Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sébak) kuak, belah (rambut), pisah (ke kanan ke kiri); bersebak 1. berpisah ke kiri ke kanan (air ditempuh kapal dll) bercerai, berkuak; 2. berbelah (rambut): rambutnya ~ di tengah-tengah; 3. menepi ke kiri atau ke kanan (utk memberi jalan), menyisi; air besar, batu ~ prb saudara-mara atau sahabat handai akan berpecah belah apabila timbul perselisihan; menyebak 1. menguak ke kiri ke kanan, membelah (rambut ketika bersikat dll), menyiah; 2. bp membuka (halaman buku dll), menyingkap (kain dll); menyebak-nyebak 1. menyingkap dan memisahkan ke kiri ke kanan; 2. bp mem-buka-buka atau membalik-balik (muka surat dll); tersebak 1. terkuak ke kiri ke kanan (air yg ditempuh kapal dll), berbelah (sisiran rambut); 2. bp terbuka (bkn buku). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. hampir akan bah (sungai), penuh dan banyak airnya, digenangi air: air sungai telah tenang tidak berarus lagi menandakan air sudah ~ pasang; rupa darah spt air ~, bang-kai berhantaran di bumi; 2. ki digenangi air mata (mata), hampir akan menitik (air mata); 3. ki sesak (dada dll): Maznah terhinggut-hinggut bahunya menahan ~ di dada; menyebakkan menyebabkan jadi sebak; kesebakan keadaan sebak (digenangi air mata, sesak di dada dsb): tidak pernah saya mengalami ~ sebegitu semasa tawaf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sébak/; bersebak 1 berpisah ke kiri dan ke kanan (bkn air yg ditempuh kapal dll); berkuak. 2 berbelah (bkn rambut dsb): Rambutnya ~ di tengah-tengah. menyebak 1 mem­buat menjadi berkuak ke kiri atau ke kanan; menguak atau membelah rambut (ketika bersikat). 2 membuka (halaman buku dll); menyingkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 penuh dan banyak airnya (bkn sungai); hampir melimpahi tebing (bkn air sungai): Air sungai ~. 2 ki penuh dgn air mata dan hampir akan menitik (bkn kelopak mata). 3 ki sesak nafas (dada dll): Bahunya bergoyang-goyang kerana menahan ~ di dada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sebak
1. Bersinonim dengan digenangi air: sabak, melimpah, bah, banjir, ampuh, lembak, banyak air, empoh, kojoh,
Berantonim dengan kering

2. Dalam konteks dada
bersinonim dengan sesak, sebu, sedih, berat,
Berantonim dengan lega

Kata Terbitan : menyebakkan, menyebak, tersebak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
running or fanning outsebakKomunikasiTiadaTiada
decongestantdekongestanPerubatanTiadaAgen yang mengurangkan sebak atau bengkak.
team word-webjaring kata kumpulanPendidikanTiadaKegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah yang dilaksanakan secara berkumpulan yang memerlukan murid memberikan maklumat tentang sesuatu topik menerusi lakaran peta minda di atas kertas sebak dengan menggunakan warna pen yang berbeza sebagai tanda menunjukkan sumbangan maklumat mereka.
dramatic lyriclirik dramatikKesusasteraanPuisiUjaran yang dilahirkan oleh watak dalam puisi yang dicipta. Citra yang dituturkan berkemungkinan berhubungan dengan diri seseorang, sewaktu menghadapi sesuatu suasana atau fenomena. Contohnya, puisi "Aku Nelayan" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. aku nelayan warisan perahu rakit pukat jala milik orang segala-galanya harta kami tenaga Iara, aku nelayan di jurang resah keluarga tanpa matahari esok ke mana? tak siapa bertanya dari sebak hati

Kembali ke atas