Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) golongan politik yg tidak ber-haluan sosialis; b) barisan yg di sebelah kanan; c) pemain bola dr barisan penyerang yg di kanan sekali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kanan (kata nama)
1. Berantonim dengan kiri

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tinggi, utama, penting,

3. Dalam konteks politik
bersinonim dengan konservatif, sederhana,

Kata Terbitan : terkanan, kekananan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAYAP KANAN

Sayap kanan merujuk kepada kumpulan yang

tradisional, atau parti politik konservatif. Dalam

sesetengah dewan perundangan, pihak konservatif

ditempatkan di sebelah kanan speaker. Kumpulan

radikal dan bebas membentuk kumpulan sayap

kiri, manakala kumpulan neutral ditempatkan di

bahagian tengah . Kelaziman ini bermula sejak

Perhimpunan Kebangsaan Perancis pada tahun

1789. Dalam perhimpunan itu, golongan

bangsawan mengambil tempat yang diberi

penghormatan, iaitu di sebelah kanan raja. Lihat

juga Konservatisme.

UMUM 
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, bahagian pemuda atau ‘sayap kanan’ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).  Idea asal Dato’ Onn Jaafar ialah penubuhan pejabat Perkara-perkara Pemuda dan ia ditubuhkan secara rasmi pada bulan Mac 1947.  Kemudian pejabat ini dikenal sebagai Pejabat Pemuda.  Hussein Onn dilantik sebagai setiausaha kepada Pejabat Pemuda  (yang juga dikenal sebagai Setiausaha Hal Ehwal Pemuda UMNO).  Pada 26 Ogos 1949, bahagian pemuda ini dinaikkan taraf menjadi Perikatan Pemuda UMNO.  Cogan katanya ialah ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang menjadi garis panduan untuk bergerak.  Sekali lagi Hussein Onn dilantik sebagai Ketua Perikatan Pemuda UMNO.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PARTI DEMOKRATIK SOSIAL (SDP)

Parti Demokratik Sosial (SDP) ialah parti

politik Inggeris yang wujud antara tahun 1981

hingga tahun 1990. SDP mewakili golongan

berfahaman sederhana, antara kumpulan sayap

kiri yang esktrem dengan kumpulan sayap kanan.

Contohnya, parti ini menyokong ekonomi British

yang melibatkan pihak swasta dan kerajaan

berkongsi dalam industri.

UMUM 
SAYAP KIRI

Sayap kiri ialah istilah yang bermaksud parti atau

cabang kumpulan politik yang radikal. Istilah ini

berasal daripada badan perundangan Perancis

yang pertama selepas Revolusi Perancis.

Perwakilan konservatif duduk di sebelah kanan

speaker, sementara ahli majlis perundangan yang

lebih bersifat radikal duduk di sebelah kiri.

Kemudian, masyarakat seluruh dunia

menggunakan istilah kiri dan kanan untuk

menunjukkan dua pemahaman politik yang

bertentangan, iaitu egalitarianisme radikal dan

konservatisme. Pada umumnya, kumpulan

berhaluan kiri menilai kesamaan lebih tinggi

daripada kebebasan individu. Sebaliknya,

kumpulan berhaluan kanan menganggap

kebebasan lebih tinggi daripada kesamaan. Kini,

kumpulan sayap kiri sering dikaitkan dengan

sosialisme atau komunisme.

UMUM 

Kembali ke atas