Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yat] | سايت

Definisi : potong nipis-nipis, hiris; dua ~ dua potong (kerat); kurang se~ sebelanga prb sesuatu yg hanya sedikit sahaja kurangnya; menyayat memotong nipis-nipis, menghiris, meracik: ~ daging; ~ hati = ~ jantung menyakitkan hati, melukai hati, menyedih-kan hati; tersayat terhiris, terkoyak, terpotong: ~ hujung jarinya; ~ hati tersinggung perasaan, berasa sakit hati, berasa sedih; siat I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yat] | سايت

Definisi : ; benang ~ sj benang drpd bulu biri-biri dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yat] | سايت

Definisi : penjodoh bilangan utk benda-benda yg dipotong atau yg dihiris; potong; kerat: kurang se~ sebelanga. menyayat 1 memotong sesuatu tipis-tipis dgn benda tajam; meracik sesuatu halus-halus: ~ daging. 2 menghiris utk memisah-misahkan atau utk menguliti: ~ ayam menanggalkan kulit ayam dr dagingnya. 3 ki menimbulkan rasa pedih (hati dsb): Peristiwa pembunuhan itu memang ~ hati. tersayat 1 terpotong atau terhiris sedikit; terkoyak sedikit: Hujung jarinya ~ kena sembilu. 2 ki tersinggung (perasaan) yg amat sangat; terasa pedih (hati dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sayat
Kata Terbitan : menyayat, tersayat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Apakah maksud "stapel"? Di pangkalan data DBP terdapat dua terjemahan bagi "Staple". Adakah "Stapel" sama maksud dengan "Kokot"? Mohon bantuan DBP dalam pencerahan. Terima kasih.Perkataan "staple" mempunyai maksud yang berbeza berdasarkan bidang dan kegunaannya.Contohnya bidang kesenian, "yarn staple" diterjemah sebagai "yan stapel", iaitu yan yang diperbuat daripada yan pendek, umpamanya gentian kapas, gentian sayat yang disisir halus supaya lurus dan kemudiannya dipintal. Manakala bagi istilah "wire staple" pula diterjemah sebagai "dawai kokot" , iaitu sejenis dawai yang diperbuat daripada kawat atau dawai yang digunakan sebagai pengikat.Istilah21.05.2015

Kembali ke atas