Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sdn bhd


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Islamic brokerage serviceperkhidmatan pembrokeran IslamEkonomiEkonomi IslamPerkhidmatan pembrokeran yang menyediakan medium perhubungan kepada pelabur untuk berjual beli dan melabur dalam pasaran modal Islam. BIMB Securities Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 1994 merupakan syarikat pembrokeran pertama yang menawarkan perkhidmatan ini. Perkhidmatan pembrokeran Islam menggunakan prinsip wakalah. Sebagai pewakil, BIMB Securities Sdn. Bhd. akan menerima fi daripada pelabur.
Amanah Saham Bank IslamAmanah Saham Bank IslamEkonomiEkonomi IslamDana unit amanah Islam yang dikelolakan oleh BIMB Holdings Berhad. Tujuannya adalah untuk menyediakan ruang saluran bagi pelabur mengumpulkan dana yang diuruskan oleh BIMB Securities Sdn. Bhd. dan melaburkannya dalam syarikat yang diluluskan oleh syariah.
market developmentpembangunan pasaranPengurusanPerancanganPendekatan strategik yang digunakan oleh organisasi dengan memperkenalkan produk atau perkhidmatan sedia ada ke suatu lokasi pasaran yang baharu. Tujuan utama pendekatan strategik ini dilakukan adalah untuk memperluas liputan pasaran bagi produk atau perkhidmatan yang telah dibangunkan. Contohnya, Hospital XY Sdn. Bhd., sebuah syarikat penjagaan kesihatan swasta yang membuka satu cawangan hospital baharu di Klang, Selangor. Hospital baharu tersebut yang dikenali sebagai Hospital XY Klang merupakan cawangan terbaharu di seluruh Malaysia.
special purpose vehicle (SPV)syarikat bertujuan khas (SPV)EkonomiEkonomi IslamSyarikat atau perbadanan yang diwujudkan untuk menerbitkan sekuriti bagi menbiayai pembelian aset daripada pihak tertentu. Penubuhan SPV penting terutamanya dalam ekonomi yang pasaran pensekuritiannya belum berkembang. Peranan khas SPV adalah sebagai pembeli harta untuk menyediakan kecairan kepada penjual. SPV mendapatkan dana melalui penerbitan dan penjualan sekuriti kepada orang ramai. Penjual aset yang asal masih boleh menggunakan aset berkenaan melalui akad yang berasaskan prinsip syariah seperti prinsip ijarah, mudarabah atau musyarakah. Contohnya, SPV Majlis Perbadangan Pasir Gudang dan Perbadanan Putrajaya Sdn. Bhd.

Kembali ke atas