Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.der.ha.na] | سدرهان

Definisi : 1. tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan, sedang: badannya ~, tidak tinggi dan tidak rendah; pakaiannya yg ~; 2. tidak banyak selok-beloknya, tidak rumit, tidak sulit, mudah: buat satu ayat yg ~; dia menjelaskannya dgn kata-kata yg ~; menyederhanakan menjadikan sederhana (sedang, mudah, pertengahan, dll): kerajaan hendak ~ sistem pelajaran; kesederhanaan perihal sederhana (sedang, pertengahan): suasana kampung yg harmonis digambarkan oleh Othman dgn penuh ~; penyederhanaan perbuatan menyeder­hana­­-kan: Ejaan Suwandi merupakan ~ dan pe­nyem­­purnaan terhadap Ejaan van Ophuy­sen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.der.ha.na] | سدرهان

Definisi : 1 tidak lebih dan tidak pula kurang; pertengahan saja; se­dang: Pakai­annya ~ sekali. 2 tidak ba­nyak selok-be­loknya; tidak sulit; mudah: Gunakan­lah ayat-ayat yg ~ saja supaya mudah di­faha­mi orang. menye­derhanakan men­ja­dikan sederhana (tidak keterlaluan). kesederhanaan hal atau keadaan se­der­hana. penyederhanaan perbuat­an atau hal menyederhanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sederhana (adjektif)
Bersinonim dengan biasa, tidak lebih tidak kurang, ugahari, bersahaja, sedang, pertengahan, tidak keterlaluan, berpatutan;,
Kata Terbitan : menyederhanakan, kesederhanaan,

Peribahasa

Melebihi ancak-ancak,
     mengurangi sia-sia.

Bermaksud :

Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sederhana supaya selamat. ancak-ancak = tidak pedulikan baik buruknya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Tatabahasa sederhana bahasa IndonesiaErlanggaTiada1955 
Tatabahasa sederhanaGroningen, J.B.WoltersTiada1953 
Ilmu Alam sederhana untok sekolah Rakjat, Bk. I & IIPustaka HasmarTiada1954 
Ilmu Alam sederhana untok sekolah Rakjat, Bk. IIPustaka HasmarTiada1954 
Aliran tak likat sederhanaDewan Bahasa dan PustakaTiada1987 
Industri kecil dan sederhana di Malaysia dalam ekonomi globalDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2004983-62-8104-5
Industri kecil dan sederhana di malaysia dalam ekonomi globalDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2003983-62-8104-5
Industri kecil dan sederhana di Malaysia dalam era teknologi maklumatDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2003983-62-8158-4
Industri kecil dan sederhana di SarawakDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1995983-62-4499-9
Pembangunan industri kecil dan sederhanaUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada1999967-61-0897-9
12

Kembali ke atas