Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : sewaktu belum, pd waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelum

Puisi
 

Sungai Bintangor airnya merah,
     Tempat budak bercuci kaki;
Sebelum bergurau saya berolah,
     Dari hidup sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebelum hujan petir berpalu,
     kilat bersabungan.

Bermaksud :

Menceritakan dengan angkuh tentang sesuatu pekerjaan yang belum dikerjakan.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rahmat Ramli 9.57 PAGI Mohonlah DBP dapat usahakan sedikit peruntukan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk pengambilan Munsyi Dewan pada tahun ini, jika sebelum-sebelum ini pemohon/calon Munsyi Dewan tidak perlu mengeluarkan apa-apa kos, tapi tahun ini, kami terpaksa keluarkan kos, Bahasa Melayu bahasa ibunda kita, Munsyi Dewan antara pejuang Bahasa Melayu kita, selayaknya diberi penghargaan..Kami ambil maklum cadangan tuan dan kami salurkan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini.Lain-lain11.09.2017
Adik bersarapan sebelum pergi ke sekolah. Adakah perkataan Sebelum kata hubung?"Sebelum" bukan kata hubung, sebaliknya "sebelum" ialah kata bantu aspek yang hadir sebelum atau sesudah frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.  Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. Tatabahasa07.06.2016
Saya melihat satu podcast di internet mengatakan satu pepatah melayu yang belum saya pernah dengar , bolehkan saya meminta untuk membuat semakan adakah terkandung secara rasmi dalam persuratan melayu atau hanya satu perkataan biasa sahaja " Tunduk sebelum Melangkah , Senyum sebelum Menengking , Menganga sebelum Bermadah" kalau menyanyi asli iramanya saya ingin memastikan ini adalah suatu pantaun ataupun sejenis rangkap apa
"Tunduk sebelum melangkah, senyum sebelum menengking, menganga sebelum bermadah" ialah ungkapan baharu yang dicipta atau dalam erti kata lain bukan peribahasa (pepatah) yang sedia ada.
Sastera21.02.2024
penggunaan yang manakah yang betul: 1)......sebelum atau pada ..... 2)....pada atau sebelum..... mohon pencerahan.Sebelum atau pada...Tatabahasa04.03.2015
Saya ingin bertanya tentang penggunaan tanda baca koma ( , ) sebelum perkataan 'dan'. Terkini, benarkah tanda koma tidak perlu digunakan dalam sebarang keadaan dalam ayat sebelum perkataan 'dan'? Rakan saya memaklumkan kepada saya bahawa sebelum ini ada situasi yang boleh menggunakan tanda koma sebelum 'dan', tetapi yang terkini tidak perlu lagi.

Penggunaan tanda koma (,) sebelum “dan” lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Tanda koma (,) sebelum “dan” biasanya digunakan apabila menyenaraikan kategori yang berbeza. Contoh 1: Emak ke kedai membeli ikan, beras, dan surat khabar. Contoh 2: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis.   Dalam ayat Contoh 2, penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" kerana “sawi “dan “kubis” dalam kategori yang sama, iaitu kelompok sayur.

 

Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi untuk mengapit aposisi ”dan sebagainya”, “dan yang lain”, “dan seumpamanya”. Contoh 3: Sayur kubis, bayam, salad, kangkung, sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani.

Tatabahasa19.09.2018
sebelum meletakkan petikan langsung, tanda baca yang manakah lebih tepat; titik bertindih (:) atau koma bertindih (;)? contohnya; Triandis menjelaskan, dalam budaya kolektif berlakunya beberapa tingkah laku berikut: atau ; “Kolektivisme bermaksud penekanan yang lebih besar kepada (a) pandangan, keperluan, dan matlamat dalam kumpulan berbanding dari diri .

Berdasarkan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda baca yang lebih tepat bagi contoh ayat yang diberikan ialah tanda titik bertindih (:). Salah satu fungsi tanda titik bertindih adalah untuk memperkenalkan atau menambah keterangan. Contohnya seperti yang berikut:
i. Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas.
ii. Ketika saya bercuti, saudara hendaklah melaksanakan kerja yang berikut:
Sunting manuskrip saya hingga siap.
Uruskan semua ilustrasinya.

Lain-lain06.01.2022
Sebelum frasa "salah satu/seorang/sebuah/penjodoh bilangan lain2", kata pemeri yang manakah betul digunakan? Ialah atau adalah? Contoh ayat : Beliau (ialah/adalah) salah seorang doktor pakar sakit puan di Hospital Bainun, Ipoh. Mohon diberikan keterangan mengenai ayat di atas.Kata "ialah" dan "adalah" tergolong dalam kata pemeri. Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Contoh penggunaan kata pemeri "ialah" dan "adalah" seperti yang berikut: 1.  Beliau adalah salah seorang doktor pakar sakit puan di Hospital Bainun, Ipoh.  2. Beliau ialah doktor pakar sakit puan di Hospital Bainun, Ipoh.
Tatabahasa02.06.2021
sebelum mesyuarat selanjutnya diadakan dalam masa terdekat ini.Mohon pihak tuan/puan perincikan soalan yang ingin ditanya supaya jelas dan tepat untuk kami memberi jawapan.Lain-lain16.11.2017
sebelum ini, pada bulan october saya ada membuat pemohonan untuk main signboard dengan mengunakan "Kedai membaiki telefon", di masa itu Pihak Bahasa dan Pustaka Malaysia menyatakan lulus. Pada masa ini, saya ingin memohon untuk kelulusan side board dengan mengunakan"Kedai membaiki telefon" akan tetapi pemohonon tidak lulus dan harus mengunakan "Perkhidmatan membaiki telefon". Oleh kerana itu, saya ingin bertanya; mengapa permohonon kedua untuk side board tidak diluluskan dimana permohonan pertama diluluskan. No. kelulusan signboard pertama: DBP/KPB/201609/11906 Lampiran fail ialah untuk pemohonan side board. Berharap saya akan mendapatkan maklum balas pihak DBP secepat mungkin. Terima kasih.Mohon pihak tuan menghantar semula tersebut dan membuat pembetulan pada iklan iaitu
1. Tukar kepada NO. LESEN MPSJ: xxxxx
2. Dimiliki oleh: xxxx (tukar oleh kepada huruf kecil)

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai kami melalui talian 03-2147 9691/9400 (Puan Rohayu)
Istilah10.03.2017
sebelum terlupa, perkataan Persiaran ini paling sesuai digunakan di mana? samada jalan kawasan perumahan kelebaran 40' ataupun jalan-jalan utama kelebaran 66' dan ke atas.DBP tidak mempunyai maklumat yang diperlukan . DBP hanya boleh memberikan maksud perkataan "persiaran" yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu  tempat (kawasan, jalan dan sebagainya) bersiar atau bersiar-siar.  Istilah14.10.2016
12345678910...

Kembali ke atas