Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
suara (kata nama)
1. Bersinonim dengan bunyi: nada, sora,

2. Bersinonim dengan ucapan: perkataan, percakapan, kalimah, tutur,

Kata Terbitan : bersuara, menyuarakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Ayat yang mana betul tatabahasanya Mesyuarat sebulat suara bersetuju atau pun Mesyuarat bersetuju sebulat suara

Ayat ini boleh dibina dalam dua variasi seperti yang berikut :  1. Mesyuarat, sebulat suara, bersetuju ... atau 2. Mesyuarat bersetuju ...   sebulat suara.

Tatabahasa24.07.2008
Bolehkah perkataan "adalah" digunakan di dalam ayat seperti berikut: 1) Maka adalah dengan ini diperintahkan bahawa. 2) Maka adalah dengan sebulat suara diperintahkan bahawa.Ayat yang betul ialah "Maka dengan ini diperintahkan bahawa .." / "Maka dengan sebulat suara diperintahkan bahawa ..."Tatabahasa17.04.2018
Salam Khidmat Nasihat DBP, Tepatkah penggunaan kata DIPERSETUJUI dalam ayat di bawah? Ayat Semua syarat penyertaan pertandingan itu telah DIPERSETUJUI sebulat suara oleh para peserta. Terima kasihPenggunaan kata dipersetujui dalam ayat tersebut betul.Tatabahasa22.03.2012
Keputusan yang ( beliau ambil ) mendapat sokongan sebulat ( daripada ) ahli-ahli (jawatankuasa ) badan itu. mengapakah kesalahan tatabahasa di atas ialah ( beliau ambil ) dan apakah perkataan yang sesuai digunakan?Ayat tersebut dikategorikan sebagai ayat pasif kerana menggunakan kata kerja pasif. Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Ayat yang betulnya ialah 'keputusan yang diambil oleh beliau mendapat sokongan sebulat suara daripada ahli-ahli jawatankuasa badan itu.Tatabahasa01.08.2008
tuan 1. ada pihak yang menganggap bahawa hukuman yang dijatuhkan kepadanya tidak setimpal dengan kesalahannya. (kepadanya adalah salah..adakah ini betu? 2. bahagian hadapan rumah itu remuk apabila dirempuh oleh bas. ( tuan, bolehkah remuk digunakan ? kalau tak bboleh, apakah kosa kata yang sesuai dignakan?) 3. Majlis sebulat-bulat suara membuat keputusan untuk membantah cadangan kerajaan itu.( sebulat-bulat adalah salah..tuan, mengapa?) 4. mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. ( diputuskan adalah salah, tuan...mengapa?) 5. sasterawan itu tidak hadir ke majlis pemberian anugerah itu kerana dia sakit. ( tuan, pemberian adalah salah..mengapa?) 6. tuan.. terima kasih bersungguh-sungguh atas bantuan tuan kepada saya.

1. Ada pihak yang menganggap bahawa hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal dengan kesalahannya. - ayat yang lengkap ialah ... dijatuhkan oleh hakim ... (ayat pasif kepada ... hakim menjatuhkan ...

2. Bahagian hadapan rumah itu roboh/rosak teruk/musnah apabila dirempuh oleh bas. - remuk bermaksud hancur berkecai seperti kaca 

3. Majlis sebulat suara membuat keputusan untuk membantah cadangan kerajaan itu. - bulat-bulat bermaksud berbentuk bulat  

4. Mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. - peraturan yang ditetapkan (bukan diputuskan) 

5. Sasterawan itu tidak hadir ke majlis penganugerahan itu kerana dia sakit. - penganugerahan bermaksud penyampaian atau pemberian anugerah, manakala pemberian bermaksud penyampaian hadiah (bukan anugerah)

Tatabahasa11.04.2011
Salam sejahtera, Bolehkah tuan/puan memberikan penjelasan sama ada perkataan "ia" boleh digunakan sebagai kata ganti nama untuk merujuk subjek selain manusia dan binatang, tumbuh-tumbuhan, undang-undang, fenomena semulajadi dan sebagainya? Saya faham bahawa perkataan "ia" boleh digunakan untuk merujuk manusia dan tidak boleh digunakan untuk binatang, tetapi bagaimana pula dengan ayat seperti berikut: "Wabak denggi semakin menular di Malaysia. Ia membahayakan nyawa banyak penduduk" ? Adakah telah berlaku pertukaran dalam tatabahasa penggunaan perkataan "ia" kebelakangan ini, kerana sewaktu saya mengambil peperiksaan (tahun 2001) guru-guru bahasa sebulat suara menegaskan bahawa perkataan "ia" hanya boleh digunakan untuk merujuk manusia? Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya.Salam sejahtera,

Untuk makluman, 'Ia'merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Untuk lebih jelas, sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, halaman 556.
Tatabahasa30.09.2015

Kembali ke atas