Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata screen shot


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah terjemahan ini betul "screenshot" "syot skrin"Istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar.Istilah16.10.2012
Salam tuan/puan, Saya ingin bertanya apakah perkataan bahasa melayu untuk perkataan-perkataan yang berikut: 1) screenshot 2) torque 3) fuel consumption Thanks HanaIstilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar. Torque pula bermaksud tork atau kilas. Fuel consumption ialah penggunaan minyakMakna28.03.2017
Salam, Saya ingin bertanyakan mengenai perkataan "screenshot". Bolehkah ianya digantikan kepada "skrin shot"? Jika tidak, apakah istilahnya di dalam bahasa Melayu?Padanan bahasa Melayu untuk istilah "screen shot" ialah tangkap skrin.Istilah02.06.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya mohon maaf atas soalan yg banyak 1. setelah membuat carian istiliah "inkuiri" di kamus online dbp, saya gagal menemukan sebarang hasil. Namun, berdasarkan cakupan skrin dibawah di dalam kotak bewarna hijau, meskipun tiada definisi di dalam kamus dbp, mengapakah bidang akademik diberi mandat menggunakan istilah "inkuiri kurikulum" tanpa kewujudan sah istilah inkuiri di dalam kamus? 2. di dalam hebahan email daripada RoS. Ini adalah spt ayat berikut "Sehubungan dengan itu, persatuan penduduk di jemput untuk memohon. Berikut disertakan Borang Permohonan Geran dan Senarai Penyelaras Pemimpin Tempatan untuk makluman bagi pengesahan. Tarikh tutup 31 Oktober 2018. Anda dinasihatkan menghantar awal kerana sebarang KUIRI dapat diperbaiki sebelum tarikh tutup. Permohonan selepas 31 Oktober 2018 tidak akan diproses." apakah yang dimaksudkan dengan kuiri diatas? Saya gagal menemukan definisi setelah mencari dikamus. 3. Apakah istilah yang tepat untuk perkataan "screenshot? adakah cakupan skrin/cekupan skrin atau ada istilah lain? 4. Saya minat memperkayakan kosa kata. Oleh itu, saya mohon jasa baik tuan/puan dalam mengesyorkan apakah buku terbaik dan tajuk buku tesaurus BM yang lengkap dan bermanfaat untuk saya gunakan dan beli? Terima kasih atas bantuan tuan/puan merungkai persoalan saya.
1.Puan perlu membezakan istilah dengan perkataan biasa. Istilah hanya digunakan dalam bidang tertentu, manakala perkataan biasa dirakamkan di dalam kamus. Inkuiri merupakan istilah yang digunakan dalam bidang pendidikan. 2. Tiada maklumat kuiri dalam pangkalan data kami. Kuiri berasal daripada perkataan bahasa Inggeris query, yang membawa maksud usul atau pertanyaan. Sehubungan dengan itu, mengikut konteks ayat yang puan kemukakan, makna kuiri ialah usul. 3. Padanan screen shot ialah tangkap skrin untuk bidang teknologi maklumat. Sila rujuk  screen+shot&d">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=screen+shot&d
Istilah22.05.2018
Assalamualaikum, Saya nak tanya. Saya ada buat carian definisi kuiri tetapi tidak menemukan jawapan. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah menggunakan ayat spt berikut dalam notis geran komuniti 1malaysia(permohonan geran persatuan penduduk 2018) Sehubungan dengan itu, persatuan penduduk di jemput untuk memohon. Berikut disertakan Borang Permohonan Geran dan Senarai Penyelaras Pemimpin Tempatan untuk makluman bagi pengesahan. Tarikh tutup 31 Oktober 2018. Anda dinasihatkan menghantar awal kerana sebarang KUIRI dapat diperbaiki sebelum tarikh tutup. Permohonan selepas 31 Oktober 2018 tidak akan diproses. Soalan: 1. apakah yang cuba dimaksudkan dengan kuiri spt ayat diatas? 2. mengapakah seperti screenshot yang saya kepilkan bersama. dalam petak hijau kuiri masih tidak diiktiraf dan dmasukkan ke kamus dbp tetapi dibolehkan penggunaannya di bidang akademik/pendidikan namun tidak untuk penggunaan penulisan? 3. apakah terjemahan bahasa melayu yang persis dengan perkataan screenshot? Terima kasih atas penjelasan.

Waalaikumsalam,

1. Menurut data istilah DBP, istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar.

2. Perkataan Kuiri yang dimaksudkan dalam ayat yang tuan/puan nyatakan ialah berasal daripada perkataan Query. Untuk makluman, padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk istilah query ialah pertanyaan/persoalan. Menurut data DBP, perkataan query tidak dieja dengan kuiri. Istilah yang dijumpai dan disahkan ialah inkuiri kurikulum, iaitu dalam bidang pendidikan yang bermaksud Proses memahami fenomena kurikulum melalui data yang dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan. Selain itu, terdapat juga istilah paradigma inkuiri dan kaedah inkuiri ( kedua-duanya ini juga istilah dalam bidang pendidikan. Perkataan kuiri ( query) dan istilah inkuiri ialah dua perkataan yang berbeza.    

 

Istilah30.04.2018

Kembali ke atas