Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yap] | سايڤ

Definisi : 1. bahagian tubuh binatang (burung, serangga, dll) yg digunakan utk terbang, kepak: tiba-tiba burung itu mengembangkan ~nya lalu terbang; memperkembangkan ~ ki menggunakan (memperlihatkan) ke­boleh-an atau kekuatan; 2. ki sesuatu yg menyerupai sayap: ~ kapal terbang; ~ ikan sirip ikan; 3. bahagian sesuatu yg letaknya di sebelah kanan dan kiri; 4. golongan atau puak dlm sesebuah parti politik atau pertubuhan: mereka dianggap termasuk dlm ~ sosialis parti itu; ~ kanan a) golongan politik yg tidak ber-haluan sosialis; b) barisan yg di sebelah kanan; c) pemain bola dr barisan penyerang yg di kanan sekali; ~ kiri a) golongan politik yg berhaluan kiri (tetapi bukan komunis); b) pemain bola dr barisan penyerang yg di kiri sekali; ~ kelima (pergerakan) orang-orang yg mengkhianati negeri sendiri kerana bersubahat dgn musuh; ~ roda Id bahagian yg menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad; ~ sandang sawat sandang; ~ senteng serba kekurangan; ~ singkat, terbang hendak tinggi prb hendak berbuat sesuatu pekerjaan yg melebihi kekuasaannya; bersayap mempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yap] | سايڤ

Definisi : 1 bahagian anggota burung dll yg digunakan utk terbang; kepak. 2 sesuatu yg rupanya atau gunanya spt sayap 1: ~ ikan ridip ikan; ~ kapal terbang kepak pd kapal terbang. 3 bahagian yg terletak di sebelah kanan atau kiri (dlm permainan dsb). ~ kanan (kiri) a. barisan sebelah kanan (kiri). b. pemain bola sepak dll dr barisan penyerang yg di kanan (kiri) sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayap

Puisi
 

Sirih biak di tunggul buluh,
     Sirih menjadi sayap rerama;
Kasih dibuat tidak bersungguh,
     Kasih di hati selama-lama.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Patah sayap bertongkat paruh.

Bermaksud :

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAYAP KELIMA

Sayap kelima merujuk kepada ejen

pengintipan yang beroperasi di kalangan pihak

musuh untuk melemahkan perjuangannya. Ejen ini

membuka jalan bagi serangan tentera atau politik.

Ejen ini bekerja dalam tentera, parti politik, atau

industri. Antara aktivitinya termasuk pengintipan,

sabotaj, subversif ekonomi, propaganda,

penghasutan, penyeludupan, pembunuhan,

keganasan dan pemberontakan. Istilah sayap

kelima pertama kali digunakan semasa Perang

Saudara Sepanyol (1936–1939) untuk memerikan

usaha pengikut Francisco Franco, di Loyalist

Madrid. Emilio Mola, jeneral Franco, berkata, “Saya

mempunyai sayap keempat yang bergerak

melawan Madrid, dan sayap kelima akan bangkit

dalam kota itu sendiri”.

UMUM 
SAYAP KANAN

Sayap kanan merujuk kepada kumpulan yang

tradisional, atau parti politik konservatif. Dalam

sesetengah dewan perundangan, pihak konservatif

ditempatkan di sebelah kanan speaker. Kumpulan

radikal dan bebas membentuk kumpulan sayap

kiri, manakala kumpulan neutral ditempatkan di

bahagian tengah . Kelaziman ini bermula sejak

Perhimpunan Kebangsaan Perancis pada tahun

1789. Dalam perhimpunan itu, golongan

bangsawan mengambil tempat yang diberi

penghormatan, iaitu di sebelah kanan raja. Lihat

juga Konservatisme.

UMUM 
SAYAP KEMENANGAN

Sayap Kemenangan (Winged Victory) ialah

sebuah patung Yunani purba yang cantik yang

ditemui oleh ahli arkeologi Perancis pada tahun

1863. Patung ini telah pecah dan kesemua 118

keping serpihannya yang dijumpai bertaburan di

atas sebuah bukit di pulau lereng, Samothraki

(Samothrace), Greece. Patung ini menggambarkan

Nike, dewi kemenangan Yunani. Tubuhnya

diselubungi pakaian bak ditiup angin sambil

membawa mesej kemenangan, penawanan, dan

kejayaan daripada dewa-dewa. Dia mempunyai

sayap yang melambangkan kepantasan dan

kurniaannya, yakni boleh terbang. Ritma komposisi

patung ini bergelombang, mungkin

melambangkan perjalanan yang sukar untuk

mencapai kemenangan.

Pengukir patung ini tidak diketahui, tetapi

sarjana mentarikhkan patung ini diukir sekitar

tahun 180 S.M. Patung ini kini ditempatkan di

Louvre, Paris.

UMUM 
SAYAP KIRI

Sayap kiri ialah istilah yang bermaksud parti atau

cabang kumpulan politik yang radikal. Istilah ini

berasal daripada badan perundangan Perancis

yang pertama selepas Revolusi Perancis.

Perwakilan konservatif duduk di sebelah kanan

speaker, sementara ahli majlis perundangan yang

lebih bersifat radikal duduk di sebelah kiri.

Kemudian, masyarakat seluruh dunia

menggunakan istilah kiri dan kanan untuk

menunjukkan dua pemahaman politik yang

bertentangan, iaitu egalitarianisme radikal dan

konservatisme. Pada umumnya, kumpulan

berhaluan kiri menilai kesamaan lebih tinggi

daripada kebebasan individu. Sebaliknya,

kumpulan berhaluan kanan menganggap

kebebasan lebih tinggi daripada kesamaan. Kini,

kumpulan sayap kiri sering dikaitkan dengan

sosialisme atau komunisme.

UMUM 
KAIN SAYAP PEKAKAKAIN SAYAP PEKAKA, Kain limar tapak catur punca potong yang ditenun daripada benang sutera halus di kedua-dua benang loseng dan pakan. Kain ini telah menjadi kain basahan atau sebahagian daripada pakaian harian kaum lelaki di Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, bagi pakaian harian, kain ditenun daripada benang kapas sahaja.BUDAYAKraf Tangan
SUNGAI KELANTANSUNGAI KELANTAN, sungai ketiga terpanjang di Semenanjung Malaysia.  Sungai Kelantan merupakan sungai utama dan terpenting di negeri Kelantan dan merupakan pertemuan antara Sungai Galas dan Sungai Lebir.  Sistem aliran Sungai Kelantan bermula dari tanah tinggi Terengganu dan sayap-sayap sebelah timur banjaran Titiwangsa dan mengalir ke arah utara terus ke Laut China Selatan.  Ia merupakan salah satu daripada tiga kawasan tadahan utama yang meliputi 12 691 km persegi.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PATAH SAYAP TERBANG JUA

PATAH SAYAP TERBANG JUA, novel karya A. Samad Ismail.  Novel ini diterbitkan pada tahun 1966 oleh Pustaka Setia Mumi, Kuala Lumpur dan edisi baharu diterbitkan pada tahun 1986 oleh Teks Publishing, Kuala Lumpur dengan memakai ejaan baharu.

SASTERAPenerbitan
AUTOGIRO

Autogiro ialah sejenis pesawat yang lebih berat

daripada pesawat udara yang disokong di udara oleh

sebuah rotor dan bukannya sayap yang terpasang

tetap, sebagaimana yang terdapat pada kapal

terbang. Kebanyakan autogiro mempunyai sayap

pendek, kontot untuk perimbangan. Rotor autogiro

berputar dengan sendirinya apabila ia melalui udara.

Pesawat ini berbeza daripada helikopter, yang

rotornya digerakkan oleh sebuah enjin. Tujuan utama

enjin autogiro ialah menghasilkan tolakan yang

menarik kenderaan itu meluncur di udara.

UMUM 
KUPU-KUPU

Kupu-kupu ialah satu daripada berbagai-bagai

jenis serangga yang berkait rapat dengan rama-

rama. Kesemua rama-rama dan hampir semua

kupu-kupu mempunyai dua pasang sayap -

sepasang sayap hadapan yang besar dan sepasang

sayap belakang yang lebih kecil. Kupu-kupu dan

rama-rama, kedua-duanya membentuk kumpulan

serangga Lepidoptera. Nama Lepidoptera berasal

daripada perkataan Yunani: lepis yang bermaksud

sisik dan pteron, bermaksud sayap. Nama tersebut

merujuk kepada sisik yang berserbuk halus yang

melitupi sayap rama-rama dan kupu-kupu.

UMUM 
ANABAPTIS

Anabaptis merupakan  bentuk sayap radikal

Reformasi tahun 1500-an. Mereka percaya bahawa

gereja merupakan perkumpulan manusia yang

disatukan oleh kepercayaan, penyesalan, ketaatan,

dan disiplin. Oleh itu, pembaptisan sebagai

pembukaan kepada komuniti ini harus dibataskan

kepada pengikut yang sudah cukup matang untuk

memilih menjadi ahli. Orang menamakan mereka

anabaptis ( pembaptis semula ) kerana mereka

membaptis orang dewasa yang telah dibaptis

semasa bayi. Anabaptis mengutuk penglibatan

kerajaan dalam agama, yang akhirnya mencetuskan

idea pemisahan gereja dan negeri.

UMUM 
1234

Kembali ke atas