pyjama stripes | jalur pijama | Kesenian | Tiada | Fabrik corak jalur lebar dan berwarna semarak daripada gentian kapas, sutera, sayat, campuran gentian kapas dan sayat, digunakan untuk membuat pakaian tidur pajama. |
worsted yarn | yarn worsted/benang worsted | Kesenian | Tiada | 1. Gentian sayat panjang yang disisir halus atau dipintal ketat.,2. Istilah yang merujuk kepada fabrik tenun atau fabrik kait yang dibuat daripada gentian sayat panjang dengan cara menyisir kasar beberapa kali kemudian menyisir kasar beberapa kali kemudian menyisir halus bagi mengasingkan gentian pendek. Kemudian gentian-gentian tersebut dipintal ketat untuk menghasilkan yarn yang tidak berbulu. |
pajama stripes | jalur pajama | Kesenian | Tiada | Fabrik bercorak jalur lebar dan berwarna semarak daripada gentian kapas, sutera, sayat, campuran gentian kapas dan rayon serta campuran gentian kapas dan sayat, digunakan untuk membuat pakaian tidur pajama. |
challis (material) | challis (TRT, PEM.MAN) | Kesenian | Tiada | Fabrik campur sebati daripada bulu sayat, rayon, kapas atau poliester, bertenun biasa, lembut, tipis dan tahan renyuk. Asalnya dibuat di Norwich, England pada tahun 1832 dengan menggunakan sutera dan benang sayat. Fabrik ini digunakan untuk membuat gaun panjang, pakaian kanak-kanak, komforter, jubah satin dan cadar. |
ulwan | sebai ulwan | Kesenian | Tiada | Sebai sayat Kashmir halus, tenun tangan dengan yarn warna asli, buatan Kashmir. |
stradella | sebai stradela | Kesenian | Tiada | Sebai damask sayat Perancis. |
masloff | fabrik maslof | Kesenian | Tiada | Fabrik benang sayat tebal dan lebar yang digunakan untuk membuat pakaian di Rusia. |
mehrmat | fabrik mehrmat | Kesenian | Tiada | Fabrik benang sayat halus buatan Kashmir untuk membuat purdah. |
flannel (fabric) | flanel (fabrik) | Kesenian | Tiada | Fabrik benang sayat atau fabrik benang kapas atau gentian buatan sederhana tebal atau gentian buatan sederhana tipis yang berpermukaan nep. |
mitten | miten | Kesenian | Tiada | Sarung tangan daripada benang sayat, belulang atau fabrik kait yang memisahkan ibu jari dengan jari-jari tangan lainnya untuk melindungi tangan daripada benda-benda panas dan cuaca sejuk. |