Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebatian kimia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'ANTIOXIDANT'? Adakah pengantioksida atau antioksidan? ANTIOXIDANT (Berfungsi memperlahankan pengoksidaan makanan berlemak dan mencegah warna sayuran bertukar menjadi perang)Perkataan "antioxidant" boleh dipadankan sebagai pengaktioksida dan antioksidan bergantung pada konteks penggunaan ayat.

Pengaktioksida digunakan dalam bidang kimia yang merujuk kepada sebatian, biasanya sebatian organik yang lebih mudah dioksidakan jika dibandingkan dengan satu bahan yang lain. Oleh itu, sebatian organik ini dapat merencatkan pengantioksidaan bahan kedua apabila kedua-dua bahan itu dicampurkan.

Antioksidan pula digunakan dalam bidang herba dan veterinar. Dalam bidang veterinar, antioksidan merujuk kepada sebatian kimia yang berupaya merencat kerosakan pada bahan-bahan makanan yang sensitif seperti lemak tak tepu dan vitamin larut lemak. Sebatian ini digunakan untuk memanjangkan tempoh penyimpanan lemak dan juga menghalang pengoksidaan dalam bahan makanan supaya tidak berbau tengik. Contohnya, etoksikuin, fenol, kuinon, vitamin E dan asid galik.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/
Istilah22.09.2020
Padanan bagi "bis" dalam istilah bahasa Melayu di bawah ini ialah "bis"- diethylstilbestrol [3, 4-bis (p-hydroxyphenyl)-3-hexene]; Melalui semakan kami dalam PRPM terdapat padanan "bes" dalam bahasa Melayu. Adakah padanan ini boleh digunakan dan merupakan padanan terkini bagi "bis"?

Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

bis - bis

Merupakan awalan bilangan dalam penamaan sistematik kimia.

Manakala bes padanan untuk base (sebatian kimia).

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Lain-lain10.06.2021
Istilah Bahasa Malaysia diperlukan bagi perkataan kimia English di bawah. 1) StannousDalam istilah Kimia stannous compound yang membawa maksud sebatian stanus.Tatabahasa12.09.2007
Betul atau bolehkan perkataan KOMPAUN digunakan bagi tujuan merujuk kepada kawasan? Contoh penggunaan perkataan KOMPAUN : Situasi cemas di kompaun hospital.Kompaun bermaksud denda dan dalam bidang kimia dan perubatan membawa maksud majmuk atau sebatian. Tidak ada maksud kompaun yang boleh disesuaikan dengan konteks ayat tersebut.Tatabahasa06.07.2015
Apakah padanan bagi istilah "water insoluble matter". Adakah "jirim tak larut air" atau "jirim tidak larut air".Cadangan kami water insoluble matter diterjemahkan kepada jirim tak larut air sama seperti sebatian tak larut (insoluble compound) dalam bidang Kimia.Penyemakan dan penterjemahan17.08.2021
Salam sejahtera Tuan. "Analisa" atau "Analisis" betul? Jika kedua-duanya betul, apakah perbezaan antara kedua-duanya dan mohon berikan contoh ayat. sekian, terima kasih.

Perkataan yang betul ialah “analisis” yang dipinjam daripada perkataan bahasa Inggeris, iaitu analysis yang membawa maksud:

1.    Penghuraian atau pengupasan sesuatu perkara untuk mengetahui selok-beloknya (buruk baiknya dan lain-lain) atau ujian.

2.    Pemisahan bahagian sesuatu sebatian atau bahan dengan kaedah kimia.

Contoh ayat, ”Satu analisis tentang tindak-tanduk pengguna telah dilaksanakan.”

Ejaan05.02.2020

Kembali ke atas