Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.der.ha.na] | سدرهان

Definisi : 1. tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan, sedang: badannya ~, tidak tinggi dan tidak rendah; pakaiannya yg ~; 2. tidak banyak selok-beloknya, tidak rumit, tidak sulit, mudah: buat satu ayat yg ~; dia menjelaskannya dgn kata-kata yg ~; menyederhanakan menjadikan sederhana (sedang, mudah, pertengahan, dll): kerajaan hendak ~ sistem pelajaran; kesederhanaan perihal sederhana (sedang, pertengahan): suasana kampung yg harmonis digambarkan oleh Othman dgn penuh ~; penyederhanaan perbuatan menyeder­hana­­-kan: Ejaan Suwandi merupakan ~ dan pe­nyem­­purnaan terhadap Ejaan van Ophuy­sen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.der.ha.na] | سدرهان

Definisi : 1 tidak lebih dan tidak pula kurang; pertengahan saja; se­dang: Pakai­annya ~ sekali. 2 tidak ba­nyak selok-be­loknya; tidak sulit; mudah: Gunakan­lah ayat-ayat yg ~ saja supaya mudah di­faha­mi orang. menye­derhanakan men­ja­dikan sederhana (tidak keterlaluan). kesederhanaan hal atau keadaan se­der­hana. penyederhanaan perbuat­an atau hal menyederhanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sederhana (adjektif)
Bersinonim dengan biasa, tidak lebih tidak kurang, ugahari, bersahaja, sedang, pertengahan, tidak keterlaluan, berpatutan;,
Kata Terbitan : menyederhanakan, kesederhanaan,

Peribahasa

Melebihi ancak-ancak,
     mengurangi sia-sia.

Bermaksud :

Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sederhana supaya selamat. ancak-ancak = tidak pedulikan baik buruknya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
simple pitpit sederhanapit sederhanapit sederhanaPerhutanan
simple metremetrum sederhanamatra sederhanamatra sederhanaKesusasteraan
simple charactertokoh sederhanawatak sederhanawatak sederhanaKesusasteraan
moderate deafnesskepekakan sederhana/ sedangkepekakan sederhanakepekakan sederhana/ sedangPerubatan
simple coveringtutupan sederhana/selubung sederhanaTiadatudung ringkasMatematik
simply connectedtersambung sederhanaTiadaterkait mudah/sederhanaMatematik
medium greykelabu sedangkelabu sederhanakelabu sederhanaKomunikasi Massa
medium-texturedtekstur mediumtekstur sederhanatekstur sederhanaPertanian
higher-midsedang tinggisederhana tinggisederhana tinggi/agak tinggiLinguistik
moderate breezetiupan angin sedangangin sederhanaangin sederhanaPerikanan
12345

Kembali ke atas