Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : sewaktu belum, pd waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelum

Puisi
 

Sungai Bintangor airnya merah,
     Tempat budak bercuci kaki;
Sebelum bergurau saya berolah,
     Dari hidup sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebelum hujan petir berpalu,
     kilat bersabungan.

Bermaksud :

Menceritakan dengan angkuh tentang sesuatu pekerjaan yang belum dikerjakan.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Pantun

PantunSumberTema
Baik berladang sebelum hujan, Supaya dapat memilih tanahp; Adik kupandang bagaikan bulan, Bila kulihat kasih bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Berguna jerat sebelum lapuk, Bila lapuk mudahlah putus; Berguna adat sebelum beramuk, Bila beramuk tuahnya hapus.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah memarut sagu, Sebelum diparut batang dibelah; Bukan mudah menuntut ilmu, Sebelum dapat pantang menyerah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana bunga mahu mengembang, Sebelum dipetik dialah layu; Bagaimana hamba datang meminang, Sebelum adik berkata setuju.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Supaya lauk tidak terbuang, Sebelum sejuk hangatkan lagi; Supaya duduk awak tak sumbang, Sebelum duduk ingatkan diri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Changkul tanah dalam-dalam, Sebelum datang seorang kontraktor; Menteri mengarah siang malam, Menyelamat tujuh mangsa helikopter.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Pucuk kemiri dimakan ulat, Sebelum berbunga sudah layu; Buruk negeri lupakan adat, Sekaum berbantah sebangsa berseteru.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Banyak sudah orang mengaji, Sebelum tamat tiada hentinya; Banyak sudah abang berjanji, Belum kulihat ada buktinya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau helat hendak ramai, Sebelum berhelat orang dijemput; Kalau adat hendak dipakai, Hukum diingat undang diikut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat fikiran panjang, Sebelum bertindak ditimbang dulu; Membuang adat jalan menyimpang, Hukum rosak hilanglah malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123

Kembali ke atas