan : bersayangan, bersayang-sayangan, menyayangi, kesayangan, penyayang,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Dimakan mabuk dibuang sayang;
Tuan laksana kayu gerenang,
     Di sini tempat bergurau sayang.


Lihat selanjutnya...(317)
Peribahasa

Sayang garam sececah,
     busuk kerbau seekor.

Bermaksud :

Kerana takut rugi sedikit, akhirnya jadi rugi banyak. sececah = sepalit.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fondnessn 1. affection, rasa sayang, sayang pd, menyayangi: his ~ for his nephew, rasa sayangnya pd anak saudaranya; 2. liking, a. (for st) kesukaan, suka akan, menyukai: everyone knew about her ~ for chocolates, semua orang tahu dia menyukai coklat; b. (for doing st) kesukaan, kebiasaan [sso] suka [v]: his ~ for pointing out other people’s faults is annoying, kebiasaannya suka menunjukkan kesilapan orang lain menjengkelkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
endearingadj menimbulkan rasa sayang: an ~ smile, senyuman yg menimbulkan rasa sayang; ~ qualities, sifat-sifat yg menimbulkan rasa sayang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
indulgentlyadv dgn rasa sayang: he treated them ~, dia melayani mereka dgn rasa sayang; he smiled ~, dia tersenyum dgn rasa sayang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fondadj 1. a. having affection, sayang, menyayangi: she was ~ of her brother’s wife, dia sayang akan isteri abangnya; b. expressing affection, penuh rasa sayang: the dog gazed at me with ~ eyes, anjing itu memandang saya dgn penuh rasa sayang; 2. having a liking for, a. (doing st) suka: he’s ~ of reading, dia suka membaca; she’s very ~ of parking her car right in front of my drive, dia suka sangat meletakkan keretanya betul-betul di depan jalan masuk rumah saya; b. (st) suka akan, menyukai: children are usually not ~ of vegetables, kanak-kanak lazimnya tdk menyukai sayur; what he’s most ~ of is beef “rendang”, yg paling disukainya ialah rendang daging;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
affectionatelyadv dgn penuh kasih sayang: she embraced him ~, dia memeluknya dgn penuh kasih sayang; an ~ written letter, surat yg ditulis dgn penuh kasih sayang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
affectionn 1. fondness, kasih sayang: every child needs ~, setiap kanak-kanak memerlukan kasih sayang; dogs can show great ~ to their masters, anjing dapat menunjukkan kasih sayang kpd tuannya; have ~ for so., feel ~ toward so., hold so. in ~, menyayangi sso; 2. (in pl) emotion, sentiment, perasaan: to play on so’s ~s, memainkan perasaan sso; 3. medical disorder, penyakit: rheumatism is an ~ of the joints, reumatisme ialah penyakit sendi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pity“Did you have a camera with you when it happened?” “No, more’s the ~, “Adakah kamu membawa kamera semasa kejadian itu berlaku?” “Sayang sekali, saya tdk bawa”; out of ~, krn /belas (kasihan), simpati/: he distributed food and clothing to the victims out of ~ for their misery, dia membahagi-bahagikan makanan dan pakaian kpd mangsa-mangsa itu krn belas thdp nasib buruk yg menimpa mereka; a thousand pities, sayang seribu kali sayang: it’s a thousand pities that this has to end, sayang seribu kali sayang, ini terpaksa berakhir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
treasure4. (as term of endearment) sayang: come along my ~, it’s time for bed, mari sayang, sudah masanya masuk tidur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
preciousn (colloq) sayang, intan, buah hati: don’t cry ~ . Daddy’ll buy you a new toy,jangan menangis, sayang. Ayah akan belikan kamu mainan yg baru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sunshine 3. (UK), (colloq), (cheerful form of address) sayang: hello ~, give mummy a kiss, helo sayang, cium emak sikit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas