Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebatian kimia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASID

Asid ialah sebarang kumpulan sebatian kimia yang

mempunyai sifat-sifat tertentu yang sama. Larutan

asid berasa masam dan menghasilkan rasa pedih

jika terkena pada kulit. Asid melarutkan banyak

logam dan menukar warna kertas litmus biru

kepada merah. Sebatian kimia yang dinamakan bes

atau alkali meneutralkan asid.

UMUM 
OKSIDA

Oksida ialah sebatian kimia yang terdiri daripada

oksigen dengan beberapa unsur lain. Oksida

biasanya terbentuk apabila unsur teroksida.

Contohnya, pembakaran karbon yang ada dalam

batu arang atau kayu mengeluarkan karbon

dioksida (CO 2 ) dan karbon monoksida (CO).

Pembakaran adalah pengoksidaan cepat. Karbon

dioksida juga terbentuk melalui proses

pengoksidaan perlahan dalam sel haiwan, dan

dihembus keluar daripada paru-paru. Pengaratan

besi ialah pengoksidaan perlahan. Karat

mengandungi ferik oksida (Fe 2 O 3 ).

UMUM 
NIKOTIN

Nikotin ialah sebatian kimia yang ditemui dengan

jumlah yang kecil dalam daun, akar, dan biji benih

tumbuhan tembakau. Nikotin ialah satu daripada

beberapa cecair semula jadi alkaloid (lihat Alkaloid ).

Ia boleh juga dibuat secara sintetik.

UMUM 
KARBIDA

Karbida ialah sebatian kimia yang terdiri

daripada karbon dan logam. Besi karbida terdiri

daripada karbon dan logam besi.

UMUM 
RACUN HERBA

Racun herba ialah sebatian kimia yang digunakan

untuk mengawal dan memusnahkan tumbuhan yang

tidak dikehendaki. Racun herba kadangkala dikenali

sebagai racun rumpai. Petani menggunakan racun

herba untuk mengawal pertumbuhan rumpai di

celah-celah tanaman. Kita juga menggunakan racun

herba untuk menghapuskan rumpai di laman,

taman, kawasan perindustrian, dan kawasan-kawasan

lain.

UMUM 
ALDEHID

Aldehid ialah satu kumpulan sebatian kimia

organik yang penting. Aldehid digunakan dalam

industri untuk membuat banyak keluaran.

Formaldehid dan furfuraldehid ialah aldehid

yang digunakan untuk membuat plastik.

UMUM 
KLORIDA

Klorida ialah sebatian kimia yang mengandungi

ion klorin (Cl ¯). Atom klorin dengan mudah

menarik elektron daripada unsur-unsur lain untuk

membentuk klorida. Klorida tersebar luas di

permukaan bumi.

UMUM 
ASID SALISILIK

Asid salisilik tergolong dalam kumpulan

sebatian kimia yang digunakan sebagai ubat

untuk meredakan demam dan rasa sakit. Asid

asetilsalisilik adalah salah satu ubat yang paling

meluas digunakan. Ia disediakan daripada asid

salisilik. Asid asetilsalisilik biasanya dikenali

sebagai aspirin.

UMUM 
OKTANA

Oktana ialah mana-mana satu daripada 18

sebatian kimia yang terdiri daripada lapan atom

karbon, dan 18 atom hidrogen. Oktana adalah

antara bahan utama petrol. Oktana yang dikenali

sebagai isooktana digunakan dalam campuran

ujian untuk menentukan sebaik mana petrol tahan

terhadap ketukan (lihat Nombor oktana ). Petrol

yang mempunyai nombor oktana tinggi mencegah

ketukan enjin dengan lebih baik daripada petrol

yang mempunyai nombor oktana rendah.

UMUM 
SULFAT

Sulfat ialah sebatian kimia yang mengandungi

kumpulan tertentu atom, sulfur dan oksigen.

Kumpulan ini dikenali sebagai radikal sulfat (SO4

2—).

Biasanya, sulfat adalah sebatian yang stabil, yang

terbentuk dalam bentuk hablur. Sulfat biasa adalah

selestit, iaitu sulfat strontium; garam Epson, iaitu sulfat

magnesium; gipsum, iaitu sulfat kalsium dan spar

berat, iaitu sulfat barium. Banyak sulfat larut dalam

air, tetapi sesetengahnya seperti sulfat-sulfat barium,

strontium, dan plumbum, tidak larut dalam air.

UMUM 
1234

Kembali ke atas