Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sekejap lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA KELIRU PENGGUNAAN AKAN 1. LAMPU ITU SAYA AKAN TUTUP SEBENTAR LAGI ATAU 2. LAMPU ITU AKAN SAYA TUTUP SEBENTAR LAGI. DAN BOLEH PIHAK TUAN JELASKAN.Kata 'akan' sebagai kata bantu (aspek) hadir sebelum frasa ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.
Oleh itu, ayat yang betul ialah Lampu itu akan saya tutup sebentar lagi.
Tatabahasa31.03.2013
KAMI AKAN BERTOLAK KE ALOR SETAR SEBENTAR LAGI. MACAM MANA TUKAR KE AYAT PASIF?Ayat "Kami akan bertolak ke Alor Star sebentar lagi" ialah ayat yang menggunakan kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap. Ayat ini tidak boleh dipasifkan.  Ayat ini hanya boleh dibuat penyongsangan.
Untuk menjadikan sesebuah ayat aktif itu menjadi ayat pasif, ayat tersebut haruslah terbina daripada kata kerja aktif transitif.  Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.  Contohnya: Kami membaiki kereta kesayangan ayah.  "Membaiki" ialah kata kerja aktif transitif, manakala "kereta kesayangan ayah" ialah objek yang menjadi penyambut atau pelengkap.  Apabila dipasifkan, ayat pasifnya berbunyi "Kereta kesayangan ayah kami baiki".
Lain-lain19.05.2016
Saya ingin tahu, dalam permulaan ayat, bilakah perkataan "Kami" dan "Kita" boleh digunakan. Adakah perkataan "kami" itu dirujuk kepada ramai dan "kita" untuk individu sahaja. Sebagai contoh iklan di television "Kita jumpa anda sebentar lagi" atau "Kami jumpa anda sebentar lagi". Yang mana satukah yang betul untuk dituturkan. Sekian, terima kasih.Kami dan kita ialah kata ganti nama jamak dan boleh digunakan pada pangkal ayat. Kami ialah orang yang bercakap (ramai) dan kita termasuklah orang yang bercakap dan orang yang mendengarnya. Ayat yang betul ialah "Kami jumpa anda sebentar lagi".Tatabahasa05.07.2012
Berikan subjek untuk ayat pasif di bawah ini. 1. Pasu-pasu bunga itu akan kami alihkan sebentar lagi. 2. Makanan yang telah basi itu telah saya buang sebentar tadi.1. Pasu-pasu bunga itu
2. Makanan yang telah basi itu
Lain-lain12.02.2015
Tuan, sila periksa konklusi saya sama ada konklusi saya adalah betul atau salah. Berikut merupakan konklusi pertama saya. Sebentar lagi ada beberapa konklusi lagi. Tolong bantu saya. Terima Kasih! 1. negara Malaysia (betul) Negara Malaysia (salah) 2. negeri Pahang (betul) Negeri Pahang (salah) 3. sungai Tigris (betul) Sungai Tigris (salah) 4. tamadun Mesopotamia (betul) Tamadun Mesopotamia (salah) 5. hospital Pakar Malaysia (betul) Hospital Pakar Malaysia (salah) 6. program Kecemerlangan Pelajar (betul) Program Kecemerlangan Pelajar (salah)Salam Sejahtera. Secara umumnya, jika contoh-contoh frasa yang diberikan merupakan permulaan ayat, maka semua huruf pertama pada pangkal ayat perlu menggunakan "huruf besar". Bagi kata nama khas, seperti nama negara, nama negeri, nama tamadun dan nama lengkap yang khusus bagi program atau aktiviti perlu digunakan "huruf besar". Berdasarkan contoh frasa saudara, saya perlu membuat penentuan awal, iaitu semua contoh merupakan frasa di tengah-tengah ayat bukan di permulaan ayat. Oleh itu, 1.negara Malaysia 2.negeri Pahang 3. Sungai Tigris 4.Tamadun Mesopotamia 5.hospital pakar Malaysia 6.program kecemerlangan pelajar.Ejaan29.04.2014
Salam, sat gi yang bermaksud sebentar lagi boleh dijumpai di dalam Glosari Dialek Pulau Pinang. Saya ingin tahu jika perkataan "gi", singkatan bagi perkataan "lagi" boleh diterima? Terima kasih.
Singkatan  "gi" bagi perkataan  "lagi" boleh diterima dalam dialek Pulau Pinang. 
Lain-lain10.06.2020
Selamat pagi. Sekolah saya baru menjalankan peperiksaan percubaan kali ke-4. Kami mengalami kekeliruan terhadap sesetengah jawapan bagi soalan berikut: 1. Penganut agama Hindu itu ____________ tangga untuk sampai ke Batu Caves. A berjalan B menaiki C menuruni D mendaki * Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menaiki' juga bermaksud 'mendaki'. 2. "Awak pergilah dulu ke kantin. Sebentar lagi, saya akan _________," kata Emily kepada En. Woon. A mengejar B menyusul C mengikuti D mengekori ** Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menyusul' juga bermaksud 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata 'menaiki' juga sama dengan 'mendaki'. Begitu juga kata ' menyusul' juga bermakna 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sila berbincang dengan pihak  sekolah tentang perkara ini.Makna08.08.2008
(i ) perbezaan maksud sebentar & sekejap. Apabila merujuk kamus, maksudnya sama ttpi dalam soalan pmr, jawapan yg diterima sekejap dan bukannya sebentar (ii) Ayat: Asap-asap dari kilang-kilang mencemari alam sekitar. Mengapakah kata yg salah asap-asap dan bukannya mencemari

(i) Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sebentar sama maksud dengan sekejap, seketika. Saudara digalakkan merujuk perkara ini kepada pihak yang menggubal soalan tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

(ii)  Merujuk ayat tersebut, kilang-kilang sudah menunjukkan jamak, oleh itu perkataan asap tidak perlu digandakan lagi.

Tatabahasa26.07.2010
1. Bolehkah tolong saya menyemak ayat ini betul atau tidak? Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya paling berwaspada selalu menerima tetamu. Tolong berikan alasan. 2. Saya masih keliru dengan letaknya kata penegas -kah dalam ayat berikut. Berapakah kilo durian itu ? atau Berapa kilokah durian itu ? dan Berapakah lama kamu tinggal di sini ? atau Berapa lamahkah kamu tinggal di sini? 3. Yang manakah betul ? Minta/Tolong berikan perhatian dan "Minta / Tolong bersabar tuan-tuan. Acara akan dimulakan sebentar sahaja lagi," kata juruacara itu. 4. Sultan dan permaisuri telah melawat ke kampung kami. Ketibaan baginda/ mereka berdua disambut oleh penduduk kampung dengan meriah sekali. 3.

Sdr. Ming, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya benar-benar berharap supaya Sdr. dapat memberikan maklumat yang lengkap pada borang pertanyaan yang disediakan.

Ayat ini, Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya paling berwaspada selalu menerima tetamu, boleh dibaiki seperti ini- Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya sentiasa berwaspada apabila menerima tetamu- penulis atau pengucap tidak dapat memilih perkataan yang sesuai untuk digunakan.

bagi soalan kedua dan seterusnya jawapannya ialah, Berapa kilokah durian itu ?,  Berapa lamahkah kamu tinggal di sini?,  Tolong berikan perhatian dan "Tolong bersabar tuan-tuan. Acara akan dimulakan sebentar sahaja lagi," kata juruacara itu. Sultan dan permaisuri telah melawat ke kampung kami. Ketibaan baginda  berdua disambut oleh penduduk kampung dengan meriah sekali.

Terima kasih.

Makna23.04.2009
Tuan, Saya ingin menanyakan soalan iaitu apakah perbezaan antara perkataan 'baru', 'baharu',dan 'bahru'Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru sahaj digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi. Manakala perkataan bahru hanya ditemukan dalam penamaan tempat, iaitu Johor Bahru. Dan satu lagi bentuk ejaan yang ada bagi nama tempat ialah Kota Bahru. Hal ini tidak dapat diselaraskan kerana nama-nama tempat tersebut telah diwartakan.Ejaan11.07.2012
12

Kembali ke atas