Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , andaikan misal­nya, katakanlah, sekiranya, seumpamanya, andai kata: ~ engkau tidak berhenti dulu, tentu pangkat sudah naik sekarang ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , andai kata misalnya; umpamanya: ~ engkau gagal, apa rancangan engkau? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seandainya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
soft-sphere potentialkeupayaan sfera lembutKejuruteraanKejuruteraan KimiaModel yang menganggap molekul gas adalah seperti sfera yang lembut. Seandainya molekul tersebut berlanggar pada tenaga kinetik yang tinggi, kedua-dua molekul mungkin menembusi satu sama lain ke jarak yang lebih kecil daripada garis pusat perlanggaran. Model ini juga menganggap dinding daya tolakan di antara molekul mempunyai cerun yang tertentu.
design stresstegasan reka bentukKejuruteraanTiadaTegasan maksimum yang dibenarkan bertindak pada bahagian-bahagian mesin atau anggota-anggota struktur, dan nilai ini dapat menghalang kegagalan seandainya berlaku keadaan apabila beban melebihi nilai yang dijangka disebabkan faktor keselamatan yang digunakan.
drag forcedaya seretKejuruteraanKejuruteraan KimiaDaya dalam arah aliran yang dikenakan oleh bendalir ke atas permukaan dinding saluran atau jasad yang tenggelam atau terapung dalam arus aliran. Menurut hukum Newton ketiga, magnitud daya yang sama dikenakan oleh permukaan dinding ke atas bendalir. Seandainya permukaan dinding adalah selari dengan arah aliran, daya seret ialah tegasan dinding. Oleh itu, daya seret hanya wujud dalam aliran bendalir melewati jasad terapung atau tenggelam sahaja kerana jasad tersebut tidak selari dengan arus aliran akibat terdapatnya lapisan sempadan.
narrative contractkontrak naratifKesusasteraanTiadaBentuk perjanjian atau persetujuan secara bersama antara pencerita dengan audiensnya. Dengan perjanjian atau persetujuan ini, pencerita akan bercerita dan audiens dapat mendengar cerita itu. Pada tahap yang paling asas, kontrak naratif boleh wujud melalui kata-kata seorang ibu kepada anaknya, �Saya akan bercerita seandainya awak bersedia menerima nasihat saya�. Pada tahap yang lebih kompleks, kontrak naratif juga berkaitan dengan norma budaya yang hidup dalam masyarakat. Seorang pencerita tidak boleh bercerita dengan sebebas-bebasnya kerana dia harus terikat dengan tuntutan konvensi pemikiran atau sosiobudaya audiens dalam masyarakatnya.
programme implementationpelaksanaan programPentadbiranPentadbiran Awam

Cara atau kaedah sesebuah program yang dirancang dilaksanakan dengan sempurna. Pelaksanaan program melibatkan pematuhan prosedur bermula daripada kelulusan program sehingga ke peringkat penilaian. Selain itu, pelaksanaan program juga melibatkan penyelarasan aktiviti dan pemantauan. Proses pelaksanaan program ini melibatkan masyarakat dan pentadbir atau pelaksana program. Contohnya ‘Kempen Anti Dadah’ yang merupakan satu program mega daripada kerajaan untuk membanteras najis dadah di kalangan remaja khasnya dan masyarakat umum amnya. Justeru pelaksanaan program atau kempen ini bukan sahaja memerlukan sokongan berterusan pihak kerajaan malah sokongan dan keprihatinan masyarakat. Seandainya tidak wujud kolaborasi yang mantap di antara kerajaan dan masyarakat, sebarang bentuk program yang dilaksanakan tidak akan mencapai kejayaan.


Kembali ke atas