Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : sewaktu belum, pd waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelum

Puisi
 

Sungai Bintangor airnya merah,
     Tempat budak bercuci kaki;
Sebelum bergurau saya berolah,
     Dari hidup sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebelum hujan petir berpalu,
     kilat bersabungan.

Bermaksud :

Menceritakan dengan angkuh tentang sesuatu pekerjaan yang belum dikerjakan.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
S.M.

S.M.ialah singkatan bagi Sebelum Masihi (B.C

dalam bahasa Inggeris adalah singkatan bagi

Before Christ ). Pada tahun 532 M., seorang rahib

bernama Dionysius Exiguus berusaha mencipta

satu sistem Kristian untuk mentarikhkan peristiwaperistiwa

yang bermula dengan tahun yang

dipercayainya adalah tahun Christ dilahirkan. Dia

menamakan tahun-tahun selepas peristiwa ini anno

Domini (dalam tahun Tuhan kita), seperti A.D. 532

(atau 532 M. dalam bahasa Melayu). Tahun-tahun

sebelum kelahiran Christ dinamakan Before Christ

dalam bahasa Inggeris atau Sebelum Masihi,

seperti pada tahun 400 B.C/S.M.

UMUM 
KELAHIRAN PRAMATANG

Kelahiran pramatang berlaku apabila

seseorang wanita melahirkan anak sebelum

kehamilannya mencapai tempoh sepenuhnya.

Tempoh kehamilan ini berbeza-beza dari 37

hingga 42 minggu selepas tempoh haid terakhir

seseorang wanita sebelum kehamilan. Dalam

banyak kes, tempoh kehamilan setepatnya sukar

ditentukan. Oleh itu, doktor juga menganggap

seseorang bayi itu pramatang jika beratnya kurang

daripada 2500 gram ketika lahir.

UMUM 
ANTESEDEN

Anteseden ialah perkataan atau kumpulan

perkataan yang dirujuk oleh kata ganti dalam

sesuatu ayat. Anteseden boleh berada sebelum atau

selepas kata ganti. Dalam ayat Venice is famous for

its canals , anteseden Venice hadir sebelum kata

ganti its . Dalam ayat At her best, Jill was unbeatable,

anteseden Jill hadir selepas kata ganti her .

UMUM 
QUAYLE, DAN

Quayle, Dan (1947– ), Naib Presiden Amerika

Syarikat dari tahun 1989 hingga tahun 1993, semasa

pemerintahan Presiden George Bush. Sebelum

menjadi naib presiden, Quayle mewakili Indiana di

dalam Senat Amerika Syarikat dari tahun 1981

hingga tahun 1989. Sebelum itu, dia telah

berkhidmat selama dua penggal di dalam Dewan

Perwakilan Amerika Syarikat.

UMUM 
ZIMBABWE

Zimbabwe, sebelum ini dikenali sebagai

Rhodesia, ialah negara yang dikelilingi tanah

daratan di selatan benua Afrika. Penara yang

tinggi merupakan ciri sebahagian besar negara

ini. Zimbabwe terletak di kawasan tropika, tetapi

mempunyai iklim yang nyaman disebabkan

ketinggiannya di atas aras laut.

UMUM 
SINDROM DOWN

Sindrom Down, sebelum ini dikenali sebagai

Mongolisme, adalah satu gangguan yang wujud

semasa kelahiran. Keadaan ini dicirikan oleh

kecacatan mental dan ciri-ciri fizikal seperti bentuk

mata juling ke atas, hidung pipih, kepala kecil,

tangan pendek dan kontot. Tambahan pula, telinga

dan gigi adalah kecil dan berbentuk tidak normal.

UMUM 
ANTI-CHRIST

Anti-Christ adalah kuasa atau orang yang

menentang Jesus Christ. Menurut kitab Bible, Anti-

Christ akan berkuasa sebelum Hari Pengadilan,

tetapi kemudian dikalahkan oleh Christ. Gagasan

tentang perang akhir antara yang baik dengan yang

jahat wujud di kalangan orang Babylon, Iraq, dan

Yahudi sebelum diterima oleh Kristian. Istilah A nti-

Christ muncul hanya dalam Warkah John yang

Pertama dan Kedua. Konsep Anti-Christ muncul

dalam Wasiat Baru. Sebagai contoh, konsep ini

dilambangkan dalam Book of Revelation sebagai

sejenis haiwan, satu bentuk Iblis.

UMUM 
PIKTOGRAF

Piktograf ialah tulisan dalam bentuk gambar.

Sebelum perkembangan abjad, ramai orang purba

menyampaikan mesej mereka melalui piktograf.

Orang Mesir mengukir atau mengecat piktograf

pada makam dan tugu. Tulisan bergambar juga

merupakan kaedah komunikasi bagi kaum Aztek

dan juga masyarakat Orang Asli Amerika.

Terdapat dua jenis piktograf, iaitu piktograf yang

mewakili objek seperti lukisan bulan, dan piktograf

yang mewakili idea seperti lukisan seorang kanak-

kanak sedang memegang buku, yang mewakili

seorang pelajar. Piktograf moden menggunakan

gambar dan perkataan untuk menerangkan sesuatu

cerita dengan lebih baik berbanding dengan

penggunaan perkataan semata-mata.

UMUM 
AUTISME

Autisme ialah gangguan perkembangan yang

teruk yang bermula sebelum kanak-kanak berumur

empat tahun. Keadaan ini jarang berlaku dan

muncul sebagai sekumpulan simptom, yang paling

jelas ialah ketidakupayaan untuk berhubung

dengan orang lain. Autisme tulen, juga dikenali

sebagai autisme kebayian awal atau autisme

kebayian , terjadi pada lebih kurang seorang dalam

setiap 700 orang kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki

lebih mudah terkena penyakit ini berbanding

dengan kanak-kanak perempuan. Belum ada

penawar lagi bagi penyakit ini. Istilah autistik

kadangkala digunakan untuk memerihalkan orang

yang mengalami masalah emosi yang teruk yang

menyamai autisme.

UMUM 
KEHAMILAN

Kehamilan ialah tempoh apabila seseorang

wanita mengandung sebelum bersalin. Kehamilan

bermula dengan konsepsi yakni persenyawaan

telur oleh sperma dan berakhir dengan pelahiran,

iaitu proses bersalin.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas