Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebenar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
slope gradientkecuraman cerunLandskapTiadaDarjah kecondongan tebing sama ada yang boleh dikira sebenar sebenar atau mengikut jarak kontur atas peta.
true placentauri sebenar/plasenta sebenarVeterinarTiadaTiada
real timemasa sebenarKesusasteraanTiadaKeselarian masa yang wujud antara jangka masa yang diambil untuk memerikan sesuatu peristiwa dengan jangka masa sebenar peristiwa itu berlaku. Masa sebenar berkontras dengan masa yang dirasai, iaitu pengalaman peredaran masa yang dibina bagi pihak pembaca menerusi konvensi pengisahan. Masa sebenar pernah digunakan sebagai salah satu teknik realisme dalam karya sastera.
qimah haqiqiyyahnilai sebenarPerniagaan IslamTiadaNilai saham sebenar yang dimiliki daripada harta bersih syarikat setelah ditolak hutang. Apabila syarikat mendapat keuntungan dan mempunyai rizab modal, maka nilai saham yang sebenar akan naik menjadi lebih tinggi daripada nilai catatan.
natural personorang sebenarUndang-undangUndang-undang AntarabangsaManusia, iaitu yang meliputi individu atau kumpulan individu yang mempunyai hak dan kewajipan dalam sesuatu sistem undang-undang. Contohnya, dalam undang-undang nasional, seseorang individu mempunyai hak untuk hidup dan kewajipan untuk mematuhi undang-undang. Sekiranya individu itu dicederakan oleh orang lain, individu tersebut boleh membuat tuntutan saman di mahkamah. Orang sebenar dalam masa yang sama boleh berfungsi sebagai orang perundangan dalam sistem undang-undang nasional, tetapi tidak dalam sistem undang-undang antarabangsa. Hal ini bermakna, orang sebenar bukan merupakan orang perundangan antarabangsa dan juga bukan merupakan subjek undang-undang antarabangsa. Hal ini disebabkan oleh orang sebenar tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau membuat triti antarabangsa dengan mana-mana negara. Hanya negara sahaja yang boleh membuat tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan membuat triti antarabangsa. Selain itu, pertubuhan antarabangsa juga boleh membuat tuntutan di tribunal antarabangsa dan membuat triti antarabangsa. Walau bagaimanapun, dalam undang-undang jenayah antarabangsa, orang sebenar yang terlibat melakukan jenayah antarabangsa seperti jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan atau genosid boleh didakwa di mana-mana negara (bukan sahaja di negara tempat dia melakukan jenayah itu) dan juga di Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Dalam undang-undang ekonomi antarabangsa, orang sebenar boleh menyaman negara atau kerajaan di tribunal timbang tara antarabangsa jika terdapat triti yang membenarkan negara untuk disaman kerana melanggar hak orang sebenar seperti hak ke atas harta. Hal ini berlaku selepas Revolusi Iran pada tahun 1979 apabila orang sebenar dalam kalangan warga Amerika Syarikat yang mempunyai kepentingan ekonomi di Iran sebelum Revolusi tersebut, menerima kemudaratan akibat tindakan negara Iran. Tribunal Tuntutan Iran-Amerika Syarikat ditubuhkan dengan persetujuan kedua-dua negara pada tahun 1981 bagi memberikan bidang kuasa kepada tribunal tersebut untuk menyelesaikan tuntutan orang sebenar terhadap Iran.
realsebenarKejuruteraanTiadaPerihalan imej yang dibentuk oleh persilangan sebenar cahaya, iaitu imej yang dibentuk oleh cahaya yang menumpu.
actual timemasa sebenarPentadbiranTiadaJumlah jam kerja sebenar yang diambil oleh seseorang pekerja.
true stresstegasan sebenarKejuruteraanPolimerTegasan yang berdasarkan kepada luas keratan rentas sebenar sampel ketika daya dikenakan.
true bearingbearing sebenarGeologiTiadaSudut mengufuk yang diukur ikut jam dari utara sebenar.
life-size figurefigur sebenarKesenianTiadaFigur citra yang berukuran sama dengan figur sebenar.
12345678910...

Kembali ke atas