Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedap-sedap

Puisi
 

Sedap sungguh jeruk maman,
     Lepas setalam setalam pula;
Sedap sungguh berbantal lengan,
     Lepas semalam semalam pula.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gecarkeluar air liur kerana melihat makanan dll yg sedap-sedap; kecur. menggecarkan menyebabkan air liur keluar kerana kecur (spt ketika melihat makanan yg sedap-sedap): Makanan yg terhidang itu ~ saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gecarkeluar air liur kerana melihat makanan dll yg sedap-sedap; kecur. menggecarkan menyebabkan air liur keluar kerana kecur (spt ketika melihat makanan yg sedap-sedap): Makanan yg terhidang itu ~ saya.Kamus Pelajar
sedapan(hidangan) ma­kanan yg sedap-sedap atau enak;Kamus Dewan Edisi Keempat
gecar I1. keluar air liur (kerana melihat makanan yg sedap-sedap dsb); 2. cair (bubur, darah, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menggecarkanmenyebabkan air liur keluar kerana kecur (spt ketika melihat makanan yg sedap-sedap): Makanan yg terhidang itu ~ saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggecarkanmenyebabkan air liur keluar kerana kecur (spt ketika melihat makanan yg sedap-sedap): Makanan yg terhidang itu ~ saya.Kamus Pelajar
sedap-sedapan, sedapan (hidangan) ma­kanan yg sedap-sedap atau enak;Kamus Dewan Edisi Keempat
ungkapan1. susunan kata yg digunakan dlm percakapan (tulisan), frasa atau rangkai kata yg tertentu susunan katanya: kemarahannya sering tenggelam dlm ~ yg indah dan sedap-sedap; 2. gabungan (kelompok) kata yg khusus (tertentu) utk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa; 3. = ~ muka perubahan air muka (menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan matematik yg dikodkan dlm bentuk suruhan atur cara;Kamus Dewan Edisi Keempat
sedap I1. enak (pd rasa, bau, dll): kuih itu sangat ~ rasanya; 2. senang (pd perasaan dll), nyaman: tubuh saya tidak ~; asal ada kata begitu alangkah ~ di dlm hati; ~ hati senang, tenteram; ~ keleh Kl indah (pd pandangan) dan menarik; ~ manis a) sopan santun dan menarik hati (kelakuan); b) enak (cita rasanya); ~ mulut sekehendak hati: jangan pakai cakap ikut ~ mulut; ~ dahulu pahit kemudian prb melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan dahulu buruk baiknya akhirnya akan menyesal; ~ manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb sebarang bicara orang hendaklah di­timbang­­kan lebih dahulu sebelum diterima atau ditolak; menyedapkan menjadikan sedap (enak, senang, tenteram, dll), menyamankan, me­nyenangkan (hati, perasaan): pengakuan doktor itu ~ hati isterinya; Aji-no-moto ialah sj bahan utk ~ masakan; sedap-sedapan, sedapan (hidangan) ma­kanan yg sedap-sedap atau enak; kesedapan perihal sedap, rasa sedap, keenak-an, kelazatan: mereka semuanya kesiangan pagi itu kerana ~ tidur; penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata itu menjadi ~ hatinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sedapkesedapan hal atau keadaan sedap; rasa sedap; keenakan; kelazatan; kenyamanan.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas