Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.de.kah] | صدقه

Definisi : 1. pemberian kpd fakir miskin dll (dgn ikhlas): orang memberi ~ kpd fakir bukan utk mendapat pahala; teringat saya akan duit ~ tahlil arwah ayah; 2. kenduri (minta selamat dll): tujuh malam kami membaca Kulhuwallah di madrasah sbg ~ kami kpd roh Ungku Sahrin; 3. jamuan (makanan, bunga-bungaan, dll) utk orang halus (penunggu, hantu, dll); ~ arwah kenduri utk memperingati arwah; ~ bumi kenduri (tanda bersyukur) sesudah menuai; ~ kubur a) kenduri selepas menge-bumikan mayat; b) sedekah yg di­berikan kpd orang-orang yg ada di kubur (pembaca talkin, penggali kubur, dll); bersedekah 1. memberi sedekah (hadiah, derma): ~ ialah satu drpd amal kebajikan; 2. berkenduri serta berdoa (moga-moga selamat, sentosa, dll): orang akan berdoa, ~ sedikit, akan melepaskan ia berjalan ke perantauan; menyedekahi 1. memberi sedekah kpd: aku tidak sudi ~ orang pemalas; 2. mengadakan kenduri utk: ia ~ arwah anaknya; menyedekahkan memberikan sesuatu utk sedekah, mendermakan: maka sekalian harta itu disedekahkan kpd segala fakir dan miskin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.de.kah] | صدقه

Definisi : apa-apa yg diberikan kpd orang (biasanya kpd orang-orang miskin) dgn hati yg tulus ikhlas. bersedekah mengeluarkan atau memberikan sede­kah. menyedekahi memberikan sede­kah kpd: ~ orang-orang miskin. menye­dekahkan memberikan se­suatu sbg sedekah: Dia ~ wang lima puluh sen kpd pengemis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedekah (kata nama)
1. Bersinonim dengan sumbangan: derma, bantuan, fitrah, dana, khairat, kebajikan, hadiah, pemberian,

2. Bersinonim dengan kenduri: selamatan, lat, jamuan, moreh, selapanan, belota, bewah, tolak bala, hol, tambul, tambur, pesta,

Kata Terbitan : bersedekah, menyedekahi, menyedekahkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
صدقة التطوعsedekah sunatAgama IslamFiqhPemberian sedekah yang disunatkan.
sadaqahsedekahPerniagaan IslamTiadaHarta yang diserahkan secara wajib atau sukarela kepada pihak lain untuk membantu pihak berkenaan dengan mengharapkan pahala daripada Allah. Contohnya, zakat, pemberian kepada mangsa banjir atau orang kurang upaya, atau derma tabung masjid.
صدقةsedekahAgama IslamFiqhPemberian atau derma secara sukarela untuk membantu keperluan masyarakat kerana Allah.
tabarru‘tabarru‘Perniagaan IslamTiadaAkad pemberian harta atau perkhidmatan secara sukarela daripada satu pihak kepada pihak lain tanpa balasan. Contohnya, akad wasiat, hibah, wakaf, derma, sedekah atau hadiah.
infaqinfak/pemberianPerniagaan IslamTiadaPenyerahan harta bagi keperluan yang dibenarkan oleh syarak. Infak terbahagi kepada dua, iaitu infaq umum dan infaq khusus. Contoh infak umum ialah sedekah, derma dan pembiayaan pesakit, kanak-kanak miskin dan tabung bencana. Manakala infak khusus, seperti perbelanjaan nafkah makanan, pakaian dan tempat tinggal oleh suami atau bapa kepada ahli keluarganya.
waqf prayerwakifEkonomiEkonomi IslamIndividu yang mewakafkan hartanya dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pewakaf mendapat pahala selagi harta itu menghasilkan manfaat dan kebajikan kerana wakaf merupakan salah satu bentuk sedekah. Amalan wakaf hukumnya sunat tetapi menjadi wajib apabila pewakaf melakukannya berdasarkan nazar tertentu. Kebanyakan ulama meletakkan lima syarat untuk seseorang itu sah menjadi pewakaf, iaitu berakal, baligh, merdeka, berkelayakan menguruskan harta dan tanpa paksaan untuk mewakaf. Sinonim pewakaf.
sahm lilamrisaham dengan perintahPerniagaan IslamTiadaSijil saham yang tercatat di atasnya dengan perintah. Saham dengan perintah boleh dipindah milik dengan cara ditandatangani dan dicatat di belakang sijil itu pemindahan milik kepada nama pemilik baru. Setelah berlaku perpindahan milik, terhapuslah hak pemilik pertama terhadap syarikat. Bentuk saham ini harus dari segi syarak kerana pelabur asal dan pelabur baru dapat dikenali dengan jelas dan amalan ini dapat mengelakkan perbalahan. Pertukaran hak milik bagi sijil saham boleh dilakukan secara jual beli, sedekah dan hibah. Sinonim asham lilamri.

Kembali ke atas