Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sdn bhd


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. atau SDN BHD ?Ketiga-tiga ejaan bagi perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. dan SDN BHD adalah betul, tetapi SDN BHD perlu diletakkan titik seperti SDN. BHD.Lain-lain03.05.2010
Berdiri Food Tec Sdn Bhd Sdn. Bhd. Adakah nama seperti diatas bersesuaian untuk dijadikan nama syarikat ?Penamaan syarikat sebaiknya menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. "Berdiri Food Tec Sdn. Bhd. tidak sesuai dan perlu dielakkan kerana percampuran bahasa Melayu dan Inggeris dalam satu nama. Tatabahasa12.09.2022
Yang mana satu betul dari segi kata nama khas untuk syarikat? Adakah: Syarikat Awang Sdn Bhd atau syarikat Awang Sdn Bhd atau Syarikat Awang Sdn. Bhd. atau syarikat Awang Sdn. Bhd.?Ejaan nama yang betul ialah "Syarikat Awang Sdn. Bhd."Ejaan27.07.2023
Assalamua'alaikum. mohon bantuan ejaan bagi tiga nama syarikat ini di dalam jawi sebagai pengesahan dbp. 1. KORDIOR UTILITI PAHANG SDN BHD 2. PAHANG GO SDN BHD 3. ASIA DEBUT SDN BHD sekian, Terima Kasih.1. KORDIOR UTILITI PAHANG SDN BHD - کوريدور اوتيليتي ڨهڠ سنديرين برحد
2. PAHANG GO SDN BHD - ڨهڠ ݢو سنديرين برحد
3. ASIA DEBUT SDN BHD - ايشا ديبيو سنديرين برحد
Ejaan13.12.2019
UNTUK SINGKATAN SENDIRIAN BERHAD IAITU SDN BHD, APAKAH WAJIB UNTUK MELETAKKAN TANDA TITIK DI KEDUA DUA PENGHUJUNG SDN DAN BHD IAITU SEPERTI SDN. BHD. ATAU BOLEH JUGA TANPA TITIK SEPERTI SDN BHDEjaan yang betul ialah Sdn. Bhd., mesti ada tanda titik kerana ejaan tersebut ialah singkatan kepada Sendirian Berhad.Ejaan24.05.2012
Manakah antara berikut yang paling tepat. a. Syarikat Aman Sdn. Bhd. b. Aman Sdn. Bhd.

1.     1. Syarikat Aman Sdn. Bhd.

2.   2. Aman Sdn. Bhd.

Kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada nama yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Lain-lain01.05.2023
sekiranya perkataan sdn. bhd. berada di hujung ayat, perlukah diletakkan tanda noktah satu lagi? contoh : Saya ingin bekerja di Syarikat Amanjaya Sdn. Bhd..Perlu ada tanda titik -Saya ingin bekerja di Syarikat Amanjaya Sdn. Bhd..Ejaan03.09.2020
PIPEMECH SDN. BHD. LUCSTAR SDN. BHD. NO.100, JALAN KAPAR 27/89, MEGAH INDAH INDUSTRIAL, TAMAN ALAM MEGAH, SEKSYEN 27, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.Salam sejahtera,

Tuan,

Sila kemukakan soalan dengan jelas.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa24.07.2019
Hai, Apakah cara yang betul untuk menulis perkataan "Sendirian Berhad" untuk nama syarikat dalam cara yang berbeza secara rasmi? Syarikat XXXX Sendirian Berhad Syarikat XXXX Sdn. Bhd. Syarikat XXXX SDN BHD Sekian. Yang Benar, Salihudin YasinEjaan yang betul ialah Sendirian Berhad, SdnBhd. dan SDN. BHD. Perkataan SDN. BHD. perlu dimasukkan titik kerana merupakan singkatan bagi Sendirian Berhad. Ejaan12.09.2022
Re:DBP : Pengesahan Bahasa Melayu : 24002/2017 Butir-butir permohonan: No. Pendaftaran : 24002/2017 Pemohon : Universal Power Factor Sdn Bhd Syarikat : UNIVERSAL POWER FACTOR SDN BHD Tajuk : UNIVERSAL POWER FACTOR SDN BHD Tarikh Selesai : 21/04/2017 Status : TIDAK LULUS No. Kelulusan : Jika TIDAK LULUS, sila klik pada PRPM > e-Perkhidmatan > Khidmat Pengesahan Bahasa DBP untuk melihat komen/pindaan yang perlu dibuat. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, seperti “KILANG KABEL” di bahagian paling atas Salam Sejahtera, Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas. Adalah dimaklumkan kami adalah kontraktor elektrik bukan pengilang atau pengeluar barangan. Perkataan “KILANG KABEL” yang tuan cadangkan adalah tidak bersesuai dengan kami. Mohon pihak tuan menyemak semula dan kerjasama tuan amat dihargai. Sekian Terima Kasih.Untuk makluman tuan, "KILANG KABEL" hanyalah sebagai contoh. Sila letakkan keterangan yang sesuai dengan aktiviti syarikat tuan, seperti "PERKHIDMATAN KERJA ELEKTRIK". Sila buat pembetulan dan hantar semula permohonan tuan melalui portal yang tersebut.Lain-lain21.04.2017
12345678910...

Kembali ke atas