Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebutan;

Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya,
     senyap;
ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sebutan ke-nnth termSebutan yang boleh mewakili sebarang nilai yang diberikan dalam satu persoalan matematik. Contohnya, jika n = 7, maka sebutan yang dimaksudkan ialah sebutan ke-7.Menengah Atas
sebutanterm1. Setiap kuantiti dalam suatu ungkapan yang melibatkan tanda + atau −. Contohnya, 5x + 3y − z mempunyai tiga sebutan, iaitu 5x, 3y dan z. 2. Suatu nombor atau perkara yang disenaraikan dalam suatu jujukan. Contohnya, dalam jujukan 2, 4, 6, 8, ..., sebutan pertama ialah 2, sebutan kedua ialah 4, dan seterusnya.Menengah Rendah
sebutan serupalike termsSebutan yang mempunyai pemboleh ubah yang sama dengan kuasa yang sama. Contohnya, (i) 12x dan -5x (ii) 4x³ dan 7x³.Menengah Atas
sebutan serupalike termsSebutan yang melibatkan pemboleh ubah yang sama dan kuasa setiap pemboleh ubah adalah sama. Contohnya, (i) 3x dan -2x (ii) 5x² dan 6x²Menengah Rendah
sebutan tak serupaunlike termsSebutan yang mempunyai pemboleh ubah yang sama dengan kuasa yang berbeza, atau mempunyai pemboleh ubah yang berbeza dengan kuasa yang sama. Contohnya, (i) 5x dan 5x² (ii) 2x² dan 3y².Menengah Atas
sebutan tak serupaunlike termsSebutan yang melibatkan pemboleh ubah yang berbeza atau kuasa setiap pemboleh ubah adalah berbeza. Contohnya, 3x dengan 3x², dan 2y dengan 2z.Menengah Rendah
sebutan algebra linearlinear algebraic termSebutan yang mengandungi satu pemboleh ubah dengan kuasanya ialah 1. Contohnya, 4x dan 5y.Menengah Rendah
salinganreciprocalSebutan yang apabila didarab dengan satu sebutan yang diberi menghasilkan 1. Lihat ContohMenengah Atas
sebutan algebra tak linearnon-linear algebraic termSebutan yang mengandungi satu atau lebih pemboleh ubah atau kuasa selain daripada 1. Lihat ContohMenengah Rendah
faktorfactorNombor, sebutan atau ungkapan algebra yang membahagi dengan tepat suatu nombor, sebutan atau ungkapan yang diberi. Contohnya, 4 ialah salah satu faktor bagi 12, 4x ialah salah satu faktor bagi 12x² dan (x + 1) ialah salah satu faktor bagi (x² – 1).Menengah Atas
123

Kembali ke atas