Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.a.kan.a.kan] | ساکن -اکن

Definisi : sama benar, seolah-olah, seperti: pemilihan pengerusi itu ~ pemilihan presi­den suatu negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.a.kan.a.kan] | ساکن -اکن

Definisi : 1 = akan-akan hampir sama dgn (ttg rupa paras): Mukanya ~ muka arwah ayahnya. 2 seolah-olah; seperti: Dia mencebikkan bibirnya ~ hendak menangis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seakan-akan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika dalam dialog, bolehkah digunakan simbol ini '...' untuk menandakan bahawa watak yang bercakap itu seakan-akan berhenti bercakap untuk berfikir seketika?Tanda (...) dipanggil ellipsis yang menandakan terdapat pengguguran kata dalam teks. Ia boleh digunakan dalam dialog, akan tetapi bukannya bermakna untuk menandakan bahawa watak yang bercakap itu seakan-akan berhenti bercakap untuk berfikir seketika. Untuk lebih jelas, rujuk Gaya Dewan, terbitan DBP pada halaman 71.Tatabahasa28.10.2015
Adakah terdapat perkataan 'fuh' yang bermakna seakan-akan lega?Ungkapan "fuh" hanya digunakan dalam bahasa percakapan, bukan dalam konteks rasmi.Tatabahasa02.11.2015
Salam, saya ingin bertanya tentang maksud bagi perkataan 'brownies' yang selalu digunakan untuk merujuk kepada makanan yang seakan-akan kek. Saya telah membuat carian di PRPM tetapi tiada maksud yg disertakan. Terima kasih.Untuk makluman, brownies tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Akan tetapi, lazimnya pengguna tahu bahawa maksudnya sama seperti yang telah puan nyatakan, iaitu makanan yang seakan-akan kek.
Makna26.02.2017
Mengapakah perkataan lut sinar tidak dieja rapat dalam Kamus Dewan (seakan-akan lutsinar tidak baku) walaupun dalam penulisan biasa dan istilah digunakan lutsinar lebih kerap daripada lut sinar?Ejaan yang betul ialah lut sinar seperti yang terakam dalam Kamus Dewan.Ejaan03.04.2018
'Hamster' dalam bahasa Melayu ialah 'tikus belanda'?Hamster ialah sj binatang kecil seakan-akan tikus yg badannya agak montok dan ekornya pendek, dipelihara di rumah sbg binatang kesayangan. Tikus Belanda ialah istilah Indonesia.Istilah05.04.2010
Soalan 1: Bagaimanakah untuk mengatasi masalah kekeliruan dalam kalangan murid berkenaan bentuk huruf yang seakan-akan sama? Contohnya b dan d. Soalan 2: Bagaimanakah untuk mengatasi masalah murid yang gagal untuk mengingati bunyi suku kata awal perkataan, menyebabkan murid menyebut bunyi perkataan yang mereka pernah dengar sahaja? Contoh perkataan' satu' disebut' batu' berdasarkan bunyi suku kata akhir iaitu ' tu '. Soalan 3: Bagaimanakah cara untuk mengatasi kelemahan murid mengeja perkataan yang mempunyai suku kata tertutup? Contohnya kertas dan kolam>Soalan 1: Bagaimanakah untuk mengatasi masalah kekeliruan dalam kalangan murid berkenaan bentuk huruf yang seakan-akan sama? Contohnya b dan d. Soalan 2: Bagaimanakah untuk mengatasi masalah murid yang gagal untuk mengingati bunyi suku kata awal perkataan, menyebabkan murid menyebut bunyi perkataan yang mereka pernah dengar sahaja? Contoh perkataan' satu' disebut' batu' berdasarkan bunyi suku kata akhir iaitu ' tu '. Soalan 3: Bagaimanakah cara untuk mengatasi kelemahan murid mengeja perkataan yang mempunyai suku kata tertutup? Contohnya kertas dan kolam.

1. Huruf yang dikatakan sama kerana cara ia dihasilkan sama, namun akan berbeza jika daerah sebutan huruf berkenaan berbeza diterangkan kepada pelajar.  'b' ialah konsonan letupan dua bibir bersuara, manakala 'p' ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara. 2. Dalam bahasa, perkataan membawa makna. aspek makna 'satu' dan 'batu' adalah berbeza. Aspek semantik perkataan harus dijelaskan kepada pelajar, waima kata yang sama boleh membawa makna berbeza mengikut konteks contohnya 'daki'. 3. Penggalkan kata ikut suku kata.  
Tatabahasa18.04.2013
soalan 1. Berapa dan apakah perkataan yang boleh menerima imbuhan memper-----kan. imbuhan ini seakan-akan bentuk lewah dalam bahasa Melayu, bersetujukah tuan? soalan 2. Peribahasa yang digunakan dalam karangan perlu ditulis bagaimana? soalan 3.Memper...kan bergabung dengan kata nama dan kata kerja membentuk kata kerja. Contoh: memperisterikan;mempersendakan;memperjodohkan;memperdengarkan;memperlihatkan;memperbahaskan. bentuk yang lewah ialah bentuk terbitan dengan apitan memper...i seperti memperolehi,memperbaiki,memperakui. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu hal. 198-201. Peribahasa dalam karangan ditulis terus bersama-sama dengan ayat yang dibina. Contoh: Dia bersikap seperti kacang lupakan kulit.Tatabahasa09.08.2007
1."____ menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. Perkataan yang paling sesuai untuk tempat kosong ialah 'baginda' atau 'tuanku''? 2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. Adakah penggunaan perkataan 'menuruti' di ayat di atas sesuai? 3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. Adakah ayat di atas betul? Terima kasih!

1."Baginda menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. - Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan. 

2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. - Perkataan menuruti itu boleh digunakan, sila rujuk makna keempat menuruti dalam Kamus Dewan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai contoh (teladan), contoh ayat: jangan dituruti, kerana ia orang yang tidak tahu bahasa;

3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. - mengurus sama maknanya dengan menguruskan, iaitu menyelenggarakan supaya berjalan dan sebagainya dengan baik (perniagaan dan perdagangan)

Tatabahasa13.04.2010
kata ganda semu ialah apa? Ada perkataan ini?Menurut Kamus Dewan Perdana, perkataan “semu” bermaksud seakan-akan benar, wujud dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya adalah sebaliknya, tipu daya atau muslihat dan lebih kurang atau agak-agak. Kata ganda bagi “semu” ialah “semu-semu” yang membawa maksud lebih kurang atau agak.Makna11.02.2022
Ingin bertanya maksud ayat ini dalam Bahasa Melayu: My body feels as if it was falling apart. Badan saya terasa seakan-akan...? Terima kasihTidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. "Falling apart" mungkin bermaksud sangat lemah, tidak bertenaga atau tidak berdaya.Penyemakan dan penterjemahan20.10.2016
1234

Kembali ke atas