Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yap] | سايڤ

Definisi : 1. bahagian tubuh binatang (burung, serangga, dll) yg digunakan utk terbang, kepak: tiba-tiba burung itu mengembangkan ~nya lalu terbang; memperkembangkan ~ ki menggunakan (memperlihatkan) ke­boleh-an atau kekuatan; 2. ki sesuatu yg menyerupai sayap: ~ kapal terbang; ~ ikan sirip ikan; 3. bahagian sesuatu yg letaknya di sebelah kanan dan kiri; 4. golongan atau puak dlm sesebuah parti politik atau pertubuhan: mereka dianggap termasuk dlm ~ sosialis parti itu; ~ kanan a) golongan politik yg tidak ber-haluan sosialis; b) barisan yg di sebelah kanan; c) pemain bola dr barisan penyerang yg di kanan sekali; ~ kiri a) golongan politik yg berhaluan kiri (tetapi bukan komunis); b) pemain bola dr barisan penyerang yg di kiri sekali; ~ kelima (pergerakan) orang-orang yg mengkhianati negeri sendiri kerana bersubahat dgn musuh; ~ roda Id bahagian yg menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad; ~ sandang sawat sandang; ~ senteng serba kekurangan; ~ singkat, terbang hendak tinggi prb hendak berbuat sesuatu pekerjaan yg melebihi kekuasaannya; bersayap mempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yap] | سايڤ

Definisi : 1 bahagian anggota burung dll yg digunakan utk terbang; kepak. 2 sesuatu yg rupanya atau gunanya spt sayap 1: ~ ikan ridip ikan; ~ kapal terbang kepak pd kapal terbang. 3 bahagian yg terletak di sebelah kanan atau kiri (dlm permainan dsb). ~ kanan (kiri) a. barisan sebelah kanan (kiri). b. pemain bola sepak dll dr barisan penyerang yg di kanan (kiri) sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayap

Puisi
 

Sirih biak di tunggul buluh,
     Sirih menjadi sayap rerama;
Kasih dibuat tidak bersungguh,
     Kasih di hati selama-lama.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Patah sayap bertongkat paruh.

Bermaksud :

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
wingn 1. a. (of birds, insects, etc) movable limb for flying, sayap, kepak: the eagle spread its ~s and flew off, helang itu mengembangkan sayapnya lalu terbang; beautifully-coloured butterflies’ ~s, sayap rama-rama yg berwarna indah; b. portion of this limb as food, kepak: I had chicken ~s for lunch, saya makan kepak ayam utk makan tengah hari; 2. (often pl), (of aeroplane) sayap; 3. (bot) sayap; 4. ( of building) part projecting from and subordinate to the main or central part, sayap: another ~ was built on to the hospital, satu lagi sayap telah dibina pd hospital itu; this ~ contains the kitchen and servants quarters, sayap ini terdiri drpd bahagian dapur dan tempat kediaman pembantu rumah; 5. group within a political party or similar organization with particular functions or views, sayap: he is a member of the left ~ of the Conservative Party, dia ahli sayap kiri Parti Konservatif; the right ~ of the party voted against the proposal, sayap kanan parti itu mengundi menentang usul tersebut; 6. the ~s, (theatre) sayap pentas: he waited in the ~s for his cue, dia menunggu di sayap pentas utk kiunya; he watched the performance from the ~s, dia menyaksikan persembahan itu dr sayap pentas; 7. (in pl) pilot’s badge, sayap: to get o’s ~s, mendapat sayap; 8. (football, hockey, etc) sayap: he usually plays right ~, dia selalu bermain sbg sayap kanan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pinion 1n 1. (chiefly poet.) sayap (burung); 2. terminal segment of bird’s wing, hujung /kepak, sayap/: a ~ feather, bulu pelepah hujung sayap; someone had removed the bird’s ~, seseorang telah mengerat hujung sayap burung itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
transeptn sayap: the north ~ caught fire, sayap utara terbakar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
left-wingadj sayap kiri: he is influenced by ~ political thought, dia dipengaruhi oleh fahaman politik sayap kiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
left-wingadj sayap kiri: he is influenced by ~ political thought, dia dipengaruhi oleh fahaman politik sayap kiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
right wingn 1. (polit), /Sayap, Puak/ Kanan; 2. (in football etc) a. (position) sebelah kanan; (player) sayap kanan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
left wingn 1. leftist faction, (golongan) sayap kiri; 2. (sports) a. ( left hand side of field) bahagian kiri; b. (player) pemain sayap kiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
left wingn 1. leftist faction, (golongan) sayap kiri; 2. (sports) a. ( left hand side of field) bahagian kiri; b. (player) pemain sayap kiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wingern pemain sayap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
delta wingn sayap delta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas