Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) golongan politik yg berhaluan kiri (tetapi bukan komunis); b) pemain bola dr barisan penyerang yg di kiri sekali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayap kiri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
left outsayap kiriPendidikanTiadaTiada
left wingsayap kiriPendidikanTiadaTiada
outside leftsayap kiriSukanTiadaTiada
wing three-quarters (left, right)sayap (kiri, kanan)PendidikanTiadaTiada
Fascismfahaman FasisSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang timbul sebagai reaksi penentangan terhadap sayap kiri selepas Perang Dunia Pertama. Dalam pengertian khusus, fahaman ini merujuk kepada sistem ketatanegaraan dan kemasyarakatan yang berbentuk diktator dan nasionalis. Fahaman ini diperkenalkan oleh Mussolini di Itali (1922 � 1943). Secara umumnya, fahaman ini juga merujuk kepada fahaman yang mirip dengan aliran yang diperkenalkan oleh Mussolini yang dianuti di negara lain di seluruh dunia, khususnya sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua. Contoh negara yang pernah menganut fahaman ini ialah Jerman, Austria, Jepun, Romania, Brazil (pimpinan Vargas), Sepanyol (pimpinan Franco), Portugal (pimpinan Salazar) dan Argentina (pimpinan Peron). Para sarjana dan ahli teori berpendapat bahawa fahaman ini merupakan ideologi faham pelampau kanan yang merangkumi ras, agama, ekonomi, kebajikan sosial dan kepimpinan. Asas fahaman ini secara langsung dan secara khusus menentang komunisme, sosialisme dan liberalisme. Dalam konteks hubungan antarabangsa, fahaman ini berkait rapat dengan dasar imperalisme, militarisme dan nasionalisme. Ciri-ciri asas aliran tersebut adalah seperti yang berikut: i. sistem ketatanegaraan dan kemasyarakatan yang autokratik; ii. struktur negara berbentuk koperatif; iii. pemerintahan berasaskan prinsip kepimpinan yang dijalankan oleh kaum elit; iv. menekankan prinsip autarki; dan v. membebaskan diri daripada pengaruh fatalisme.
navigation lightslampu pandu arahAeroangkasaTiadaLampu yang perlu dinyalakan pada pesawat udara, lazimnya pada waktu malam. Contohnya di sayap kanan warna hijau, di sayap kiri warna merah dan di ekor warna putih.
prompterpembantu ingatKesenianDrama dan TeaterIndividu yang berperanan membantu pelakon mengingat sesuatu dialog dalam persembahan teater. Pembantu ingat akan berbisik atau memberikan isyarat tertentu untuk membantu pelakon mengingati dialog. Pembantu ingat perlu sentiasa memegang dan menyemak skrip serta berada di sayap kiri atau kanan pentas.
BolshevismBolshevismeSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang timbul hasil persidangan kaum sosialis Rusia yang diadakan di London pada bulan Julai 1903. Persidangan ini bertujuan untuk menentukan kedudukan dasar dan Parti Sosial Demokrat pimpinan Lenin. Persidangan ini dihadiri oleh perwakilan sayap kiri yang radikal pimpinan Lenin dan sayap kanan yang sederhana pimpinan Martoff. Penyokong Lenin menuntut agar pucuk pimpinan parti diberi kuasa yang luas, manakala pihak berhaluan sederhana menuntut agar pimpinan parti turut mengambil pertimbangan pandangan majoriti ahli parti. Dalam pungutan suara yang diadakan bagi menentukan pendirian parti, penyokong Lenin telah mengatasi puak haluan sederhana.
g suitpakaian gAeroangkasaTiadaSejenis pakaian yang digunakan oleh juruterbang pejuang untuk memberi tekanan pada bahagian perut dan kaki untuk melambatkan pitam.,Lampu yang perlu dinyalakan pada pesawat udara, lazimnya pada waktu malam. Contohnya di sayap kanan warna hijau, di sayap kiri warna merah dan di ekor warna putih.,Sejenis pakaian yang digunakan oleh juruterbang pejuang untuk memberi tekanan pada bahagian perut dan kaki untuk melambatkan pitam.
rolling anglesudut olengAeroangkasaTiadaSudut putaran pesawat udara pada paksi membujur, diambil positif apabila hujung kanan sayap lebih rendah daripada hujung kiri sayap.
12

Kembali ke atas