Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedap-sedap

Puisi
 

Sedap sungguh jeruk maman,
     Lepas setalam setalam pula;
Sedap sungguh berbantal lengan,
     Lepas semalam semalam pula.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Usap bukan sebarang usap, Mengusap kaki sambil bergaru; Sedap bukan sebarang sedap, Sedap menjadi pengantin baru. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh sedap meratah bertih, Sedap sehari lembut dimakan; Sungguh sedap berkopiah putih, Setiap hari dijemput makan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang nasi dah jadi bubur, Sedap tak sedap dimakan juga; Sedang mandi abang menegur, Tergagap-gapap disahut juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sedap sungguhbunga gatang, Jangan diletak atas gelegar; Bukanlah datang sebarang datang, Datang membawa hajat yang besar.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Buah terap sedap dimakan, Buah kedondong dalam guni; Harap kami kepada tuan, Sama hidup dalam harmoni.Pantun Melayu SarawakNasihat
Buah bengkal sedap dimakan, Bila masak manis dan kelat; Hatiku kesal bukan buatan, Nasi kumasak tuan berangkatKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Laksa Sarawak sedap rasa, Bancuh kopi untuk saudara; Dapat digelar wira bangsa, Bertanggungjawab kepada Negara.Pantun Melayu SarawakBerkait
Wangilah bunga sedap malam, Banyak kumbang ikut menyeri; Lakilah tua merayap malam, Hendak ditendang takut mati.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Buah petai sedap dijeruk, Kalau jeruk hendak tua; Deraslah benar tuan merajuk, Orang merajuk lekaslah tua.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sedap sungguh jeruk maman, Lepas setalam setalam pula; Sedap sungguh berbantal lengan, Lepas semalam semalam pula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234567

Kembali ke atas