Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.las] | سبلس

Definisi : sepuluh dan satu (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.las] | سبلس

Definisi : bilangan sepuluh dicampur satu; 11. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.be.las] | سبلس

Definisi : (jumlah atau bilangan) sepuluh dicampur satu; 11. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelas

Puisi
 

Burung punai terbang tinggi,
     Jatuh ditembak tinggal sebelas;
Saya di sini ternanti-nanti,
     Surat dikirim mengapa tak balas.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang? Contohnya, kata bilangan himpunan bagi lima orang ialah kelima-lima orang. Adakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang ialah kesebelas-belas orang? Hal ini kerana apabila saya merujuk Kamus Dewan edisi keempat, “kesebelas-belas” itu tidak terdapat dalam masukan Kamus Dewan. Yang ada ialah “kesebelasan”. Namun demikian, maksud “kesebelasan” yang diberikan ialah pasukan bola sepak dan lain-lain (yang terdiri daripada 11orang). Contoh ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan bagi masukan tersebut ialah “Pertandingan antara pasukan polis dengan kesebelasan Pulau Pinang. Saya menghadapi kekeliruan dan tidak tahu apakah perkataan yang harus digunakan untuk merujuk kata bilangan himpunan bagi sebelas orang. Contohnya dalam ayat, “Jeneral tentera sedang mengamat-amati (kata bilangan himpunan bagi sebelas orang) orang askar itu.” Apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk jumlah sebelas orang askar dalam ayat tersebut, yakni kata bilangan himpunan bagi sebelas orang askar dalam ayat tersebut? Mohon tunjuk ajar. Terima kasih.

Encik Boh,

Penggunaan yang betul bagi kata bilangan ini ialah 'kesebelas-sebelas' atau kesebelasan.

Tatabahasa07.06.2010
salam 1 malaysia. manakah contoh ayat berikut yang sesuai digunakan untuk penggunaan perkataan 'masing-masing'. 1. terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu asas sebagai guru dan Atribut profesional masing-masing 4 item, serta masing-masing 1 item dalam subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. 2. terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu asas sebagai guru dan Atribut profesional masing-masing 4 item, dan 1 item masing-masing dalam subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. mohon cadangan ayat yang sesuai. t.qTerdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu ilmu asas sebagai guru dan atribut profesional masing-masing 4 item, dan subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar masing-masing 1 item.Tatabahasa01.09.2015
Salam. Pilih ayat yang betul. A. Bola itu dibaling kepada dinding dengan kuat. B. Pasukan bola sepak itu terdiri daripada sebelas orang pemain. Boleh saya tanya, mana satukah ayat yang betul? Dan jikalau salah, boleh bagi sebab , kenapa ayat tersebut salah. Terima kasihSalam,

A. Ayat yang betul ialah bola itu dibaling ke dinding dengan kuat. Ayat "Bola itu dibaling kepada dinding dengan kuat", tidak betul kerana "kepada" merupakan kata sendi nama. Ia terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Sebaliknya, kata sendi "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan juga yang menunjukkan waktu atau masa.


B. Pasukan bola sepak itu terdiri daripada sebelas orang pemain. Ayat tersebut sudah betul.
Tatabahasa04.08.2015
salam 1 Malaysia, soalan saya. manakah ayat yang sesuai bagi contoh berikut (no. 1 atau 2); Mohon cadangan ayat yang paling sesuai. 1. Ini menunjukkan bahawa, masing-masing guru Sekolah Menengah dan kumpulan guru yang berpengalaman mengajar lebih sebelas tahun, lebih ramai yang berkompetensi berbanding guru Sekolah Rendah dan kumpulan guru pengalaman mengajar 1 hingga 10 tahun dalam kompetensi kandungan ilmu mata pelajaran 2. Ini menunjukkan bahawa, dalam subkonstruk Kandungan Mata pelajaran, guru Sekolah Menengah dan kumpulan guru yang berpengalaman mengajar lebih sebelas tahun, masing-masing lebih ramai yang berkompetensi berbanding guru Sekolah Rendah dan kumpulan guru pengalaman mengajar 1 hingga 10 tahun. tqAyat yang kedua lebih mudah difahami dan diperbaiki menjadi, Ini menunjukkan bahawa, dalam subkonstruk Kandungan Mata pelajaran, guru Sekolah Menengah dan kumpulan guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada sebelas tahun lebih ramai yang berkompetensi berbanding guru Sekolah Rendah dan kumpulan guru pengalaman mengajar 1 hingga 10 tahun.Tatabahasa09.08.2015
1. Pilih ayat yang betul A. Bola itu dibaling kepada dinding dengan kuat. B. Pasukan bola sepak itu terdiri daripada sebelas orang pemain. 2. Betulkan ayat di bawah A. Roslan menekan mata papan kekunci komputernya dengan pantas.Ayat yang betul: A. Bola itu dibaling ke dinding dengan kuat; 1. B. dan 2. A betul.Tatabahasa30.07.2015
Adakah perkataan seperti "badai", "tonggak", "belenggu", dan "samudera" merupakan bahasa serumpun dalam bahasa Melayu. Bagaimana cara untuk mengenal pasti sesuatu perkataan itu merupakan bahasa serumpun atau tidak. Terima kasih.Terdapat sebelas pola suku kata dasar, iaitu
 
1. V; 2. VK; 3. KV; 4. KVK; 5. KKV; 6. KKVK; 7. VKK; 8.KVKK;9. KKVKK; 10. KKKV 11. KKKVK.  

Pola 1 hingga 4 ialah empat macam pola suku kata yang terdapat pada kebanyakan kata dasar dalam bahasa Mleayu. Pola 5 hingga 11 ialah tujuh pola suku kata yang terdapat padanya huruf konsosnan rangkap atau gugus konsoanan, iaitu yang diserap daripada ejaan bahasa Inggeris atau bahasa -bahasa Eropah yang lain.

Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu terbitan DBP.
Tatabahasa25.07.2013
Assalamualaikum, saya ingin memohon pencerahan untuk penggunaan nombor dalam penulisan. Apakah nombor yang perlu ditulis atau dieja dalam perkataan dalam penulisan bahasa Melayu? Adakah kaedah/hukum yang digunakan dalam bahasa Melayu juga sama untuk penulisan Jawi? Contoh ayat 1: Ayah membeli sebelas bungkus nasi lemak. Contoh ayat 2: Murid-murid perlu menulis 10 patah perkataan. Contoh ayat 3: Beliau meninggal 10 tahun kemudian. Contoh ayat 4: Jarak rumah saya dari kampus kediaman ialah 11 km. Akhir sekali, saya ingin mendapatkan rujukan terbaru untuk penulisan nombor yang digunakan oleh DBP. Saya telah merujuk Tatabahasa Dewan terkini dan tidak menemukan kaedah tersebut.
Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Ketiga, pernomboran ialah cara menanda senarai dan menyatakan jumlah sesuatu. Nombor yang digunakan ialah nombor roman dan nombor arab.

Nombor roman kecil: i, ii, iii
Nombor roman besar: I, II, III
Nombor arab: 0, 1, 2, 3, ..., 9 dan seterusnya.
Nombor arab asli: ١, ٢, ٣, ٤, ٥, ٦, ٧, ٨, ٩
 
Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. Bagi penulisan keluasan, kelajuan dan dimensi, gunakan angka dan unit yang sesuai untuk menunjukkan kelajuan, keluasan dan dimensi, contohnya 7 km.

Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga halaman 87 - 94.
Tatabahasa26.06.2023
apakah perbezaan antara perkataan kolej tiga belas dan kolej ketiga belas. manakah antara kedua-dua ini dianggap sebagai kata nama?Kolej Ketiga Belas ialah nama kolej tersebut. Manakalah kolej ke tiga belas atau kolej ke-13 ialah kolej mengikut kiraan sebelas kolej yang ke-12. Untuk makluman juga, dicadangkan agar kolej yang ke tiga belas tidak dieja tetapi menggunakan angka. Kolej ke-13. Harap maklum.Tatabahasa10.07.2008
Sila pihak tuan semak ayat-ayat surat ini, sesuai atau tidak? Kami diarahkan oleh syarikat pelanggan kami yang disebut diatas supaya memulangkan Borang C dan R bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan tuan yang selanjutnya. Untuk makluman tuan, sepertimana yang ditunjukkan didalam Borang C T/T 2011, syarikat ini adalah dikenakan cukai sebanyak RM195,368.75, tetapi selepas campur Penambahan cukai dibawah Sec. 107C(10) syarikat pelanggan kami kena membayar jumlah baki sebanyak RM203,044.56. Oleh kerana memandangkan keadaan ekonomi yang amat tidak baik, ini mengakibatkan syarikat pelanggan kami tidak mampu untuk membuat bayaranya dengan sekaligus dan amat berharap supaya pihak tuan dapatlah memberikan masa kepada syarikatnya untuk membuat jumlah bayaran cukai bagi T/T 2011 melalui sebelas (11) ansuran dengan cara berikut : - Dan bersama-sama surat ini pelanggan kami ingin melampirkan sebelas (11) keping Cek AB untuk perhatian dan tindakan tuan seterusnya. Sila pihak tuan akui resit kepada pelanggan kami setelah cek telah laku. Sekian, semoga mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan, Terima kasih.Kami diarahkan oleh syarikat pelanggan kami yang disebut di atas supaya memulangkan Borang C dan R bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan tuan selanjutnya.
Untuk makluman tuan, sepertimana yang tertera di dalam Borang C T/T 2011, syarikat ini dikenakan cukai sebanyak RM195,368.75, tetapi selepas dicampur penambahan cukai di bawah Sek. 107C (10) syarikat pelanggan kami dikehendaki membayar jumlah baki sebanyak RM203,044.56. Memandangkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, syarikat pelanggan kami tidak mampu untuk membuat bayaran dengan sekali gus dan amat berharap supaya pihak tuan dapatlah memberikan masa kepada syarikat  untuk membuat jumlah bayaran cukai bagi T/T 2011 melalui sebelas (11) ansuran dengan cara yang berikut: ... Dan bersama-sama ini kami lampirkan sebelas (11) keping Cek AB untuk perhatian dan tindakan tuan seterusnya. Sila keluarkan resit kepada pelanggan kami setelah cek tersebut ditunaikan.
Tatabahasa16.08.2012
Kursus tersebut akan diadakan selama lima hari merangkumi tiga modul iaitu Web Master Training, Database Training dan Mapping Training. Minimum peserta yang diperlukan untuk menghadiri kursus tersebut ialah seramai 20 orang atau lebih. Empat hari diperuntukkan bagi kesemua peserta menjalani ketiga-tiga modul latihan dan satu hari untuk uji cuba memuat naik sistem DevInfo ke dalam server. Soalan saya: 1. 20 orang perlu dieja atau memadai menulis angka sahaja? Ada syarat-syarat penggunaan nombor kah? 2. Sesuaikah perkataan uji cuba digunakan dalam ayat tersebut?

Dalam penulisan angka atau nombor, bagi nombor satu hingga sebelas, pada kebiasaannya dieja. Bagi nombor 12 dan seterusnya, bentuk angka digunakan. 

Bagi pertanyaan kedua, perkataan uji cuba boleh digunakan.       

Tatabahasa15.06.2009

Kembali ke atas