Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.las] | سبلس

Definisi : sepuluh dan satu (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.las] | سبلس

Definisi : bilangan sepuluh dicampur satu; 11. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.be.las] | سبلس

Definisi : (jumlah atau bilangan) sepuluh dicampur satu; 11. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelas

Puisi
 

Burung punai terbang tinggi,
     Jatuh ditembak tinggal sebelas;
Saya di sini ternanti-nanti,
     Surat dikirim mengapa tak balas.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hendecasyllabicsebelas sukuKesusasteraanPuisiBaris puisi dalam sesuatu rangkap yang mempunyai sebelas, suku kata. Jumlah ini mungkin berasal daripada dua, tiga, empat atau lima perkataan diksi. Contohnya, pada baris ini: Ke/mu/mu ti/dak ke/la/di pun ti/dak Ke/lo/pak se/per/ti ran/ting ke/ta/pang
hendecasyllabicsebelas sukuKesusasteraanTiadaTiada
hendecasyllabic verserangkap sebelas sukuKesusasteraanTiadadan Latin, dan merupakan baris yang standard di dalam puisi Itali.
elevens complement check digitdigit semak pelengkap sebelasKejuruteraanTiadaTiada
Dapur SantanDapur SantanKerisTiadaDapur yang mempunyai sebelas keluk dan terdapat gerigi pada bahagian belalai gajah.
tailenderpemukul lewatSukanTiadaBarisan pemukul dari nombor lapan 8. hingga sebelas dalam kesebelasan yang utama.
concrete operation stagetahap operasi konkritSosiologiTiadaPeringkat ketiga dalam perkembangan intelektual, antara umur tujuh hingga sebelas tahun.
second generation multiplex +)multipleks generasi kedua +Sains ForensikTiadaSistem pemprofilan DNA forensik yang membolehkan amplifikasi pelbagai lokus dalam satu tindak balas (iaitu multipleks) yang dibangunkan oleh Applied Biosystem. Multipleks ini menguji sebelas lokus, iaitu TVWA, D8S1179, D21S11, D18S51, TH01, FGA, D3S1358, D16S539, D2S1338, D19S433 dan amelogenin, berbanding multipleks generasi kedua (SGM) yang hanya menguji tujuh lokus. Keupayaan pembezaan purata profil DNA SGM ialah 1 dalam 1 bilion. Singkatan SGM+.
alkanealkanaKimiaTiadaKumpulan sebatian hidrokarbon alifatik tepu, iaitu atom-atom karbonnya mempunyai ikatan tunggal sahaja dan berformula am CnH2n=2. Sebatian ini larut di dalam pelarut organik seperti kloroform dan benzena. Pada suhu bilik, empat ahli pertama, iaitu metana, etana, propana dan butana berbentuk gas, sebelas ahli yang seterusnya (C5 hingga C15) berbentuk cecair, manakala yang selebihnya pula berbentuk pepejal berlilin. Alkana kurang reaktif tetapi dapat bertindak balas dengan klorin atau bromin dengan adanya cahaya. Alkana terdapat semula jadi sebagai juzuk petroleum. Lazimnya, alkana disediakan secara penghidrogenan alkena atau dengan menindakkan iodoalkana (alkil iodisa) dengan natrium di dalam larutan eter. Sebatian jenis ini digunakan sebagai bahan api dan bahan pemula bagi penyediaan bahan kimia lain. nama umumnya ialah parafin.
alkenealkenaKimiaTiadaKumpulan sebatian hidrokarbon alifatik tak tepu, iaitu atom-atom karbonnya mempunyai satu atau lebih ikatan ganda dua. Alkena dengan satu ikatan ganda dua mempunyai formula am CnH2n. Alkena tidak larut di dalam air, tetapi larut di dalam pelarut organik. pada suhu bilik, tiga ahli pertama, iaitu etana, propena dan butena berbentuk gas, sebelas ahli yang seterusnya (C5 hingga C15) berbentuk cecair, manakala yang selebihnya pula berbentuk pepejal berlilin. Alkena bertindak balas dengan air bromin untuk menghasilkan bromoalkohol, dan dengan larutan sejuk kalium permanganat berbes untuk menghasilkan diol. Alkena terdapat semula jadi sebagai juzuk petroleum dan lazimnya disediakan secara pemanasan alkohol dengan asid sulfurik pekat pada suhu 180oC. Sebatian ini digunakan sebagai bahan api dan bahan pemula bagi penyediaan bahan kimia lain. Nama umumnya ialah olefin.

Kembali ke atas