Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yang] | سايڠ

Definisi : 1. mengasihi, mencintai: ~ benar Zalina kpd suaminya; ibu mana yg tidak ~ kpd anaknya; 2. kasihan, berasa belas (akan): orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan utk kami; 3. kasih, cinta: dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati; kasih ~ a) kasih, cinta; b) belas kasihan; 4. bp kekasih, jantung hati: kenapa ~ bercakap begitu? 5. terasa kesal (rugi dll): ~nya Si Tuah tiada; ~, dia tidak datang; ~ akan = sayangkan suka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayang-kan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggal-kan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain; bersayangan, bersayang-sayangan ber­kasih-kasihan, saling mencurahkan kasih sayang: benci-membenci antara satu dgn lain itu akhirnya akan ~ juga; menyayangi 1. berasa sayang akan, mengasihi, mencintai: isteri yg tua engkau kasihi tetapi yg muda engkau sayangi; dia sungguh-sungguh ~ kedua-dua anaknya; 2. berasa gemar akan, suka akan: sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yg sangat disayanginya; 3. berasa kesal, menyesali; menyayangkan 1. sayang (kasih, cinta) akan: semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan; 2. menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dll): sangat disayangkan kejadian itu berlaku; tersayang 1. terasa amat sayang sekali, (yg) amat disayangi; 2. terasa menyesal akan (sesuatu hal); tersayang-sayang terasa kesal (rugi): raja itu pun menggosok-gosok tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang yg diharapnya; kesayangan 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); penyayangan perbuatan menyayangi: dr situ dibawa kpd ~ rumah, kampung negeri, dan negara; penyayang orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan: dia induk semang kami yg pengasih lagi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yang] | سايڠ

Definisi : 1 menaruh rasa kasih atau rasa cinta: ~ benar dia kpd suaminya. 2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati. 3 menaruh perasaan belas atau kasihan; berasa kesal: ~ aku melihat pengemis tua itu. ~ sekali jika kamu tidak melanjutkan pelajaranmu. 4 panggilan utk orang yg dikasihi; buah hati: ~, mari ayah dukung. bersayang-sayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan. menyayangi 1 berasa sayang akan; mengasihi; men­cintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? kesayangan 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. penyayang (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.yang] | سايڠ

Definisi : beberapa buah takal yg digunakan utk mengangkat benda-benda berat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sayang
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik, mahsyuk, berahi, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berahi

2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan kekasih
( jantung hati, buah hati, )
(kata nama:)

5. Dalam konteks rugi
bersinonim dengan kesal, hampa, kecewa, terkilan,
(adjektif:)

Kata Terbitan : bersayangan, bersayang-sayangan, menyayangi, kesayangan, penyayang,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Dimakan mabuk dibuang sayang;
Tuan laksana kayu gerenang,
     Di sini tempat bergurau sayang.


Lihat selanjutnya...(317)
Peribahasa

Sayang garam sececah,
     busuk kerbau seekor.

Bermaksud :

Kerana takut rugi sedikit, akhirnya jadi rugi banyak. sececah = sepalit.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
remaung Ibharimau.Sungguh sayang anak harimau remaung kepunyaan saya itu telah mati, Tidak ada lagi raungan negong di kemuncak gunung.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
negong, *negung* Ibngauman (harimau).Sungguh sayang anak harimau remaung kepunyaan saya itu telah mati, Tidak ada lagi raungan negong di kemuncak gunung.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lalo MSrandartu atau bujang terlajak.Aku sayang padamu kerana akulah yang menganggap diriku lelaki yang paling bertuah kerana setua aku masih dapat menjadi lelaki pertama yang memecahkan mahkota kedaraan isteriku sendiri kerana selayaknya manusia seperti aku patut berbini janda atau perempuan lalo.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nabau Ibular sawa yang sangat besar.Tidak ada lagi raungan negong di kemuncak gunung. Sungguh sayang ular sawa nabau likau kepunyaan saya itu telah mati. Tidak ada lagi jejak ngeranau di tepi langit."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
likau Ibcorak pada kulit ular sawa.Tidak ada lagi raungan negong di kemuncak gunung. Sungguh sayang ular sawa nabau likau kepunyaan saya itu telah mati. Tidak ada lagi jejak ngeranau di tepi langit."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
belunu MSbbinjai.Apabila angin menderu-deru begini, memang banyak buah belunu yang gugur dari pohohnya yang tinggi itu.Noor Ainku SayangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas