Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dang.kan] | سدڠکن

Definisi : 1. sekalipun, walau-pun, meskipun: belum pernah ia merasai hidup senang spt perempuan lain ~ cinta kasihnya tiada berkurang-kurang kepadaku; sedang-kan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia; 2. padahal, walhal: dapatkah ia menolak kemungkinan itu sedang-kan ia lemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang.kan] | سدڠکن

Definisi : 1 sung­guhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah, kapar tak hanyut, inikan pula, kemarau panjang. 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu, ~ diriku sendiri pun serba kekurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedang (kata tugas)
Bersinonim dengan tengah, ketika, masih; sementara, dalam pada itu,
Kata Terbitan : sedang2, sedang3, sedangkan,

Puisi
 

Padang lampung berbambu perindu,
     Kuini cempedak tumbuh melata;
Sedangkan sekampung hatiku rindu,
     Inikan pula jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung.

Bermaksud :

Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah empat kaki lagi tersaruk). tersandung = terserandung, tersaruk.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
milk ‘ainpemilikan barangPerniagaan IslamTiadaPemilikan fizikal sesuatu barangan, sedangkan faedahnya dinikmati pihak lain. Oleh itu, pemilik barang tidak menikmati faedah barang tersebut selagi hak mendapat faedah (haqq intifa‘) berada dalam pemilikan pihak lain. Pemilik barang juga tidak boleh melakukan sesuatu tindakan terhadap barang tersebut yang boleh merosakkan atau mengurangkan faedahnya. Contohnya, pemilik rumah sewa tidak boleh mengubah suai atau menjual rumah tanpa memaklumkan kepada pemilik faedah, iaitu penyewa. Sinonim milk riqbah. Banding milk manfa’ah.
milk manfa‘ahpemilikan manfaatPerniagaan IslamTiadaPemilikan faedah sesuatu barangan sahaja, sedangkan ‘ainnya dipunyai oleh pihak lain. Milk manfa‘ah berlaku dalam akad pinjaman, sewaan, wakaf, wasiat dan ibahah (kebenaran penggunaan). Contoh dalam sewaan rumah, penyewa menikmati faedah rumah tetapi hak pemilikan ‘ain rumah dimiliki oleh pemilik asal. Banding milk ‘ain.
imitation lacerenda tiruanKesenianTiadaIstilah untuk renda buatan mesin pada masa lampau, sedangkan renda buatan tangan merupakan renda asli.
opisthotonosopistotonosPerubatanTiadaSuatu bentuk kekejangan apabila kepala dan tumit kaki terbengkok ke belakang sedangkan bahagian tubuh yang lain melengkung ke hadapan.
potential welltelaga keupayaanFizikMekanikSuatu kawasan di dalam medan daya yang keupayaannya berkurang dengan sereta-merta sedangkan di luar kawasan ini, keupayaannya bertambah.
water-base mudlumpur dasar airKejuruteraanPetroleumLumpur penggerudian yang terdiri daripada air sebagai fasa selanjarnya atau pelarutnya, sedangkan bahan-bahan tambah yang lain sebagai fasa tersesaknya.
error of factkesilapan faktaUndang-undangTiadaKesilapan yang berlaku apabila sesuatu fakta tidak diambil kira, atau diambil kira sedangkan fakta itu tidak wujud.
false negative testujian negatif palsuKesihatan AwamTiadaKeputusan ujian yang menunjukkan seseorang tidak mempunyai penyakit atau keadaan tertentu sedangkan orang itu sebenarnya mempunyai penyakit atau keadaan itu.
law of diminishing returnshukum pulangan berkuranganPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaHukum yang menyatakan apabila satu faktor ditambah berterusan sedangkan faktor-faktor lain tidak diubah, maka akan tiba pada satu tahap apabila tambahan keluaran akan berkurangan.
prolixitybahasa berjelaKesusasteraanTiadaPenggunaan kata-kata yang berlebihan atau tidak perlu, sehingga persoalan yang hendak disampaikan terasa sengaja dipanjangkan, sedangkan persoalan itu dapat dijelaskan dengan bahasa yang padat dan mudah difahami.
1234567

Kembali ke atas