Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
available seat milebatuan tempat duduk sedia adaPelanconganTiadaJumlah muatan penumpang dalam sesuatu penerbangan bersamaan dengan bilangan tempat duduk yang sedia ada dan kemudian didarab dengan jumlah batuan perjalanan udara.
available potential energytenaga keupayaan sedia adaSainsHidrometeorologiBahagian daripada jumlah tenaga keupayaan yang mungkin boleh ditukar kepada tenaga kinetik dalam sistem tertutup secara adiabatik. Jika atmosfera berlapisan mendatar, tiada tenaga keupayaannya yang boleh ditukar sedemikian. Tenaga keupayaan sedia ada bagi atmosfera itu dalam keadaan tertentu adalah perbezaan antara nilai jumlah tenaga sedia ada dan nilai yang patut ada padanya selepas taburan semula isentropi jisim menghasilkan pelapisan mendatar.
value-addednilai tambahTeknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan tambahan yang disediakan kepada perkhidmatan yang sedia ada bertujuan meningkatkan nilai perkhidmatan dengan menggunakan kemudahan yang sedia ada ataupun sedikit tambahan fitur perkakasan atau perisian. Contohnya dalam perkhidmatan telekomunikasi, pembekal telekomunikasi menyediakan kemudahan tambahan khidmat telefon internet. Contoh lain, syarikat pembangun perisian yang menyediakan khidmat bersepadu secara pakej seperti memasukkan khidmat pemasangan rangkaian dan perkakasan komputer.
disruptive technologyteknologi penggangguTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTeknologi baharu yang menggantikan yang menggugat teknologi sedia ada yang lapuk. Teknologi ini direka hampir sama dengan teknologi sedia ada yang pernah digunakan misalnya perisian, perkakasan komputer, sistem rangkaian.
existing product registration holderpemegang pendaftaran produk sedia adaHerbaPeraturan dan PemasaranSyarikat atau perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan merupakan pengguna sistem pendaftaran produk dan perlesenan (QUEST) yang berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Pemegang pendaftaran produk sedia ada diberi kuasa untuk memasarkan produk berdaftar di Malaysia.
addition of pawn itempenambahan barang gadaianEkonomiEkonomi IslamPenokokan barang gadaian baharu sebagai tambahan terhadap barang gadaian sedia ada. Tujuan penokokan ini dilakukan adalah untuk mengukuhkan lagi nilai cagaran yang sedia ada. Contohnya, penggadai menggadaikan sepasang anting-anting emas sebagai cagaran asal kepada hutangnya dan kemudian menambah lagi seutas rantai emas untuk menguatkan cagaran yang asal tadi. Penambahan barang gadaian biasanya dibuat atas permintaan pegadai kerana dikhuatiri berlaku susut nilai barang gadaian asal.
Varian of High Consequence (VOHC)Varian Bernatijah TinggiKesihatan AwamTiadaVarian COVID-19 yang mempunyai ciri-ciri seperti tidak dapat dikesan melalui ujian pengesanan sedia ada. Kebanyakan rawatan dan vaksin sedia ada tidak berkesan untuk melawan varian ini. Varian ini boleh menyebabkan gejala yang lebih teruk dan kadar kemasukan ke hospital yang lebih tinggi.
preformsedia adaPertanianTiadaTiada
available lightcahaya sedia adaKomunikasi MassaTiadaTiada
inherent righthak sedia adaGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas